Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 14 Oktober 2012

AMALAN DIET YANG SIHAT MENGIKUT RASULULLAH SAW

Assalamualaikum.........

dr google

Diet!!!!Diet!!!!Diet!!!. Bila agaknya amalan diet ku ini boleh konsisten. Orang lain nak berdiet, awak pun nak berdiet juga. Orang turun berat badan tapi awak bukan turun tapi semakin naik ada ler. Adoiii!!!! mana silapnya nie. Dah kurang kan pengambilan nasi tapi tetap gak susah nak turun. Walaupun badan saya nampak tak besar sangat (agaknya kot hihihi....orang cakap ler).....tapi saya tetap juga nak turunkan berat badan.

dr google

Badan saya senang turun senang naik, kalau tak makan turun, bila makan naik jer. Saya memang tak mengikuti amalan2 diet dari doktor @ pakar pemakanan cuma ikut piramid makanan yang biasa tu jer, pandai2 sendiri je la. Memang tak menentu ler diet saya tu. Kerja kat pejabat pun duduk jer tak berpeluh langsung, bila ada kelas mengajar baru ler berpeluh2 sikit. Kalau makan pun tak menentu...hari2 bihun sup , mmmmm........kadang2 kek itu mesti nak makan juga, diet? belasahhh.....


dr google

Semalam macam teringin pulak nak search amalan diet, ternampak pulak amalan diet Rasulullah SAW di blog syafiqolbu. Memang selama ini saya dan suami ada amalkan amalan Rasulullah SAW nie tapi bukan semuanya menjadi amalan saya. Ada juga yang terlepas pandang.....banyak juga kot yang saya terlepas. Bila dah baca kat n3 syafiqolbu tu terpana sekejap saya. Banyak betul yang saya terlepas.

Selepas ini IsyaAllah saya ingin cuba untuk mengikut cara pemakanan sihat Baginda . Untuk amalan2 Baginda akan saya kongsikan pada n3 yang akan datang, tungguuuuu.........


Wassalam...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan