Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 7 Julai 2012

SIAKAP 3 RASA

Assalamualaikum.......

Salam berhujung minggu. Selamat tengahari....dah masak? Belum? Moh kita masak yang mudah2 sahaja hari nie....Siakap 3 Rasa pasti anda akan suka....^__^


SIAKAP 3 RASA

Bahan2 :
1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
5 biji cili merah*
5 biji cili hijau*
10 biji cili api*
3 batang serai*
5 biji bawang merah*(* blend kasar sedikit)
3 ulas bawang putih - dititik

1 inci halia - di hiris
2 biji tomato - cincang halus

1 biji bawang besar - dihiris
5 helai daun limau
Nenas - hiris kecil2
Lobak merah - hiris halus
Garam
Gula


Cara2 :
1. Cuci bersih ikan, kelar2 badan ikan, lumur dengan kunyit dan garam. Goreng hingga masak. Ketepikan
2. Tumis bahan blend, bawang putih, tomato dan halia hingga naik bau. Selepas itu masukkan garam, gula, bawang besar dan daun limau, tumis seketika. Masukkan ikan dan gaul sebati.
3. Jika kering masukkan air sedikit, angkat. Boleh masuk nenas dan carrot lagi sedap. Kali nie saya tak buat sebab tak ada stok, kalau ada lagi sedap.....






2 ulasan:

  1. Sungguh menyelerakan. Kak ros yang satu rasa pun belum makan ni...lapar jadinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. buak kak ros jgn tak buat...gerenti suka punya....lalala

      Padam