Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 7 Oktober 2012

NASI DAGANG & GULAI IKAN AYA

Assalamualaikum......

Bersua lagi kawan2. N3 kali nie adalah Nasi Dagang dan Gulai Ikan Tongkol. Ini pertama kali saya masak sendiri nasi dagang nie......hihi


kuahnya nampak cair sebab dah lapo sangat walaupun kuahnya tengah ditenggek lagi....hihi

Memang tak pernah buat pun sebelum nie dan tak pernah terpikir pun nak buat. Saya selalu beli jer sebab tak berani nak masak gulainya tu. Saya kalau beli pun pada orang yang sama juga sebab kalau beli kat tempat lain memang tak memberi kesedapan pun pada saya. Dari dulu sampai sekarang pun saya tetap beli kat kakak tu , yang lain2 macam gulai kari biasa je rasanya.

Yang membuatkan saya teruja nak buat sendiri bila kawan satu opis ada bagi beras nasi dagang dari kelantan tu. Bila dapat beras tu memang seronok sangat tapi bila pikir nak membuatnya, alamak!!!! boleh ke saya masak gulainya dan sesedap macam yang saya beli tu. Selepas tu dah lupa pasal beras merah tu sampailah masa pergi shopping kat Mydin dengan suami saya hari tu dia ternampak pes gulai nasi dagang, saya pun beli je tapi masih gak takut nak mencuba. Bila teringin jer nak makan mesti dia suruh saya cuba masak sendiri, sampai bila kan nak mencuba, jadi lama2 terpikir juga apa salahnya mencuba kan....kann.....kata orang tak cuba tak tau, dah cuba baru tauuuu!!!!


Resepi nasi dagang saya ambil kat blog Syaza Liza, dah lama saya simpan resepinya, berkulat2 dah pun hihi....Untuk resepi gulai pulak saya guna resepi kak nor . Memang berbaloi2 saya guna resepi2 nie, memang sama rasa dengan nasi dagang yang saya beli tu. Lepas nie saya dah berani masak sendiri, saya puas hati. Walaupun pes gulai tu ada resepi tapi saya tetap guna resepi kak nor.

Memang berbaloi2 sangat, kredit untuk kak nor dan liza. Walaupun renyah membuatnya, habis satu dapur bersepah tapi saya amat berpuas hati...yahuuuuuuuuu!!!!! Kalau ada kawan2 yang berminat untuk mencuba boleh amik kedua2 resepi nie. Izinkan saya kongsi di sini ye tuan2 punya resepi....


NASI DAGANG
resipi : embunrosaliza

Bahan- bahan :
1 kg beras nasi dagang - di rendam semalaman
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 inci halia*
* semua bahan2  bertanda* dimayang halus
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1 sudu besar halba
1 sudu teh garam @ secukup rasa
2 sudu besar gula
2 helai daun pandan - saya guna daun pisang

Cara- cara :
1. Didihkan air terlebih dahulu, alas pengukus dengan daun pandan, kemudian masukkan beras yang telah ditoskan. Kukus selama 20 - 30minit. 
2. Kemudian angkat dan keluarkan beras tadi dan di gaul dengan santan cair, dan kukus 20 minit lagi
3. Sambil mengukus, sediakan santan pekat. Satukan santan, bawang, halia, halba, garam dan gula,kacau sehingga garam dan gula hancur sahaja, kemudian angkat dan ketepikan.
4. Angkat beras tadi dan masukkan ke dalam bekas dan digaul dengan santan pekat pula. kemudian kukus sehingga masak.  20 minit.

GULAI IKAN AYA@TONGKOL (Gulai Nasi Kuning/Dagang)

Bahan:
1 ekor ikan aya@tongkol
3 kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya

Bersihkan ikan aya dan potong. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air. Air hendaklah melebihi paras ikan. Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.
akk tambah sesudu cuka - utk keraskan sikit ikan - saya tak letak

Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang - saya guna pes kuah nasi dagang jenama sharifah
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa - akk letak 3 keping asam keping - x letak sebab air rebusan ikan dah masam
sedikit belacan ~ optional  - tak letak - x letak juga
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Cara2 :
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi. Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)


Acar Darat

1 biji timun - potong panjang2
1 biji lobak merah - potong panjang2
1/2 labu bawang merah
1 biji cili hijau - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
Cuka
Garam
Gula

- Campurkan semua bahan dan hidang.


jemput menjamu mata je ye.....
menu nasi dagang vs kekisi masak kari (untuk orang yg tak makan nasi dagang)






2 ulasan:

  1. Salam...sedap ni mmg salah satu feveret akak ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslam, mmg sedap tau.....nie pn mmg fveret saya,tiap2 mggu mesti nk ngap :)

      Padam