Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 21 Julai 2012

KELEBIHAN TARAWIH - HADIS PALSU

Assalamualaikum.......

Di pagi ini saya ingin berkongsi dengan kawan2 semua mengenai satu Hadith Palsu. Benda nie dah lama tersebar sebenarnya. Semasa zaman persekolahan saya lagi perkara2 ini telah disebarkan dan saya ingat lagi sampai ke hari ini antara bait2 hadith itu, tak semua la..... Suatu masa dulu saya pun antara mereka2 yang amat teruja bila membacanya kelebihan2 Tarawih yang dinyatakan dari malam pertama hingga ke malam terakhir.

Kalau mereka2 yang senasib dengan saya dan masih belum tahu akan kebenarannya, memang amat menakutkan kerana Hadith itu tidak sahih. Jika kita terus menerus menyebarkan perkara2 yang tidak benar, maka kita akan mendapat dosa besar di sisi Allah SWT kerana berdusta atas Rasullullah SAW.


Antara kenyataan palsu yang dinyatakan oleh Hadith tersebut ialah : 

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Boleh klik sini untuk maklumat selanjutnya. Dan kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik kat sini juga ye....banyak yang dikongsikan oleh Ummu Hurairah di sini. Terima kasih Ummu atas perkongsian ini. Akak nak share kat sini pulak untuk teman2 yang lain.

Sepertimana yang telah diperkatakan , Hadith Maudhu' BUKAN DARIPADA NABI MUHAMMAD SAW'. Sesiapa yang menyatakan sebaliknya maka dia telah berduta di atas Baginda SAW. Ini merupakan dosa besar yang amat besar di sisi Allah SWT dan RasulNya..


Sabda Rasulullah saw: 

"مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوأُ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار" 
"Sesiapa yang berdusta ke atasku secara sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka. " (Muttafaqun 'alaih = riwayat Imam Bukhori & Imam Muslim)

Hadith Maudhu' hukumnya ditolak dan membacanya adalah Haram. 

Semoga kita tidak di dalam golongan orang2 yang munafik....Moga ibadah puasa ku dan tarawihku akan diterima oleh Allah SWT....Aminnnnn







4 ulasan:

  1. As-salam sis..
    Memang benar sis..banyak juga artikel2 di internet atau di blog2 adalah palsu, bukan hanya kelebihan terawih, yang lain2 juga ada, jadi kita sebagai umatNya kena peka dan berwaspada jika hendak berkongsi apa jua..pastikan sumber yg dikongsi itu adalah sahih dan benar..

    BalasPadam
  2. betul tu shuhairi....akak pn takut sbb byk sgt yg tak sahih dr yg sahihnye.....semoga kita semua dpt petunjuk dariNya...

    BalasPadam
  3. Assallamualaikum Khairiah Khaizu..

    Ermm..mmg masa zaman sekolah dulu, pernah gak terbaca ttg fadhilat tarawikh yg tidak sahih.. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini..

    BalasPadam