Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 24 Februari 2015

PEMBUATAN KEK DI KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Assalamualaikum

Seronok tengok kawan2 dapat belajar bagaimana untuk membuat kek dan basic mendeko kek di Kolej Komuniti Ledang. Kalau tengok dari gambar yang diposkan, saya pulak yang tak sabar2 nak join sekali tapi group saya pada bulan April nanti. Kiranya ini group yang pertama. Walaupun saya dah tau nak buat kek tapi bila bersama rakan2 sekerja, rasa teruja pulak. Kata orang sajer jer nak memeriahkan majlis hehehe.......


Plan kawan2 nak belajar buat kek nie dah lama sebenarnya. Baru sekarang terlaksana dan dapat kebenaran dari pengarah. Sebelum nie institut nak sponsor tapi sebab tiada peruntukan, tu yang tertangguh. Bila ada rakan2 yang minta saya ajar basic buat cheese cake, saya terfikir pulak nak bertanya dengan Kolej Komuniti untuk dijadikan satu kursus. Penyertaan dari staff yang berminat memang amat menggalakkan. Kursus yang dijalankan nie memang khas untuk ILP Ledang sahaja, tiada dari pihak luar .

Bayaran yang dikenakan pun cuma rm50 seorang untuk 2 kek iaitu cheese cake dan kek coklat. Deko yang diajar pun cuma yang mudah2 sebab semua yang datang memang 'zero' bab2 deko. Untuk deko pun saya minta cikgu ajarkan penghasilan dari nozzle yang digunakan. Harap2 lepas nie, semua kawan2 dah boleh bikin sendiri untuk family makan. 


ini cheese cake hasil tunjuk ajar cikgu


Kek coklat ganache


Staff ILP Ledang bersama cikgu komuniti disamping hasil air tangan masing2


Hasil kerja buat pertama kali murid2 dewasa, terbaik.....next time boleh cuba lagi, tunggu team kedua menyusul........







Sabtu, 21 Februari 2015

WET WORLD PEDAS, CUTI HARI RAYA CINA

Asalamualaikum

Selamat bercuti buat kengkawan. Saya sekeluarga semalam berendam seharian di Wet World Pedas. Ramai juga yang datang seawal dibuka, ramai juga yang dah siap berendam. Hampir Asar baru kami bergerak balik. Memang semua anak2 puas hati nampaknya. Masuk jer dalam kereta, semua pakat2 pengsan. Sebelum bergerak ke Melaka, kami pergi ke Senawang untuk makan Satay Tulang.

Percutian kali ini baru berpeluang bermandi manda beramai2 adik beradik. 6 buah kereta sekali jalan. Itu masih ada juga family yang tak dapat nak join. Ada yang kerja, ada juga yang ke Langkawi. Maklum ler, planning last minit. Memandangkan kakak ipar dah bertanya tempat untuk bawa anak2 mandi kolam sempena cuti chinese new year nie, saya dalam fikiran Wet World Pedas lah..........sebab memang dah lama nak ke situ ramai2. Alang2 dah ada yang bersuara, barulah berkesempatan kami nak pergi. Lepas ni kalau semua balik, nak buat BBQ . Bila dan dimana, masih dalam perancangan.............


     
    

Biarlah hanya gambar yang berbicara...........