Selamat petang dan selamat beristirehat kepada semuanya. Hari nie tak ada kelas dan kerja kat opis pun tak banyak dan telah diselesaikan, maaf ye bossss.....saya nak buat n3 kat blog saya kejap, boleh naaa........hihi... Hari nie saya sambung pasal n3 yang sebelum nie mengenai diet, jom tengok.....
7. Baginda SAW juga memakan roti yang
diperbuat daripada gandum asli.Gandum
sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum
proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang
mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
Roti
gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60
peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai
zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Dalam
riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra
meriwayatkan, “Aku
melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan
diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.
Mengikut
riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, ” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan
memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak
memperolehi roti) mereka memakan tamar”.
8. Buah tamar sememangnya sinonim dalam
kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana
ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.
Kandungan
serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang
terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari
dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula
mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat
logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Bukhari
dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata, “Ada ketikanya dapur rumah kami tidak
berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar
dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.
9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain
seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini,
Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai
bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8
peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu
mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.
10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga
mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun
kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga
mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi
silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan
sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana
mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang
berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang
lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.
11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan
madu.
Baginda
SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia
mennghindar daripada segala penyakit.
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang
bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb)
bagi orang yang memikirkan”– (An-Nahl: 68-69).
12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak
meminum air dengan
meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan
melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara
yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria
yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
Saya selalu amalkan sebelum makan mesti minum seteguk air bagi membasahkan tekak saya untuk mengelakkan saya tersedak @ terbatuk ketika memulakan makan. Saya nie cepat tersedak lebih2 lagi bila makan benda yang berkuah. Tak tahu kenapa tapi selalu kena macam tu kadang2 sampai pedas makanan tu sampai terasa kat dalam hidung saya, memang terasa sakit......
13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan
dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan
bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
نحن قوم
لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
“Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya
makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“
Sebaliknya
manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.
Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya
dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).
Yang ini masalah juga nie sebab saya nie cepat lapar dan mesti nak sentiasa mengunyah. Memang saya makan sikit tapi kerap, adoiiiiii!!!!! payah sangat nak ubah tapi kena gak berubah. kalo tidak bamm bamm ler.....
14.
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak
70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah
makan.
Yang ini suami saya selalu amalkan tapi saya cuba gak, lepas tu termuntah2.....sabar je la....
Ok, untuk hari nie cukup setakat ini sahaja. Ada lagi yang belum dikongsikan, selebihnya akan disambung pada n3 yang akan datang, jumpa lagi. Wassalammm.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan