Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Rabu, 18 November 2015

MAJLIS KONVOKESYEN ILJTM 2015

Assalamualaikum
Konvo datang lagi........masih lagi dijalankan di PICC Putrajaya. Konvo dah bermula dari semalam 17-18 Nov 2015, kiranya hari nie last konvo. Hari nie baru dapat rehat sikit sebab ramai pelajar yang tak hadir, mungkin sebab kursus terbabit ramai pelajar yang sambung belajar ke ADTEC untuk Diploma. Jadi hari nie, sebelah pagi dapat goyang2 kaki sikit. Petang nie tak tau lagi macam mana, harap2 tak ramai yang datang. Kalau ramai, silap2 maghrib pun masih di PICC. 
Konvo kali nie, nampaknya berjalan dengan lancar. Tahun ini hanya 185 orang pelajar sahaja yang layak untuk konvo dari ILP Ledang. Kalau tahun lepas dalam 287 orang, memang agak kalut sikit. Itupun tak semua yang hadir. Kalau semua hadir, rasanya memang kena buka lagi satu kaunter. 
Saya uruskan bahagian persijilan, kiranya bahagian yang terakhir untuk majlis konvo. Harap2 petang nie budak2 tak merayau2 untuk bergambar di sekitar Putrajaya. Kalau tidak, memang lambat la saya nak gerak balik ke Melaka.
Ini bahagian pendaftaran graduasi. Ini sempat lah nak snap sementara tunggu pelajar datang ambil sijil sebab sebelah dengan bahagian sijil. Yang lain2 jauh, malas nak merayap.......TAHNIAH untuk pelajar yang berjaya. Jumpa lagi tahun hadapan,

Isnin, 9 November 2015

JUALAN GUDANG KARANGKRAF AKHIR TAHUN 2015

Assalamualaikum
 
Jualan Gudang Karangkraf  di Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor telah pun berlalu. Semalam hari terakhir promosi. Memang tak menang tangan dibuatnya sampai juling2 mata dok tengok. Berpeluh2 jangan cakap ler tapi itu semua bukan halangan. Saya datang disaat2 akhir dengan adik dan anak2 buah. Takut juga kalau2 tak dapat buku yang nak dibeli tapi Alhamdulillah dapat gak saya ngap hehehe........ 

Sempat juga bersua dengan Dr Robiah K.Hamzah dan prof Madya Rasid Muhammad selebriti Karya Bestari. Tak ramai yang saya jumpa sebab mungkin saya sampai tu dah nak masuk waktu zohor. Mungkin dah waktu rehat kot........  
 
Sempat juga bersua muka dengan penulis muda Annur Iman. Saya tak pernah baca hasil karya Annur jadi kita bagi support sikit. Ramai juga penulis yang saya jumpa tapi malas nak bergambar sebab kepanasan dah tahap gaban........lagipun partner dah letih dok tunggu kat luar, kesian pulak rasanya. Bila tengok bakul saya dah penuh, nak angkat pun tak larat.....senget bahu sebelah, rasanya cukup setakat tu sahaja, terus call anak buah minta tolong angkat separuh hahaha.......kasi belanja dia satu buku jadilah.......
Ini novel yang sempat saya rembat, banyak lagi tapi nanti2 lain tahun pulak. Tiap2 tahun ada kan, tahun depan datang lagi. Tahun depan kita tunggu dari pagi sampai petang pulak selama seminggu amacam......ada beran!!!! Kalau lah tahun depan dia buat kat MITC kan best, mesti tiap2 hari saya datang bertenggek bawak konco2 sekali yang sekaki dan sewaktu dengannya......Nie pun ramai yang jeles sebab dia orang tak dapat nak datang, sebabnya ramai yang tak tahu. promosi tak berapa nak sampai kot.......

Yang ini pulak, sedikit buku masakan. Nak masak tu tak tahu bila tapi kumpul tetap kumpul untuk koleksi, lebih tepat lagi untuk cuci mata hehehe........suami pun dok jeling jer, beli buku resepi macam2 tapi buat pekasam hihihi.......slow2 ye.......maklum ler 'rajin' kan......

Yang ini pulak belikan untuk adik sebagai buah tangan, sebab dia last minit tak dapat nak ikut. Tak ada rezeki, lain kali kita plan betul2 ye........
Lain tahun kita datang lagi........
Lepas dah perhabiskan duit, singgah ke Masjid Shah Alam. Dah lama tak datang sini. Ini kali ke dua saya datang tunaikan kewajipan......
Next destinasi, ke GM Klang. Datang sini nak beli macam2 dalam kepala, last2 beli baju je. Yang lain2 terpaksa ditangguhkan sebab dah lewat sangat sampai, kedai dah nak tutup. Kedai buka sampai pukul 7 jer......tak der peluang nak cuci2 mata dulu.......nampaknya kena plan lain waktu ler pulak........


Rabu, 4 November 2015

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Assalamualaikum
Kursus Pengurusan Jenazah..........syukur Alhamdulillah kerana saya dapat menghadiri kursus Pengurusan Jenazah yang telah diadakan di ILP Ledang dimana mendapat kerjasama dari pihak Qadhi Daerah ledang. Tak ingat nama ustaz tapi katanya imam dari Masjid di Muar.
  
  
 
Permulaan kursus ustaz menerangkan dari awal, persediaan peralatan dan juga bahan yang digunakan untuk memandikan jenazah. Bagaimana lebar kain, tali dari kain yang digunakan untuk mengikat, kapas yang digunakan dan sebagainya. Selepas itu ustaz memberi sedikit pendedahan bagaimana untuk menguruskan jenazah samada yang sempurna ataupun dalam keadaan yang tidak sempurna.Seperti yang kita sedia maklum, tak semua jenazah yang dimandikan adalah dalam keadaan sempurna, seperti sedia ada. 

Berbagai2 cara yang diajar dan diberitahu bagi memandikan jenazah. Bagi jenazah yang sempurna tiada masalah, ustaz ajar step2 yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas dimandikan. Selepas itu ustaz menerangkan pulak cara2 memandikan jenazah yang telah reput, akibat kemalangan ngeri dan sebagainya. Rata-rata yang datang menghadiri kursus nie, memang sangat2 memberi perhatian. Terlalu banyak persoalan yang diutarakan kepada ustaz sampai ustaz risau takut tak boleh nak balik sebab ramai sangat yang bertanya terutamanya pihak lelaki. Pihak perempuan tak banyak soalan hanya saya sahaja yang bertanya, takut nak bertanya kot hehehe........
  
  
Ustaz juga menerangkan cara mandi jenazah yang betul. Menyucikan keseluruhan anggota jenazah agar suci dengan sempurnanya. Segala kemusykilan telah dijawab oleh ustaz sebaik2nya. Harap semuanya berpuas hati walaupun saya nampak ramai lagi yang nak bertanya tapi masa tidak mengizinkan.

Sepanjang kursus ini berlansung, memang banyak perkara2 yang menjadi tanda tanya sebelum ini telah dapat dirungkaikan oleh ustaz dengan terperinci. Harap semua berpuas hati. Selepas ini jika ada yang ingin membantu menguruskan jenazah, sekurang2nya sudah ada pengetahuan serba sedikit. Semoga kursus ini dapat memberi manfaat bersama.