Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 20 Januari 2012

NASI LEMAK SRI PANDAN

Assalamualaikum.......Buat apa tu.....?Hari nie saya bercuti untuk buat apa2 yang patut kat rumah nie. Banyak betul aktiviti hari nie yang pastinya salah satu...'shoppingggg'. Esok dah nak balik Kuala kangsar. Sebelum balik semestinya akan jumpa mak kat kampung dulu di Tanjung Bidara. Nak jalan jauhkan mestilah tengok orang tua dulu minta izin la kononnya hehehe.....

Sebelum balik esok nak pergi ke Majlis Perkahwinan kawan satu tempat kerja Hanita, sementara suaminya juga kawan saya di tempat lama dulu dan satu kerja dengan Che Abang. Oleh sebab sebelah lelaki pun jemput ke rumah perempuan, jadinya kenalah pergi juga lepas tu baru balik ke Perak. Mungkin sampai malam la nampaknya......kesian mak mertua mesti dia dok tunggu sampai tersenggut2 nanti...alahaiiii...

Apa menu hari nie? Menu saya pagi tadi sarapan merangkap makan tengahari sekali. Menu Nasi Lemak Sri Pandan dari Chef Hanieliza. Lauknya Sambal Sotong, Ayam Goreng Serai, Telur Dadar Inti Ayam. Che Abang cakap sedap sebab ada bau harum pandan, menyelerakan. Warna hijau tak berapa nampak la...sebab kamera buat hal lagi...bergegar2 jadi nampak pudar jer.....Lain kali kalau nak buat, saya nak tambah pewarna hijau sikit, mungkin nampak real sikit kot..hehehe....

Di sini saya letakkan resepi dari Chef Hanieliza, kalau sapa2 nak amik resepi nie silakan.....
NASI LEMAK SRI PANDAN
Resepi : Chef Hanieliza
Sumber : 1 Hari 1 Resepi

Bahan-bahan : 

Bahan A (Nasi)
1 kg beras AAA - dibasuh dan dituskan - saya masak 3 cawan jer
4 cawan santan - saya letak 1 cawan santan pekat
10 helai daun pandan - dikisar - saya kisar 2 helai (besar), dapatkan 2 cawan air pandan
2 inci halia - 1 inci
3 biji bawang merah - x letak
Garam secukupnya
Gula sedikit

- tak nampak warna hijaunya......

Cara2 Membuat Nasi Lemak :
1. Daun pandan di kisar dan ditapis .
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi dan masak sehingga beras sebati dengan santan .
3. Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung periuk . Biarkan ia sentiasa panas di dalam periuk nasi
4. Apabila sudah masak boleh dihidangkan .

3 ulasan:

  1. sedapnya nasi lemak pandan....rasa lapar lak tgk nasi ni..hehe selamat bercuti ya.:)

    BalasPadam
  2. sdpye kak..hehehe..from dayah..

    BalasPadam