Bulan Ramadhan merupakan bulan puasa, bulan Al-Quran, bulan sembahyang malam, bulan sabar dan sebagainya. Inilah penghulu segala bulan Islam. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Bulan Rejab bulan Tuhanku, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku".
Banyak amalan yang dianjurkan kepada umat Islam sepanjang bulan selain berpuasa wajib di siang hari (bagi yang mampu dan cukup syarat2nya) dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Apabila berbuka puasa mahupun bersahur kita dianjurkan beristighfar dan berdoa memohon ampun atas segala dosa, menyatakan kesyukuran terhadap nikmatNya yang tidak terhingga di samping bersembahyang sunat Terawih dan Witir, bertadarus Al-Quran, mengeluarkan zakat fitrah dan selanjutnya. Mengerjakan umrah juga digalakkan di bulan ini kerana pahalanya begitu besar.
Solat Terawih dan Witir merupakan teras amalan di bulan puasa ini. Dikerjakan 8 atau 20 rakaat, diikuti oleh solat Witir 3 rakaat, diiringi dengan bacaan tahmid, tasbih, takbir, dapat menghayati daripada banyak buku doa yang berkaitan.
Doa
Khusus Untuk Malam Lailatulqadar (klik sini)
67- عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ
أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا
قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ
عَنِّي. (رواه الترمذي)
67-
Dari 'Aisyah r.a., katanya: Saya pernah bertanya dengan berkata: "Ya
Rasulullah, Bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatulqadar
itu dengan tepat, apa yang saya akan doakan pada saat itu?" "Baginda
menjawab: "Berdoalah dengan doa yang berikut: (1)
(( اللَّهُمَّ إِنَّكَ
عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى ))
(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)
Maksud
doa yang tersebut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya
Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi
suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."
Rujukan : Indahnya Amalan Doa - oleh Dato' Ismail Kamus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan