Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Julai 2012

FADHILAT BERSAHUR DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum......


Esok puasa semua....jangan lupa bangun makan sahur pagi esok. Kejap lagi saya nak masak lauk, jadi esok sahur masak nasi saja. Siap awal2 takut tak sempat. Masak yang simple2 jer ikut selera che abang. Benda yang bergoreng2 je le jawabnye....yang pasti tanpa sayur...huhuhu.....

Sempena nak bersahur pagi besok...nie ada kelebihan2 bagi orang yang bersahur yang ingin saya kongsikan.

FADHILAT BERSAHUR DI BULAN RAMADHAN

Hadis Anas r.a. katanya :
Rasulullah SAW bersabda : 'Hendakalah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.
nombor Hadith dalam Sahih Muslim :1835

Hadis Zaid Bin Thabit r.a. katanya :
'Kami pernah bersahur dengan Rasulullah SAW. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya : " Berapakah selang waktu di antara keduanya?". Baginda menjawab: "Kira2 bacaan 50 ayat".
no Hadith dalam Sahih Muslim :1837

Hadis Sahl bin Saad r.a  berkata :
Rasulullah SAW telah bersabda: ' Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa'.
no Hadith dalam Sahih Muslim :1838

Doa Niat Puasa Ramadhan

ehsan dari muslikhulazam


Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Nawaitu shouma ghodin ‘an adaa-i fardhi syahri romadhoona haadzihis sanati lillaahi ta ‘aala.
Artinya :Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berniat puasa esok hari menunaikan kewajiban Ramadhan tahun ini karena Allah Ta’ala



PENGAJARAN HADIS
1. Orang yang hendak makan sahur disunatkan melambatkan berbuat demikian sehingga hampir dengan waktu subuh.
2. Jarak yang paling afdal untuk bersahur dengan masuknya waktu subuh ialah sekadar lama bacaan lima puluh ayat Al-Quran 
3. Umat Islam digalakkan bersahur kerana perbezaan antara puasa orang-orang Islam dengan puasa ahli kitab ialah dengan makan sahur 
4. Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 min sebelum  laungan azan subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran
5. Mengantuk & letih tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yg berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa, disamping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah s.w.t. akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.
6. Pengambilan makanan sahur adalah titik yg membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.
7. Waktu sahur adalah waktu yg paling mustajab untuk berdoa kepada Allah swt
8. Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur.  Memadai dalam anggaran yg secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yg terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan. 







Khamis, 19 Julai 2012

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN 1433H 2012

Assalamualaikum......


Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang kepada semua umat Islam di seluruh dunia walau di mana pun berada terutama kepada saudara2ku dan juga sahabat2ku. Tak sabar rasanya hendak menanti kehadiran bulan Ramadhan. Terlalu banyak fhadilat yang akan kita perolehi di dalam bulan Ramadhan nie.

Bulan Ramadhan merupakan bulan puasa, bulan Al-Quran, bulan sembahyang malam, bulan sabar dan sebagainya. Inilah penghulu segala bulan Islam. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Bulan Rejab bulan Tuhanku, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku".

Banyak amalan yang dianjurkan kepada umat Islam sepanjang bulan selain berpuasa wajib di siang hari (bagi yang mampu dan cukup syarat2nya) dari terbit fajar hingga terbenam matahari.


Apabila berbuka puasa mahupun bersahur kita dianjurkan beristighfar dan berdoa memohon ampun atas segala dosa, menyatakan kesyukuran terhadap nikmatNya yang tidak terhingga di samping bersembahyang sunat Terawih dan Witir, bertadarus Al-Quran, mengeluarkan zakat fitrah dan selanjutnya. Mengerjakan umrah juga digalakkan di bulan ini kerana pahalanya begitu besar.

Solat Terawih dan Witir merupakan teras amalan di bulan puasa ini. Dikerjakan 8 atau 20 rakaat, diikuti oleh solat Witir 3 rakaat, diiringi dengan bacaan tahmid, tasbih, takbir, dapat menghayati daripada banyak buku doa yang berkaitan.


Lailatulqadar atau Malam Al-Qadar adalah anugerah Allah SWT yang paling istimewa dalam bulan ini untuk hamba2Nya. Mereka yang beramal di malam tersebut akan memperolehi ganjaran sebanyak 1000 bulan (83 tahun 3 bulan). Doa di malam Al-Qadar amat mustajab.

Doa Khusus Untuk Malam Lailatulqadar (klik sini)

67- عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي. (رواه الترمذي)
67- Dari 'Aisyah r.a., katanya: Saya pernah bertanya dengan berkata:  "Ya Rasulullah,  Bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatulqadar itu dengan tepat, apa yang saya akan doakan pada saat itu?" "Baginda menjawab:  "Berdoalah dengan doa yang berikut: (1)

(( اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى ))
(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)
Maksud doa yang tersebut: "Ya Allah,  ya Tuhanku,  sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."




Rujukan : Indahnya Amalan Doa - oleh Dato' Ismail Kamus

Jumaat, 10 Februari 2012

ADAB DAN SIFAT BERDOA

Assalamualaikum.....

Salam Jumaat......

Pada pagi ini saya nak kongsikan sedikit mengenai Adab Dan Sifat Berdoa Sebagai Kaedah Bagi Kemustajaban Doa. Setiap ibadat mesti mempunyai cara dan adab termasuklah berdoa. Ia mengandungi kaifiat dan adab supaya doa itu dimakbulkan dan diterima oleh Allah SWT dan tidaklah doa itu sia2 sahaja. Berzikir dan Berdoa adalah suatu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi supaya dimakbulkan Allah. 

ADAB-ADAB BERDOA

1. Keadaan bersih diri sebaik-baiknya berwuduk, bersih pakaian dan tempat serta menutup aurat .
2. Dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri kepada Allah SWT dan menghadap kiblat.
3. Merendahkaan suara dan tidak mengganggu orang lain .
4. Jangan menggunakan lafaz berdoa yang bersajak .
5. Yakinkan bahawa doa yang dipohon itu diperkenankan oleh Allah SWT .
6. Mengulang-ulangkan ungkapan doa yang penting di tempat-tempat tertentu .
7. Memulakannya dengan memuji Allah SWT  dan selawat (atas Nabi SAW) dan juga mengakhirinya dengan pujian terhadap Allah SWT dan berselawat .
8. Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa .
9. Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan .
10.  Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa atau memutuskan silaturrahim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut .
11. Memulai doa dengan memohon keampunan untuk dosa diri sendiri yang dilakukan, kemudian untuk saudara mara yang beriman .
12. Hendaklah dengan penuh perasaan, pengharapan dan jangan cuba mengatakan, "Ya Allah, ampunkanlah aku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah aku sekiranya Engkau inginkan" .
13. Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW .
14. Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah .
15. Berdoa dengan suara perlahan .
16. Beriman kepada Allah SWT dengan sebenarnya dan mematuhi segala ajaran-Nya serta menjauhi larangan-larangan-Nya .
17. Tidak berputus asa dengan segala doa yang telah kita pohonkan walaupun sejak sekian lamanya kita berdoa .
18. Doa hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, serta yakin akan terkabulnya doa tersebut baik cepat ataupun lambat .

Sabda Rasulullah SAW :

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ

Maksudnya : " Mintalah kepada Allah sedang kamu yakin terkabulnya. Dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa daripada hati yang lalai dan bimbang " .
(Riwayat Al-Tirmizi no 3479 dan Al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Apabila salah seorang daripada kamu berdoa, hendaklah bersungguh-sungguh " .
(Riwayat Al-Bukhari)

19. Berdoalah dengan kalimah ringkas, jelas dan meliputi maksud yang dihajatkan .


Jumaat, 3 Februari 2012

INDAHNYA AMALAN DOA

Assalamualaikum......

Salam Jumaat kepada semua muslimin dan muslimat sekelian. Selamat Pagi dan Salam Sejahtera serta Salam Satu Malaysia.

INDAHNYA AMALAN DOA, itulah n3 saya dikesempatan ini. Sememangnya kita diperuntukkan untuk memanjangkan doa kepada Allah SWT walau dengan apa tujuan sekalipun, yang baik2 sajalah ye....

Doa menjana Semangat Dan Harapan
Doa merupakan ungkapan permohonan atau permintaan yang ditujukan kepada Allah SWT semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi hajat atau keperluan tertentu. Restu dan redha Allah SWT sentiasa dipohon untuk menghidupkan semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan dan jasmani insan.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. menjelaskan bahawa doa ialah inti atau otak ibadah. Ini membuktikan bahawa doa adalah sebahagian daripada ibadah yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. 


Firman Allah SWT

Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhan-Mu dengan merendah diri dan dengan suara yang lunak. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang melampaui batas.
(Surah Al-A'raf 13:55)

Firman Allah SWT
Maksudnya : Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) : 'Sesungguhnya Aku adalah hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka mematuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.'
(Surah Al-Baqarah 2:186)

Sumber :INDAHNYA AMALAN DOA
Oleh : DATO' ISMAIL KAMUS