Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 20 Julai 2012

LAMB CHOP

Assalamualaikum........

Lamb Chop nie saya makan petang tadi. Kira makan tengahari saya la nie.....saya sukaaaa. Lamb nie che suami yang perap, pandaiiiii......sedapppp.


cuma buat kentang putar je dan sedikit salad....nak buat coleslaw tapi tak de sayurnya, nie pun jadi lah....

RESEPI LAMB CHOP

Bahan2 Perap :
4 keping lamb 
sedikit rosemary kering
seikit oregano kering
sedikit serbuk lada hitam
Sos BBQ
Sos tiram
Sedikit madu - optional
Minyak zaitun
Garam

Perap lamb dengan semua bahan. Banyak mana bahan tu agak2 sahaja. Perap selama 5 jam, lagi lama lagi sedap.....
Panaskan kuali panggang, letak minyak zaitun sedikit....tak letak pun tak pe. Masak lamb hingga daging lembut.
Hidangkan dengan kentang putar, salad, coleslaw @ apa2 sahaja yang disukai. Tak lupa juga dengan sos lada hitam.



SOS LADA HITAM

Bahan-bahan sos BBQ:
Sumber : Chah

1 tin susu cair (boleh juga digantikan dengan krim masakan)
1 labu bawang holland -didadu
2 genggam cendawan butang-Kisar
Lada hitam
Sos tiram
Sos wosterceshire - x letak
Garam 
Gula
Minyak zaitun

Cara-cara:
Tumiskan bawang hingga layu. Masukkan susu/krim dan cendawan. 
Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar. Juga sos-sos yang  berkaitan.
Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga mendidih dan sedia untuk dihidang.


RESEPI KENTANG PUTAR
sumber : Izah Muffin Lover

Bahan-bahan :
5-6 biji kentang
2 sudu besar butter
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar susu segar
sedikit blackpepper
garam

Cara-cara :
Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.

RESEPI SOS KENTANG PUTAR

Bahan-bahan :
650 ml air
5 sudu besar stok ayam 
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang - x letak
40 gm mentega
20 gm tepung gandum- bancuh dengan sedikit air
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam- x letak

Cara-cara
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati. Kemudian masukkan blackpepper.
Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Kecilkan api, tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
Curahkan ke atas kentang putar.


jemput makan semua.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan