Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 25 Mac 2014

BREAKING: FLIGHT MH370 CRASHED IN INDIAN OCEAN - MALAYSIAN PM........

Assalamualaikum


Tiada apa yang dapat diungkapkan, hanya kesedihan yang terucap. Biarpun tiada antara mereka yang saya kenali tapi kesedihan kehilangan itu tetap kuat terasa. Asal terpandang sahaja paparan mengenai kehilangannya dan setelah diumumkan oleh PM, air mata ini menitis juga tanpa dipinta. Sungguh tak tertahan rasa pilu yang datang. Salam takziah buat semua keluarga penumpang dan kru MH370. Kita sebagai umat Islam perlu redha dan percaya kepada Qada' dan Qhadar Allah s.w.t. Semoga semua rakyat Malaysia dapat menerima musibah ini dengan tenang. Jangan ada lagi spekulasi yang bukan2. Semoga kita semua muhasabah diri. 


Khamis, 13 Mac 2014

MESYUARAT BKKL ILJTM DI DARULAMAN SUITES

Assalamualaikum


Mengantukkkkkkkk!!!!!!!.......Penatnya mesyuarat sampai 3 hari. Mengalahkan nak menyelesaikan masalah negara. Banyak perkara atau isu yang dibentangkan, Alhamdulillah banyak juga feedback yang diterima dari semua institut.

Saya memang ini pertama kali hadir mesyuarat berkaitan BKKL , maklum le sebelum nie uruskan kursus untuk kakitangan. Sekarang nie bila dah mula uruskan bahagian persijilan dan peperiksaan.........besar kecik besar kecik mata saya nak memahamkan apa benda yang dibentangkan. Telinga jangan cakap le, sebelum nie telinga kecik jer......sekarang nie dah rasa macam capang pulak hahaha.....kena fokus betul2 lepas nie sebab banyak juga rupanya permasalahan yang dihadapi oleh institut. Nasib HQ boleh jawab.........


Setiap kali perkara yang HQ bentangkan, memang hangat dengan persoalan dari pihak2 institut. Semakin berdentum2 sesi soal jawab. Kalau macam nie punya gaya, tak cukup 3 hari nak buat perbincangan. Banyak sungguh soalan2 yang diketengahkan........jawab jangan tak jawab HQ.......banyak sungguh ketidakpuasan dari perwakilan. Kecut perut pulak saya nak libatkan diri dengan pengurusan BKKL nie. Sebelum nie kerja relax jer tak de sangat masalahnya. Nasib ada bos tolong........kalau saya jadi bos, kompem terlingkup huhuhu.......

Semoga perbincangan ini akan mendapat satu keputusan yang memihak kepada kedua2 pihak.......memuaskan hati la......bila balik nanti boleh ler di war2kan dengan lebih jelas kepada pegawai lain terutamanya kepada pengarah........Aminnnnnn.







Isnin, 10 Mac 2014

DOA UNTUK MH370

Assalamualaikum


Ya Allah, Kau permudahkan segala urusan mereka. Beri ketenangan kepada keluarga mereka yang sentiasa menanti berita terkini mengenai pesawat MH370 dan juga menanti kepulangan mereka. Beri juga ketenangan kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia yang begitu perihatin ke atas berita kehilangan ini. Amin.

Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang di dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing pada awal sabtu yang lalu, telah mendapat liputan meluas samada di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Terlalu banyak spekulasi yang dibicarakan tetapi berita perkembangan kehilangan masih lagi tidak diketahui. 

Saya masa dapat berita seawal 7 pagi di radio Sinar, memang agak terkejut dan jantung dup dap dup dap........sebab selama ini saya memang tak pernah mendengar berita kehilangan pesawat di Malaysia. Kalau di negara lain tu memang banyak saya tengok di tv. Kalau saya sendiri merasai saat mendebarkan, bagaimanakah agaknya ahli keluarga yang terlibat? Tak dapat saya nak bayangkan. Hanya doa yang mampu saya pohon agar mereka diberi kekuatan dan ketenangan. 

Sama2 kita doakan agar pesawat Malaysia MH370 akan ditemui.