Selamat malam semua. Bersua lagi kita di dunia blogging yang canggih manggih nie. N3 saya malam nie seperti yang telah saya janjikan semalam saya akan berkongsi amalan diet yang sihat. Semalam hanyalah intro sahaja dan malam ini kita berkongsi segala amalan Rasulullah SAW dengan amalan pemakanan yang sihat.
Ada lebih kurang 22 amalan yang boleh kita ikuti seperti yang dinyatakan oleh syafiqolbu. Dan mungkin juga banyak lagi yang boleh diikuti. Semua yang dipaparkan adalah berkisar tentang apa yang kita makan sehari2 dan ada juga tentang larangan @ sebab2 kita dilarang untuk memakannya. Jika kawan2 nak tahu selanjutnya boleh tengok di sini. Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat dalam hidup kita bersama.
Jom kita tengok dan kita amalkan bersama2 amalan pemakanan Rasulullah SAW , antaranya :
1. Rasulullah SAW tidak minum susu jika memakan daging , ayam @ ikan .
- Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam ion + (Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion - (Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
Kalau dengar kesan pemakanan yang tak betul nie, macam seram jer. Tapi kita kena percaya sebab apa yang Rasulullah SAW katakan dan apa yang dibuat Baginda semuanya bersebab dan semuanya adalah demi kebaikan umat2nya juga. Yang ini saya memang amalkan tapi kadang2 nafsu makan nie tak terkawal......semua benda nak ditelan sekali....huhu
2. Rasulullah SAW melarang minum susu bersama cuka .
- kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan
kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan
boleh menyebabkan gastrik.
Macam nie memang macam susah je sikit sebab saya suka makan kek red velvet, dah tentu ler guna campuran susu dan cuka. Macammana tu kawan2, boleh ke idok ......sekali sekala boleh lah kot untuk merasa hihi, jangan amalkannya ye.....
3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
- Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh
meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.
Saya memang tak minat sangat makan koktel jadi tiada masalah untuk saya menghindarkannya hihihi......kadang2 tu makan juga nak merasa huahua......
4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging,
telur atau daun salad.
- Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan
makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam
dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang
berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak.
jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.
5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu
sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.
- Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak
sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre
yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut
kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti
yang banyak..
6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti
Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: “Al-Habbah
Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.
- Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana
ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan
yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan,
menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau
(obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah berkata: “Adapun Rasulullah SAW
tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu.
Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan
menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”
- gambar semua dr google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan