Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 30 Oktober 2012

RUMAH BARU DI TAMAN BUKIT KATIL DAMAI 2

Assalamualaikum.........

Rumah oh rumah....!!!!! Rumah di Taman Bukit Katil Damai 2, rumah baruku yang terletak di Bukit Katil Melaka. Dekat sikit dengan tempat kerja suamiku. Rumah yang sekarang nie pun bukan jauh sangat pun, 15 minit dia dah boleh sampai opis....kehkeh......sajer nak tambah aset.......

Rumah kami dah siap dan kunci telah diambil, mungkin awal tahun 2013 baru kami akan berpindah, banyak benda yang perlu dilakukan. Masa pergi ambil kunci hari tu memang seronok sangat sebab tak sabar nak gie tengok. Tapi bila je tengok rumah adoiiiiiiii!!!....gila punya pemaju, banyak betul yang rosak dan yang paling yang menakutkan rumah kami dirompak sebelum kami sempat untuk berpindah. Poyooooo je kan.....bila tanya, pemaju cakap memang dia cabut sebab masa nak pasang air & api takut orang curi. 

Ok la masa tu sebab pikir dia nak jaga keselamatan tapi kenapa dah 2 minggu dia tak pasang2 lagi. Bila tanya, barang order tak sampai lagi.....kepala otak kau.....kalau barang tu dicabut mesti ler ada tapi kenapa pulak nak kena order. Bila saya dah meninggi suara baru nak tanya orang lain, rupa2nya barang tu bukan dicabut tapi dah dicuri. Cakap awal2 kan senang.....bongokkk!!!! Dah le kena curi, main tipu2 pulak, buat orang naik darah je.....memang lembab betul....

Cuba tengok keadaan rumah yang teruk nie, dengan retak, pecah, bocor, kena curi lagi , singki berkarat, dengan bumbung tak rata.........macam2 hal gilaaaaaa!!!!






Terukkan!!!!! teruk sangat2......rumah yang beli sebelum nie tak de pun macam nie, retak sikit2 tu biasa, yang nie macam teruk sangat......semua tangkap muat je. Dah tu tak bertanggungjawab, sepatutnya rumah tu dikunci untuk keselamatan. Ini tidak rumah tu tak berkunci sebab sebelum ambil kunci saya datang tengok rumah, tiba2 tolak pintu.....terbuka!!!!. Bila call budak kat opis pemaju tu yang selalu berurusan dengan saya, dia pun terkejut. Jadi tak hairan ler kalo paip dalam rumah tu tak ada......kena kebas!!!!!

Yang ini pula keadaan rumah saya, boleh cuci mata ye.....









Khamis, 18 Oktober 2012

AMALAN DIET YANG SIHAT MENGIKUT RASULULLAH SAW BHG 4

Assalamualaikum..........

Ok, bersua lagi kita semua. Malam nie saya nak sambung n3 saya petang tadi. Masih juga cerita yang sama mengenai Amalan Diet Yang Sihat Cara Rasulullah SAW. Tak rugi ye kawan2 mesti buat @ dalam erti kata yang lain wajib kita ikut. Semoga kita bersama2 dapat faedahnya, Aminnnnnn......

Sebelum ini saya ada kongsikan sebanyak 1-6 amalan Rasulullah SAW, boleh tengok disini dan sambungannya dari 7-14 boleh jengah disini. Kali ini saya kongsikan amalan dari 15-22 pulak. Semoga kita mendapat berkatnya bersama, Aminnnnnn........Jom kita selongkar.........



15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.
– Doa sebelum makan;
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.”
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)

16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).

“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.

18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda; “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.

20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan.  Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.
Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.

21. Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, 
 memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.

Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu. (gambar semua dr google)


sumber :
http://shafiqolbu.wordpress.com




AMALAN DIET YANG SIHAT MENGIKUT RASULULLAH SAW BHG 3

Assalamualaikum........

Selamat petang dan selamat beristirehat kepada semuanya. Hari nie tak ada kelas dan kerja kat opis pun tak banyak dan telah diselesaikan, maaf ye bossss.....saya nak buat n3 kat blog saya kejap, boleh naaa........hihi... Hari nie saya sambung pasal n3 yang sebelum nie mengenai diet, jom tengok.....




7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, “Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, ” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.




8. Buah tamar sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.
Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata, “Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.




9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.



10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.




11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”– (An-Nahl: 68-69).



12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang merbahaya kepada kesihatan.

Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.


Saya selalu amalkan sebelum makan mesti minum seteguk air bagi membasahkan tekak saya untuk mengelakkan saya tersedak @ terbatuk ketika memulakan makan. Saya nie cepat tersedak lebih2 lagi bila makan benda yang berkuah. Tak tahu kenapa tapi selalu kena macam tu kadang2 sampai pedas makanan tu sampai terasa kat dalam hidung saya, memang terasa sakit......



13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).


Yang ini masalah juga nie sebab saya nie cepat lapar dan mesti nak sentiasa mengunyah. Memang saya makan sikit tapi kerap, adoiiiiii!!!!! payah sangat nak ubah tapi kena gak berubah. kalo tidak bamm bamm ler.....



14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.


Yang ini suami saya selalu amalkan tapi saya cuba gak, lepas tu termuntah2.....sabar je la....

Ok, untuk hari nie cukup setakat ini sahaja. Ada lagi yang belum dikongsikan, selebihnya akan disambung pada n3 yang akan datang, jumpa lagi. Wassalammm.......




Isnin, 15 Oktober 2012

AMALAN DIET YANG SIHAT MENGIKUT RASULULLAH SAW.....BHG 2

Assalamualaikum........

Selamat malam semua. Bersua lagi kita di dunia blogging yang canggih manggih nie. N3 saya malam nie seperti yang telah saya janjikan semalam saya akan berkongsi amalan diet yang sihat. Semalam hanyalah intro sahaja dan malam ini kita berkongsi segala amalan Rasulullah SAW dengan amalan pemakanan yang sihat.

Ada lebih kurang 22 amalan yang boleh kita ikuti seperti yang dinyatakan oleh syafiqolbu. Dan mungkin juga banyak lagi yang boleh diikuti. Semua yang dipaparkan adalah berkisar tentang apa yang kita makan sehari2 dan ada juga tentang larangan @ sebab2 kita dilarang untuk memakannya.  Jika kawan2 nak tahu selanjutnya boleh tengok di sini. Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat dalam hidup kita bersama.

Jom kita tengok dan kita amalkan bersama2 amalan pemakanan Rasulullah SAW , antaranya :

1. Rasulullah SAW tidak minum susu jika memakan daging , ayam @ ikan .
 - Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam ion + (Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion - (Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

Kalau dengar kesan pemakanan yang tak betul nie, macam seram jer. Tapi kita kena percaya sebab apa yang Rasulullah SAW katakan dan apa yang dibuat Baginda semuanya bersebab dan semuanya adalah demi kebaikan umat2nya juga. Yang ini saya memang amalkan tapi kadang2 nafsu makan nie tak terkawal......semua benda nak ditelan sekali....huhu


2. Rasulullah SAW melarang minum susu bersama cuka .

- kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.


Macam nie memang macam susah je sikit sebab saya suka makan kek red velvet, dah tentu ler guna campuran susu dan cuka. Macammana tu kawan2, boleh ke idok ......sekali sekala boleh lah kot untuk merasa hihi, jangan amalkannya ye.....

3. Elakkan meminum susu bersama makan buah. 
 - Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.

Saya memang tak minat sangat makan koktel jadi tiada masalah untuk saya menghindarkannya hihihi......kadang2 tu makan juga nak merasa huahua......

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
 - Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi,  ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

 
5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.
- Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: “Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.
- Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah berkata: “Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”



* ada sambungannya nanti ye.......
- gambar semua dr google

Ahad, 14 Oktober 2012

AMALAN DIET YANG SIHAT MENGIKUT RASULULLAH SAW

Assalamualaikum.........

dr google

Diet!!!!Diet!!!!Diet!!!. Bila agaknya amalan diet ku ini boleh konsisten. Orang lain nak berdiet, awak pun nak berdiet juga. Orang turun berat badan tapi awak bukan turun tapi semakin naik ada ler. Adoiii!!!! mana silapnya nie. Dah kurang kan pengambilan nasi tapi tetap gak susah nak turun. Walaupun badan saya nampak tak besar sangat (agaknya kot hihihi....orang cakap ler).....tapi saya tetap juga nak turunkan berat badan.

dr google

Badan saya senang turun senang naik, kalau tak makan turun, bila makan naik jer. Saya memang tak mengikuti amalan2 diet dari doktor @ pakar pemakanan cuma ikut piramid makanan yang biasa tu jer, pandai2 sendiri je la. Memang tak menentu ler diet saya tu. Kerja kat pejabat pun duduk jer tak berpeluh langsung, bila ada kelas mengajar baru ler berpeluh2 sikit. Kalau makan pun tak menentu...hari2 bihun sup , mmmmm........kadang2 kek itu mesti nak makan juga, diet? belasahhh.....


dr google

Semalam macam teringin pulak nak search amalan diet, ternampak pulak amalan diet Rasulullah SAW di blog syafiqolbu. Memang selama ini saya dan suami ada amalkan amalan Rasulullah SAW nie tapi bukan semuanya menjadi amalan saya. Ada juga yang terlepas pandang.....banyak juga kot yang saya terlepas. Bila dah baca kat n3 syafiqolbu tu terpana sekejap saya. Banyak betul yang saya terlepas.

Selepas ini IsyaAllah saya ingin cuba untuk mengikut cara pemakanan sihat Baginda . Untuk amalan2 Baginda akan saya kongsikan pada n3 yang akan datang, tungguuuuu.........


Wassalam...





TULANG IKAN MERAH MASAK LEMAK NENAS

Assalamualaikum.....

Selamat tengahari. Masak apa pulak tengahari nie kawan2 ku. Saya masak Tulang Ikan Merah Masak Lemak Nenas tengahari ni tapi tak makan lagi, petang nanti baru makan nasi. Jadi tengahari nie makan sandwich tuna je. Malas nak makan nasi. Nak makan pun malas, mmmmm......

Masak pun ala kadar untuk che abang kita makan. Saya mengantuk kot tu yang tak berselera nak makan. Makan sandwich pun separuh jer. Kejap lagi nak pergi tengok rumah baru. Semalam tengok sekejap dan dah buat laporan pada pemaju pasal apa2 kerosakan dan dia janji nak buat semalam juga tu yang nak pergi tengok hari nie dah buat ke belum.

Jom layan menu saya hari nie.......



TULANG IKAN MERAH MASAK LEMAK NENAS

Bahan2 :
1 bungkus tulang ikan merah 
1 biji nenas (kecil) - hiris kasar
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah*
sedikit belacan* (*tumbuk halus)
serbuk kunyit
1 keping asam keping - optional
4 cawan santan (3 cawan santan cair + 1 cawan santan pekat 

Cara2 :
Masukkan ikan, nenas, cili kisar, bawang + belacan, serbuk kunyit, asam keping dan santan . Saya suka letak asam keping sikit untuk rasa lemak2 masam manis dari santan dan nenas.
Masak hingga kuah mendidih dan sedikit pekat mengikut citarasa sendiri. 

ANNUAL DINNER ILP LEDANG

Assalamualaikum..........


Selamat pagi semua. Dah sarapan? Saya makan roti jer tak selera nk makan. Malam tadi tak cukup tidur sebab tidur lambat. Malam tadi tempat kerja ada buat Annual Dinner, balik dah lewat malam. Saya kalo balik lewat malam nanti nak tidur memang susah, lepas tu nanti bangun pagi awal macam biasa. 

Dinner malam tadi buat kat Hotel Mahkota Melaka. Staff ramai yang tak datang tapi majlis tetap meriah, seronok sangat. Makan biasa2 jer tapi tak makan sangat pun sebab tak sabar nak tunggu cabutan bertuah...hihihi.... 


Hadiah cabutan bertuah malam tadi saya dapat oven jenama Morgan. Itulah hadiah yang saya tak nak tapi itu juga lah yang saya dapat. Bukan tak suka tapi kat rumah jer dah ada 2 oven 1 microwave, gila apa nak letak banyak2...huhuhu. Ada tak kawan2 yang nak tukar. Saya nak Pemanggang Ajaib @ Food Processor @ Juicer @ TV pn ok gak hihi.....


inilah ovennya, comel je tapi bagi yang berjinak nak membaking boleh la yang ini......ada yang berminat?




bersama Radh, mak nak bergambar anak kt belakang asyik nangis jer, kacau daun betul.....laki Radh, Zanto bertuah malam nie menang hadiah utama TV.....tahniah...huhuhu....tukar dengan oven nak.....:)


anak pak arab sorang nie.......suka bebenor bab posing2 nie


cian dia dok sorang2 x de kawan, kawan2 yang dikenali semua tak datang huhu, nanti kita gi dinner ILP BK pulak....



bakal seorang papa, coming soonnnnnnnn......