Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 29 Januari 2012

KEK KUKUS MASAM MANIS

Assalamualaikum.....

Selamat malam semua. Selamat beristirehat bersama keluarga sambil menonton tv. Hari ini saya tengok perlawanan Tenis Akhir, Australian Open 2012 antara Novak Djokovic vs Rafael Nadal. Tak minat pun tengok tenis tapi sebab che abang nak tengok, minat bebenor kat Nadal tu...kita layankan aja laa..Dah siap buat kek kukus, siap boleh pergi bank lagi, balik2 rumah tak habis2 lagi game tu. Lama nau nak habis gamenya. Sampai tak boleh nak tengok cerita lain. 
Sementara che abang tengok tenis, saya nak n3 Kek Kukus Masam Manis yang saya buat petang tadi. Memang sedap dan gebu, kena sangat dengan selera saya. Dah lama nak cuba resepi nie yang saya usha kat dapur yatie si cantik manis tu. Saya memang suka cuba resepi2 dari dapur yatie nie, memang selalu kena dengan citarasa saya. 

Resepinya tak pernah mengecewakan saya. Terima kasih yatie, saya mohon dikongsikan di sini. Saya cuma buat 1/2 adunan sahaja sebab asam flakes saya tinggal satu bungkus sahaja, jadi lapisan asam tu jarang2 nampaknya. Kalau asamnya banyak tentu lagi bertambah2 la sedapnya. Asalnya beli 3 tapi tinggal 1 sebab 2 lagi dah kena kebas dengan anak2 buah. Jom kita tengok resepinya yang mudah......

KEK KUKUS MASAM MANIS

Bahan-bahan : (saya buat 1/2 adunan)

5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge) 
1 1/2 cwn gula halus
1 sudu besar ovallette
2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
100 gm minyak jagung/masak
1 sudu kecil esen vanila
beberapa titis pewarna kuning dan hijau
asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)


Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
Masukkan tepung dan baking powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna kegemaran.



Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 15 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis.
Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.



PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Assalamualaikum.....

Apa aktiviti hari nie? Saya nak pergi shopping tapi malas nak keluar. Che abang pulak malas nak pergi jalan2, penat katanya. Penat? Kerja apa agaknya yek, yang sampai penat sangat....Malas la tu. Semenjak saya dah berani bawa kereta nie, dia dah malas nak layan sangat. Dia suka dok rumah saja, bosan kat luar tu katanya...Alahaiiii!!! Sapa nak teman pergi shopping nie. Bosannya dok rumah.....

Bosan2 pun saya sempat lagi buat puding. Tengok resepi puding tu tak der letak telur, ini sudah cukup bagus. Sekarang nie saya memang nak kurangkan makan makanan yang banyak berunsurkan telur. Diet? Slow2 la ye....!!!!
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Sumber :ALKIRAM.net

Bahan:
A - 2 senduk gula (saya letak 1 senduk)
B - 1 bungkus agar2 serbuk
      4 cawan air 
      2 ½ senduk gula (saya letak 2 senduk)
C - 1 tin susu cair (dalam 400gm)
      2 sm tepung kastard
      1 st vanilla
(campur sebati semua bahan C)
pewarna kuning - saya tambah
 
Cara
Hanguskan gula macam buat karamel. Ketepikan.
Didihkan Bahan B dalam periuk. Kecilkan api dan masukkan Bahan C. kacau  rata (dalam 3 min) hingga sedikit pekat.
Matikan api dan tuangkan adunan ke atas acuan gula hangus. Sejukkan dan hidang .

MEE GORENG UDANG


Assalamualaikum.....

Dah makan tengahari? Makan tengahari saya hari nie cuma nasi lawan dengan sup ekor saja. Sakit perut tak larat nak masak macam2. Che abang pun nak makan sup jer. Masak sup main campak2, senangkann...Pagi tadi pun sarapan dengan Mee Goreng Udang, dah melantak banyak jadi sudah kenyang sangat. Meh kita tengok resepinya yang biasa2 tu....

MEE GORENG UDANG

Bahan-bahan :
1/2 kg mee kuning
10 ekor udang sederhana besar
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih* (*tumbuk lumat)
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili 
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
2 biji telur 
2 tangkai sayur sawi
taugeh segenggam
Daun kucai

Cara-caranya :
1. Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan. Masukkan cili dan tumis hingga masak. Masukkan udang dan kacau hingga masak.
2. Masukkan kicap, sos cili dan sos tiram. Setelah sebati masukkan telur. Biarkan seketika barulah dikacau supaya telur tidak terlalu hancur.
3. Setelah telur masak, masukkan mee, sawi dan kucai dan kacau hingga sawi agak layu. Masukkan taugeh, kacau sebentar dan angkat . 


Sabtu, 28 Januari 2012

NASI LEMAK HUJAN PANAS

Assalamualaikum....

Sekarang nie saya nak n3 Nasi Lemak Hujan Panas, sarapan saya pagi nie bersama Sambal Sotong. Menarik sungguh warnanya macam nasi beriani....hehehe..puji sendiri!! Walaupun berwarna warni dan nampak menarik tapi tetap tidak merubah rasanya. Rasa nasi lemak tetap macam biasa, takkan jadi nasi beriani pulakkan. Nasi nie asalnya saya tengok dalam buku resepi Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi. Cantik sangat tapi saya jadikannya nasi lemak. Jom layan....
NASI LEMAK HUJAN PANAS

Bahan-bahan :
3 cawan beras - cuci dan toskan
1 cawan santan pekat 
2 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu teh halba
pewrna hijau, merah dan kuning
Garam

Cara2nya :
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali pewarna. Masak seperti nasi biasa dan pastikan nasi sentiasa dikacau supaya santannya sekata.
2. Setelah nasi masak, titiskan pewarna pada 3 bahagian nasi yang berasingan.
3. Biarkan nasi masak dan kering barulah digembur2kan nasi supaya warna tadi rata pada keseluruhan nasi.

SAMBAL SOTONG

Bahan2 :
1 ekor sotong kembang - potong dalam 1 inci 
4 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah*
1 inci belacan* (tumbuk lumat)
1 biji bawang besar - belah 6
Air asam jawa
Garam
Gula

Cara2nya :
1. Tumis bahan yang ditumbuk lumat. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak.
2. Masukkan sotong dan kacau agar sebati dengan cili. Masukkan gula dan garam .
3. Setelah itu baru masukkan air asam jawa. Didihkan dan angkat .

CUCUR CHEESE CAKE.....?

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah s.w.t. kerana saya dipanjangkan usia sehari lagi dan masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini. Dah sarapan ke belum? Sarapan saya pagi nie Nasi Lemak Hujan Panas, Sambal Sotong, ikan bilis goreng dengan kacang tanah. Makan sampingan yang lain Cucur Kek Cheese. 

Aikkk!!! mesti tertanya2kan kenapa kek cheese boleh dibuat cucur pulak. Rasa macam rugi pula kan, tapi sebenarnya ada cerita disebalik kejadiannya itu. 2 hari lepas konon2 nak buat lagi slice cheese kek yang mudah dan sedap tu. Sebelum nie ada buat kat sini tapi tak ada gambar sebab dah terdelete, salah sendiri nak padam lain terpadam sekali gambar kek tu. Nak dijadikan cerita masa kek tu tengah proses pembakaran, elektrik tak de...waduhh2 kek baru masak 30 minit. Potong stim betul lah,orang tengah syok2 hidu bau cheese yang semerbak harum tak de karen pulak.

Tengok kek tu baru masak separuh, atas dah ok tapi bahagian bawah dia macam nak jadi bingka pulak. Fikir punya fikir, akhirnya malas nak bakar, nak kukus pun malas...sudahnya makan saja yang bahagian atas yang bawah tinggal dok pikiaq nak di buat apa. Nak buang saya sayang, rejeki...Tiba2 dok terfikir pulak nak buat cucur sebab sebelum nie pernah buat cucur roti, sedap sangat resepi kak ummi . Jadi apa salahnya kan kita buat. Bila dah goreng tu memang cucur tu terasa sedap..lemak2 gitu. Diet? Tak pe weekend no diet2....waktu kerja jer diet ye....(*__*)

Resepinya mudah jer : cheese kek tak jadi dalam 2 cawan, 2 sudu besar tepung jagung, 3 sudu besar tepung gandum, garam dan air secukupnya. Goreng macam biasa. Tekak saya cakap sedapppp....Moralnya kat sini, kalau masakan tak jadi janganlah dibuang2, tak baik tau. Kalau makanan tu rosak dan memang tak boleh nak makan jangan ler simpan pulak..hukhuk!!!

Jumaat, 27 Januari 2012

PULUT DURIAN

Assalamualaikum.....

Selamat malam....malam nie makan apa?. Saya buat Pulut Durian ataupun tempat lain biasanya menyebut Serawa Durian. Apa2 nama pun tak pe yang penting bendanya tetap sama, rasanya tetap kelas gitu!!!. Dah terlalu lama tak makan Pulut Durian, dah terlalu lama memendam rasa, sebab selalunya saya tak boleh makan pulut2 nie sebab nanti kepala berputar2 360 darjah. Durian pun macam tu juga, bila makan lebih 2 ulas jer dah memulas2. Sian saya kan......


Saya kalau dah start makan pulut durian nie memang tak ingat kesannya. Kalau makan durian pulak 2 3 ulas je, kalau lebih apalagi berlumba2 la nak melaburrr..hehehe....!!!

Tapi sekarang nie dah tak sakit lagi. Makan durian banyak2 pun InsyaAllah tak der sakit perut. Kalau makan pulut panggang 3 ketul pun dah tak rasa sakit kepala. Sekarang nie dah boleh melantak semua, bukan memang dari dulu tolak kayu dengan batu je ke...hahaha!! Jom layan......

Tengok la perangai saya...letak kuahnya sampai satu senduk...sudahnya tak nampak pulut. Makan pulak dengan durian segar memang kawwww!!!!!

PULUT DURIAN / SERAWA DURIAN

Bahan-bahan : (Pulut)
2 cawan pulut - rendam 1 jam
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan
Garam

Cara2nya :
Campurkan semua bahan dan kukus sehingga pulut masak.
Kuahnya berasap2 lagi u...jangan tak tau dah tak sabau nak makannn.....hahaha!!

Bahan-bahan : (Kuah)
5 ulas durian
3/4 pati santan 
1 1/4 air
30 gm gula merah - kurang manis boleh tambah gula halus
Garam
2 helai daun pandan

Cara2nya :
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Saya suka kuah sedikit pekat. Pastikan dikacau sentiasa dengan api yang kecil. Tutup api dan hidangkan dengan pulut. 

JOM MAKAN BUAH....

Assalamualaikum.....Jom kita makan buah2an saja hari nie. Jom berdiettttt!!!!! Hehehe....tu la makan tak hingat, dah demok baru nak berjaga2 itu pun orang dah ramai yang tegur baru la nak perasan yang badan tu dah gedebak gedebuk...ngehngehhh!!!! Ye la dulu tak berselera, kurus kering la badan tapi sekarang semua benda nak melantak, mana boleh nak tolak hahaha!!!. Lepas tu tengok makanan sedap2 pulak kat blog kawan2 lagi la tak sedar diri sekejap. Tak pe la lepas nie pasti badanku kembali slimmmmm!!!!!...(^_____^)...senyum lebau2 ye..

Jom layan cuci mata apa2 g patut....

Ini limau yang diberi oleh bekas pelajar cina dari kursus Tek Plastik, anak murid che abang saya la....yang masih mengingati bekas pengajarnya walaupun dah tamat latihan. Terima kasih banyak2. Tak larat nak makan sampai satu kotak limaunya. Sedap sangat, manisss....
Ini pula manggis yang dibeli di kedai tepi jalan di Kampung Duyung masa balik kerja semalam. Buahnya besau2 kau. Memang puas hati rasanya manis dan isi2nya pun cantik putih berseri2..hehehe!!! Sekilo dalam Rm5 saja. Tak tahu la mahal ke murah tapi yang paling penting dapat gak makan manggis yang cukup memuaskan . Manggis nie bermusim, tak macam durian ngan rambutan...sekarang nie tak putus2 berbuah...pokok orang la...kita dok tengok jee.....
Tengok la isinya...besau kan kan......ditambah pulak dengan rasanya yang manis...waduhhhh memang puas hati...maaf la ye gambornye kelam sebab....macam biasa la kamera punya hal...nak kena beli baru tu. Nanti ye tunggu bulan 7 nanti...sabar ye....!!!!
Haaaaa!!!!!Ini lah raja segala buah...Beli juga la durian masa beli manggis semalam. Sekilo dalam RM5 bagi durian kahwin, RM4 bagi durian kampung. Saya beli durian kahwin sebab masa dia bagi rasa tu..alahaiiii durian kampung isinya nipis bebenor. Beli durian kahwin dalam 5 biji jer. Nanti ingat nak buat Pulut Durian la, kejap lagi....dah lama betul tak makan. Tapi yang diatas tu jangan tak tahu pulak dah kena ngap malam tadi, untuk saya sorang je tuuu!!!. 

Petang makan manggis, malam makan durian. Nasib perut tak meragam....Orang tua2 ada pesan kalau makan manggis jangan diselangkan dengan durian...BAHAYAAA!!!! betul ke? Tapi memang pernah berlaku akan akibatnya...Saya cuma patuh segala pesan orang tua2, kadang2 ada gunanya bukan cakap2 kosong.

Buat jambu batu tanpa biji pun ada juga tapi beli tak banyak dah habis ngap kat tempat kerja. Tak ambil gambar sebab kamera dah teruk. Bila dia dah panas je sikit terus buat ragam...nyampahhhh..Ok la cau dulu...jumpa di n3 yang lain....Pesanan saya....Makanlah Buah2an Tempatan Yang Pastinya Banyak Khasiat.....(*__*)

Khamis, 26 Januari 2012

CNY DI PULAU PINANG

Assalamualaikum.....Selamat malam. Hari nie baru memulakan kerja setelah hampir seminggu bercuti ke Kuala Kangsar, Perak. Terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan pada minggu ini juga, tapi Alhamdulillah telah saya bereskan hari ini juga. Besok...besok punya cerita. hari banyak betul kerja, penat betul. Sudah la hari nie tak jamah nasi pun, diet laaa katakan...(*__*)..hehehe...moga diet ku berjaya..
 
Hari nie nak n3 pasal percutian saya ke Penang pada Ahad lepas sehari sebelum CNY. Traffic di jambatan Pulau Pinang begitu lancar sekali, tak banyak kereta. Kalau kat Melaka dah teruk dah nie, nak menyampai ke rumah je pun yang sepatutnya 15 minit boleh jejak sampai 40 minit. Memang banyak jalan pintas tapi sebab ada urusan terpaksa redah juga jalan yang sesak tu. 
Ini lah pemandangan Pulau Jerejak dari jambatan. Tak boleh nak fokus ye sebab kamera canggih sangat2..hehehe...Ini je yang termampu. Perjalanan kami pada hari tu adalah untuk ke Batu Feringgi, tempat orang mandi manda. Selalu kalau pergi situ tak pernah nak menyinggah pun, saja2 je lalu sebab selalu kat situ sesak sangat. Jadi hari nie kami pakat nak mandi2 kat situ.
Kami semua melepak di Pantai Shamrock. Pantainya memang cantik kerana tiada pencemaran. Air lautnya bersih sesuai untuk bermandi manda, perkelahan atau bersantai2 bersama keluarga. Cuma nak parking punya la susah tak de tempat, sudah ler selekoh2 kat pantai tu mengalahkan nak pergi Cameron dari Tapah, boleh mabok dibuatnya. Ramai juga la family yang datang berkelah. Yang mandi2 cuma anak2 je la. 
Yang datang memancing pun ada juga tapi tak ramai. Yang mencari kijeng pun ada juga, boleh buat rencah2 sayur. Ada satu family india tu siap bawa tapis, tapis pasir sebab nak cari kijeng tapi tak banyak dapat..mungkin bukan musimnya lagi. Cari siput kat batu pun ada .
Masing2..malu2 nak terjun ke laut. Bila dah dok dalam air tak ingat nak balik dah. Anak2 buah comel loteh...mulatnye yang satu tu....

Gemok la saya nie kannn......

Ini pula Pulau Tikus...agaknya la. Kalau tengok dari peta macam tu la katanya....Wallahualam...kalau salah betulkan na...
Setelah penat mandi manda, kami pergi pula ke Padang Kota Lama untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. Tengok la tu punya la ramai orang sampai tak cukup tempat nak duduk. Memang tak putus2 orang yang datang. Bagi saya makanan kat situ tak boleh nak ngam dengan selera saya. Bagi saya biasa2 saja...:(...Kalau masa 10 -15 tahun yang lalu memang sedap makan kat situ, tapi sekarang macam tak berapa nak kena dengan tekak nie...kurengggg.
Setelah selesai makan kami bersantai2 di tepi tembok batu di pantai Padang Kota Lama tu. Orang memang ramai hiruk pikuk jadinya tapi seronok tengok budak2 kecik terlompat2 terkinja2, geram sungguh macam2 kerenah anak2 orang nie. Kapal yang besar tu kalau tak salah saya Legend Star kot namanya, dah lupa. Yang dok dalam laut tu ntak tahu tak nampak. Duduk lepak kat situ memang rasa seronok walaupun bising. Pantainya memang damai sungguh dengan pemandangan yang sangat cantik walaupun pantainya terlalu sibuk dengan kapal besar, kapal kecik2 pun banyak juga .
Perjalanan balik ke Kuala kangsar, kami naik feri jer masing2 dah penat nak tekan pedal. Lagipun saya tak pernah naik feri di Penang sebab saya nie mabok laut. Masa dah parking kat atas feri, belum jalan lagi saya dah rasa terumbang ambing, jadi saya keluar untuk tengok pemandangan luar sambil mengelak dari rasa dilambung ombak, nanti muntah plak buat malu je. Sambil dok tengok2 ambil la gambar kapal yang besau tu. Cantik sungguh kapal tu, geram pulak tengoknya. Cantikkann...
 
Ini pula feri penumpang yang saya naik. Dia ada banyak jenis dan bentuk tapi saiz lebih kurang je. Perkhidmatannya sampai malam kot ...ntah. Gambar dah tak elok, kamera buat hal bergetar2...
Saya saja je nak amik gambar nie sebab ada abang motor lalu...hehehe!!! Bila la che abang nak beli nie satu...lambat bebenor nak menunggunya....cepatla sikit dah tak sabor nak membonceng......hakhak...

ROTI PIZZA SEGERA

 Assalamualaikum..

Selamat malam...dah makan malam? Menu apa? Saya tak masak malam nie. Sekarang ini bermulalah proses saya untuk mendietttkan badannnn.....Tak boleh jadi nie ramai sangat yang dah tegur. Pipi dah labuh la...badan dah kembang la...ishhhhh!!!Bahaya nie, memang kena diet...Bila la dia orang nie nak start training main bola jaring nie. Nanti dah bertambah debab sori la nak turun padang. 

Hari ini bermula la kurangkan makan..mmmm....boleh ke nie? Baru je masuk kerja 8.30 pagi dah terketau2 badan kelaparan, nak pitam la...nak pengsan la...nak muntah laa...macam2. Perut dah krokk!! kreekkk!! krokk!! krekk!!. Kalau macam nie boleh ke nak diet. Adoiiiii!!!mak tolonggggg.....

Oleh kerana kelaparan, malam nie saya buat roti simple je, makan juga la....Roti Pizza Segera...Hehehe!!! tak boleh tahan la..lapoooo....Dah lapo tahap gaban nie. Che Abang dah bising, diet memang la kena diet tapi perut tu kena isi gak....Ye la....nak makan la nie. Tengok roti ada apa lagi bedal la buat pizza segera...baikkk punya!!! Lepas tu ada pulak orang yang menyebok nak juga...hahaha. Baru tau tengok pizza yang mengancam nie..hehehe. 

Nak sediakannya pun senang je janji semua yang boleh diletakkan bubuh jer. 
Ok la....jamu mata jer ye....

Sabtu, 21 Januari 2012

IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA

Assalamualaikum.....

Selamat malam semua.....Tengah buat apa tu......? Saya baru jer sampai dari Melaka ke Kuala Kangsar. Dah sembang2 dengan mak mertua tadi, berat pulak mata nie....Ingat nak tido tapi bile tengok laptop jer terbeliak terus mata nie...ishhhhh!!!!



(gambar dari FB member)

Malam nie saya nak n3 pasal seorang penyanyi, Allahyarham Khiril Izwan Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus, yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 20 Jan 2012 pada hari Jumaat jam 6.15 petang di Hospital Ampang akibat jangkitan kuman dalam darah. Marilah kita bersama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. 




Saya singgah jugak la melawat arwah di Nyalas, Jasin sebelum ke majlis jemputan kahwin di Gersik. Lebih kurang dalam pukul 10 saya sampai, arwah telah pun disembahyangkan dan mula untuk dibawa ke tanah perkuburan. Ramai sungguh yang datang melawat. Kawan2 artis, saudara mara, jiran tetangga dan juga peminat2 beliau. Ramai juga rakan artis yang datang tapi saya tak berapa kenal , cuma yang saya kenal Aril, Amar dan Akim jer . 



(wajah terakhir sebelum meninggal)

Saya tak sempat nak jumpa kakak dan ibu arwah sebab orang terlalu ramai tak boleh nak masuk dalam rumah, dah sesak. Lagipun dia orang dah nak angkat jenazah ke dalam van untuk dibawa ke tanah perkuburan di Nyalas. Untuk Aida (kakak arwah) minta maaf la sebab tak dapat nak jumpa untuk ucapkan takziah. Tak boleh saya nak bayangkan kesedihan Aida sekeluarga diatas pemergian ahli keluarga yang tersayang. Saya tengok Aril tak henti2 menangis, sedih sungguh. Saya pun jadi sebak. Bagaimana pulak dengan Ibu dan kakaknya, saya memang tak boleh nak bayangkan. Harap mereka sekeluarga dapat menerima Qadaq dan Qadar Allah dengan redha. Akak doakan semoga Aida tabah menghadapinya.

Dari cerita yang saya dengar, saya bertanya sendiri pada teman yang rapat, arwah dah demam 4 hari tapi ingatkan demam biasa saja jadi tak la dia dapatkan rawatan. Selepas demamnya tak kebah baru dia dapatkan rawatan di Hospital Ampang dan arwah ditahan wad kerana hasil pemeriksaan doktor yang organ dalamannya sudah rosak kerana telah dijangkiti kuman ataupun telah terkena kencing tikus seperti arwah Den Beramboi. Wallahualam.....


(ketika arwah membuat persembahan di Majlis Alumni ILP Bukit Katil, Melaka bersama Aril & Amar pada 2010)

Selepas ke kubur saya terus menuju ke majlis kahwin di Gersik dan seterusnya ke Kuala Kangsar, Perak untuk berjumpa ibu mertuaku...hehehe...tunggguuuu anakmu!!!!!Ehhh salah, menantu muuuuu.....(* _ *)

Jumaat, 20 Januari 2012

SAMBAL SOTONG

Assalamualaikum.......

Sebelum saya melakukan n3 saya nak bagitau, petang tadi saya dapat berita dari kawan tempat kerja lama dimana penyanyi Khirul Izwan Pilus telah meninggal dunia lebih kurang dalam jam 6.15 petang kerana jangkitan kuman (dari cerita lain ada yang menyatakan mungkin kena kencing tikus). Mari kita bersama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah agar rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang Berimann. Kakak Izwan adalah teman sekerja saya di tempat lama dulu....


Alhamdulillah.....saya baru balik dari rumah mak. Rumah mak tengah renovation, dalam 20% lagi nak siap, tu yang jadi tunggang langgang. Semak samun, nak duduk pun tak tahu nak dok mana, banyak bebenor barang2nya. Masak pun bersila..hehehe, kelakar la pulak sambil memasak sambil bergosip2...hehehe.....

Oklah, berbalik pada n3 saya hari ini adalah Sambal Sotong. Saya suka sambal sotong, suka sangat2...hari2 pun tak kisah. Tapi tak boleh makan selalu tau takut nanti benda yang tak diundang datang...hehehe....Resepi saya masak biasa2 jer. Ingat malas nak n3 tapi Tak pe la nanti kalau Che Abang nak masak senang dia nak rujuk. Jom......
SAMBAL SOTONG

Bahan-bahan :
10 ekor sotong - sederhana besar, kelar2 badan sotong
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah*
1 inci belacan* (ditumbuk lumat)
1 biji bawang besar- hiris bulat
Air asam jawa secukupnya
Garam
Gula

Cara2nya :
1. Tumis bahan yang telah ditumbuk halus. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak. Masukkan garam dan gula secukupnya .
2. Setelah cili masak, masukkan air asam jawa dan biar mendidih .
3. Setelah kuah mendidih dan sedikit pekat masukkan sotong dan kacau rata. Selepas itu masuk bawang besar hiris dan tutup api. 


NASI LEMAK SRI PANDAN

Assalamualaikum.......Buat apa tu.....?Hari nie saya bercuti untuk buat apa2 yang patut kat rumah nie. Banyak betul aktiviti hari nie yang pastinya salah satu...'shoppingggg'. Esok dah nak balik Kuala kangsar. Sebelum balik semestinya akan jumpa mak kat kampung dulu di Tanjung Bidara. Nak jalan jauhkan mestilah tengok orang tua dulu minta izin la kononnya hehehe.....

Sebelum balik esok nak pergi ke Majlis Perkahwinan kawan satu tempat kerja Hanita, sementara suaminya juga kawan saya di tempat lama dulu dan satu kerja dengan Che Abang. Oleh sebab sebelah lelaki pun jemput ke rumah perempuan, jadinya kenalah pergi juga lepas tu baru balik ke Perak. Mungkin sampai malam la nampaknya......kesian mak mertua mesti dia dok tunggu sampai tersenggut2 nanti...alahaiiii...

Apa menu hari nie? Menu saya pagi tadi sarapan merangkap makan tengahari sekali. Menu Nasi Lemak Sri Pandan dari Chef Hanieliza. Lauknya Sambal Sotong, Ayam Goreng Serai, Telur Dadar Inti Ayam. Che Abang cakap sedap sebab ada bau harum pandan, menyelerakan. Warna hijau tak berapa nampak la...sebab kamera buat hal lagi...bergegar2 jadi nampak pudar jer.....Lain kali kalau nak buat, saya nak tambah pewarna hijau sikit, mungkin nampak real sikit kot..hehehe....

Di sini saya letakkan resepi dari Chef Hanieliza, kalau sapa2 nak amik resepi nie silakan.....
NASI LEMAK SRI PANDAN
Resepi : Chef Hanieliza
Sumber : 1 Hari 1 Resepi

Bahan-bahan : 

Bahan A (Nasi)
1 kg beras AAA - dibasuh dan dituskan - saya masak 3 cawan jer
4 cawan santan - saya letak 1 cawan santan pekat
10 helai daun pandan - dikisar - saya kisar 2 helai (besar), dapatkan 2 cawan air pandan
2 inci halia - 1 inci
3 biji bawang merah - x letak
Garam secukupnya
Gula sedikit

- tak nampak warna hijaunya......

Cara2 Membuat Nasi Lemak :
1. Daun pandan di kisar dan ditapis .
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi dan masak sehingga beras sebati dengan santan .
3. Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung periuk . Biarkan ia sentiasa panas di dalam periuk nasi
4. Apabila sudah masak boleh dihidangkan .