Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 6 Disember 2015

CUTI CUTI ANCASA PORT DIKCSON

Assalamualaikum
Cuti Cuti Malaysia lagi ye kita..........menghampiri ke penghujung tahun nie, cuti cuti kami sekeluarga ke Ancasa Port Dickson sahaja. Tak boleh nak jalan jauh-jauh sangat, dah tak sempat nak plan lagipun tak ramai yang ikut cuma 2 kereta je.......Tapi untuk trip yang akan datang, rasanya macam nak datang lagi ke sini. Seronok tengok budak-budak nie terkinja2 tak hingat dunia masing2. Tak pe yang penting happyyyyy!!!!!
Saya datang ke sini tanpa suami sebab dia tak cuti. Tak apa nanti boleh datang berdua honeymoon kat sini. Dekat dengan pantai boleh debush.....debush walaupun saya takut2 dengan pantai. Kalau dah penat bosan main2 kat pantai boleh debush.....kat kolam pulak, yang penting hati puas......
Perkhidmatan Spa juga ada disediakan di sini. Bagi ibu2 atau bapa2 yang nak kan perkhidmatan urutan boleh ler singgah di sini. Mesti bestkan dapat orang urut2kan badan.........lurus2kan urat dawai tulang besi tu bagi cerdas sikit........ingat nak gak urut2 badan tapi tengok banyak pulak pak2 bangla kat situ tengah cuci terus terbantut niat tu........
Tempat untuk beriadah juga ada disediakan. Court tenis pun ada disediakan, gym, peralatan ping pong pun ada tapi yang dah lusuh ler.......tapi boleh ler juga main sekadar nak lepaskan gian. Permainan snooker pun ada, cuma 3 token jer @ RM3. Main sambil gelak sakan sebab yang main pun tangan kayu lepas tu pegang kayu.....tolak bola pun dah melantun2 bola tu hehehe........sekadar berseronok. Untuk yang gemar main games lumba2 kereta tu pun ada gak tapi tak ingat berapa token, budak2 jer yang dok main2 kat situ. 
Makan malam kami steamboat jer. Hotel memang tak bagi main masak2 tapi kalo rebus2 boleh ler kot hehehe..........malas nak kluar bawa ramai2 anak kenit nie, nanti jadi haru biru........terus hilang mood nak makan nanti. Malam tu, abang long datang kat hotel bawa nasi goreng sambil makan bihun tomyam n bihun sup untuk anak2 yang tak makan pedas.
Masa hari ke dua, lepas jer sarapan nasi lemak dengan roti, terus kami ke gym. Anak2 yang lain dah turun kolam terus, layan diri.........Kami dah penat bergym, bersukan bagai........tiba masa untuk berendam dalam kolam pulak sambil teman anak2 buah berjimba..........Berendam sampai puas, dah kecut semua baru beransur2 naik ke bilik.

Rasa macam tak puas pulak sehari semalam kat sini. Mungkin lain kali boleh sewa yang 3 bilik punya berhari2, berkumpul ramai2 baru rasa meriah.......
Geramnya tengok si kenit nie, tak takut air langsung......teruja lagi adalah......rendam dia dalam air pun boleh tergelak2 lagi. Anak orang lain dah melalak2 takut air hahaha...............
Di sepanjang pantai ada banyak gerai2 yang di buka, Banana boat n Jet ski pun ada gak. Kami berjalan2 sepanjang pantai sebab nak bawa Afrina kenit tu jalan2 tengok laut. Dah penat berjalan, singgah minum air kelapa di salah satu kedai. Orang tak berapa nak ada sebab dah tengahari, cuaca pulak agak panas..........pekena air kelapa memang ummppphhhhh!!!!!

Comel tengok Afrina minum air kelapa, siap muncung2 bagai......entah apalah yang dia sembangkan. Baru 1 tahun 2 bulan dah sebok nak menyembang, layannnnnn.............






Tiada ulasan:

Catat Ulasan