Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 2 Januari 2012

PEACH MUFFIN.....Macammana boleh lupa pulak.!!

Assalamualaikum....Macam mana boleh lupa pulak nak n3 Peach Muffin yang saya buat pagi semalam. Muffin nya dah selesai tapi resepinya tak nampak pun...ishishishhh!!!
Resepi Peach Muffin nie saya terpandang kat dapur Rahel lama dulu tapi baru sekarang nak buat sebab baru beli peach, selalu tu lupa je nak beli. Kalau nak cuci mata boleh la tengok kat dapur Rahel dan kalau nak resepi boleh tengok kat dapur My Resepi sebab Rahel dah letak resepi kat situ. Muffin yang saya buat nie tak nampak gebu pulak macam yang Rahel punya. Buatnya pun senang saja. Jom tengok....
PEACH MUFFIN
Resepi : Rahel

Bahan-bahan : saya dapat 8 muffin
250 gm tepung gandum
150 ml minyak masak
150 ml susu cair
100 gm iai buah peach, potong kecil2
4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
2 biji telur gred A-pukul guna garfu selama 1 minit
150 gm gula castor

Cara-cara :
1. Satukan gula, susu cair, garam, minyak dan telur dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Ayak tepung dan baking powder ke dalam adunan tadi. Kaup balikkan hingga rata (jangan terlebih kacau, nanti muffin keras).
3. Masukkan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh. Kemudian letakkan 1 sudu kecil potongan buah peach.
4. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit pada suhu 170C.
5. Pesan: Jika suka, taburkan parutan keju cheddar di permukaan muffin baru bakar .

2 ulasan:

  1. Selamat malam Khai...
    malam2 singgah jenguk muffin..mana la tau bole dpt merasa seketul..hihi..tima kasih sudi mencuba resepi ni..tapi ada yg Rahel nak mohon ampun sebab tersilap letak/taip sukatan baking powder tu..sepatutnya hanya 3 sudu teh saja..dan klu nak muffin gebu..jangan guna susu cair dr pt sejuk..tp guna tg suhu ruang punya..ampunnn..

    BalasPadam
  2. oooo!!!!heheheh.....patutla, saya guna susu cair dari fridge...sukatan salah x pe tetap sedap gak...TQ Rahel..

    BalasPadam