Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 27 Julai 2013

TERUNG PIPIT GORENG BERLADA

Assalamualaikum

Hari nie dah masuk hari yang ke 17 Ramadhan dan tak lama lagi kita akan menyambut raya tapi saya masih belum lagi nak memulakan kerja2 membaking biskut. Mungkin esok baru mulakan cuma belum tahu lagi biskut apa yang nak dibuat. Masih tercari2 lagi tapi kalau nak senang guna jer resepi tahun2 lepas, senang sikit cuma rasa macam nak buat yang lain pulak.......tak pe kita cuci mata dulu tengok biskut kawan2 yang lain dulu.....kalau ada yang berkenan boleh ler kita try test pulakkan.......:)

N3 hari nie Terung Pipit Goreng Berlada. Nie menu berbuka puasa semalam, pagi nie baru dapat nak post......Sebenarnya seumur hidup saya tak pernah makan terung pipit nie tapi hari tu suami saya yang minta saya masak. Jadi kalut juga ler sebab tak tahu nak masak macam mana. Nak masak sambal ikan bilis macam tak menarik pula. Jadi saya buat goreng berlada memandangkan semua bahan yang diperlukan memang ada dan suami pun memang nak makan tempe goreng berlada.

Memang tak menghampakan, sedap rupanya. Rasa terung tu ada rasa manis juga.....akhirnya lauk nie dah menjadi makanan kegemaran saya untuk selama2nya selepas ini...hihihihi!!! Bagi yang berminat dengan resepi yang bergoreng2 boleh ler cuba, senang jer dong......


TERUNG PIPIT GORENG BERLADA

Bahan2:
10 keping tempe - potong2 dan goreng
2 keping tauhu - potong2 dan goreng
2 genggam ikan bilis - goreng garing
2 cawan terung pipit
1 inci belacan - dibakar*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih* (*ditumbuk)
1 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - hiris halus
10 biji cili api
Gula
Garam

- Tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masuk bawang besar hiris, gula dan garam.....tumis sekejap dan masuk semua bahan yang sudah digoreng, kacau sekejap hingga sebati dan angkat. Senangkan......!!!!



Ahad, 21 Julai 2013

KEK KUKUS ASAM MANIS

Assalamualaikum........



Bersua kembali!!!!! Lamanya tak bersiaran..... rindu yang amat kerana keadaan yang tak berapa nak mengizinkan untuk terus bersiaran. Tiba-tiba hari ini dengan sedikit masa yang terluang, saya ambil kesempatan untuk mengupdate blog saya nie. Memang banyak N3 saya yang terlepas kerana kekangan waktu.

Dikesempatan yang ada ini tak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT BERPUASA walaupun dah agak lewat. Hari ini dah masuk 12 Ramadhan kita berpuasa bagi tahun ini. Semoga puasa kita semua mendapat keredhaanNya dan mendapat pahala yang berlipat ganda dengan peluang2 yang diberi untuk beramal ibadat di Bulan Puasa ini. 

Dah lama tak bersiaran, rasa macam kekok pulak berbicara. Tak tahu bagaimana nak dimulakan. Oleh tu kita terus sahajalah ke tujuan asal. N3 saya kali ini adalah Kek Kukus Asam Manis. Dah banyak kali saya buat dan saya amat berpuas hati sebab mudah nak buat dan rasanya yang memang kena dengan selera saya. Semalam buat lagi untuk tekak yang tak berapa nak makan nasi nie.....Resepi nie saya dapat di blog ita masam manis. Sekali saya buat memang saya bedal sorang2 je kek nie. Bila makan...nak lagi, makan2...nak lagi...lama2 habis terus hihihi. Saya lagi suka kek ni dari yang dilapis2 tu......jom cuba yok!!!!



KEK KUKUS ASAM MANIS
By : CHEF ZUBAIDAH
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

1. Sediakan loyang berukuran 8 inci.
2. Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek. Panaskan kukusan dengan api yang besar.
3. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata.
4. Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul. Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis.
5. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang. Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil.
6. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna. 
7. Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.