Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Khamis, 5 Februari 2015

KEMALANGAN DI JALAN DUTA, SEMALAM PUNYA CERITA.......

Assalamualaikum

Takut betul, sekarang nie banyak betul kemalangan yang berlaku. Semalam dalam berita pasal kapal terbang terhempas di Taiwan. Ramai yang terkorban dan ramai yang cedera. Semalam juga kawan saya post gambar kemalangan di Jalan Duta ke Istana Baru. Katanya melibatkan lori tanah dan beberapa kereta. Minggu lepas kemalangan motor besar dengan lori di depan mata saya. Meninggal penunggang motor tu sebab arwah tu abang kepada pelajar saya. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Aminnnnnnn..........Rasa fobia pulak nak bawa kereta. Berdoa sahajalah kita kepada Allah SWT agar dipelihara dari segala perkara2 yang tak dingini.


Kalau tengok dari kemalangannya, tak dapat nak dibayangkan bagaimana keadaannya orang di dalam kenderaan. Rasanya berita bagitahu semalam, melibatkan 7 kenderaan, tak pasti pulak. Ngeri saya tengok. Harap2 mereka yang terlibat selamat belaka.



Ramai pulak orang di sini ye, siap boleh duduk2 lagi. Fikir positif sahajalah ye, mungkin yang duduk ditepi itu antara mangsa2 kemalangan. Mesti jem teruk jalan nie. Harap2 semua dapat bersabar je la..........



Kereta siapa agaknya ye.........



Tiada ulasan:

Catat Ulasan