Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Rabu, 18 November 2015

MAJLIS KONVOKESYEN ILJTM 2015

Assalamualaikum
Konvo datang lagi........masih lagi dijalankan di PICC Putrajaya. Konvo dah bermula dari semalam 17-18 Nov 2015, kiranya hari nie last konvo. Hari nie baru dapat rehat sikit sebab ramai pelajar yang tak hadir, mungkin sebab kursus terbabit ramai pelajar yang sambung belajar ke ADTEC untuk Diploma. Jadi hari nie, sebelah pagi dapat goyang2 kaki sikit. Petang nie tak tau lagi macam mana, harap2 tak ramai yang datang. Kalau ramai, silap2 maghrib pun masih di PICC. 
Konvo kali nie, nampaknya berjalan dengan lancar. Tahun ini hanya 185 orang pelajar sahaja yang layak untuk konvo dari ILP Ledang. Kalau tahun lepas dalam 287 orang, memang agak kalut sikit. Itupun tak semua yang hadir. Kalau semua hadir, rasanya memang kena buka lagi satu kaunter. 
Saya uruskan bahagian persijilan, kiranya bahagian yang terakhir untuk majlis konvo. Harap2 petang nie budak2 tak merayau2 untuk bergambar di sekitar Putrajaya. Kalau tidak, memang lambat la saya nak gerak balik ke Melaka.
Ini bahagian pendaftaran graduasi. Ini sempat lah nak snap sementara tunggu pelajar datang ambil sijil sebab sebelah dengan bahagian sijil. Yang lain2 jauh, malas nak merayap.......TAHNIAH untuk pelajar yang berjaya. Jumpa lagi tahun hadapan,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan