Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 16 Februari 2015

PISANG GORENG CHEESE

Assalamualaikum

Pisang Goreng Cheese, sedapnyaaa..........!!!!! Saya dah banyak kali buat Pisang Goreng Cheese nie. Petang sabtu lepas pergi pasar malam, nampak pisang nipah.....yuhuuuuuu!!!!!! saya memang suka pisang goreng nipah. Saya beli sesisih jer. Nak beli 2 sisih suami dah buka mulut, terus letak balik satu, hihihih..........Itu pun dah banyak sebenarnya, tamak sungguhkan.......Balik jer kerja, terus saya goreng. Jadi menu malam ni adalah Pisang Goreng Cheese yang marbelessss...........makan puas2, sampai pengsannnnnn........


Sebelum nie, masa mula2 diperkenalkan saya rasa macam biasa jer. Tak menarik tertarik pun. Tertanya2 juga macam mana pisang goreng cheese begitu ramai penggemar. Letak cheese letak coklat sikit, sedap ke? Sepanjang saya nak balik ke kampung dengan perjalanan cuma 30 minit, banyak juga gerai2 yang menjual. Harga pun mahal pada saya, 1 pisang = rm1......bagi saya mahal la.........Bila banyak yang menjual, saya terfikir mesti Pisang Goreng Cheese nie sedap. Pada mulanya, suami saya yang bercerita pasal pisang nie dan saya memang tak pernah dengar. Bila dia cakap dia nak rasa, baru saya nak buat. Cuba risik2 pada rakan2 fb, rupa2nya pisang goreng tu, celup dengan butter+susu baru letak cheese dan sedikit coklat parut jika suka. Mula2 rasa dulu, tak rasa pulak pisang tu dicelup butter. Mungkin lain orang lain cara kot

Kalau tengok resepi kat blog kawan2, macam2 bahan yang dia orang guna untuk tepung goreng pisang tapi saya buat macam biasa jer tepungnya. Rasanya memang sedap dengan tekak saya. Yang ini pun saya makan berulang2 kali sambil tengok tv, makan sampai pengsan ler........


Bagi yang teringin nak mencuba, jangan ragu2 lagi.......mesti anak2 suka makan. Berbaloi2 untuk mencuba.........resepi pun mudah. Nak resepi ke? Tak pe saya sertakan. Kalau nak adunan yang lain yang lebih mengancam, boleh search kat pokcik google........

Pisang Nipah

4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung goreng pisang adabi
Garam
Sedikit serbuk kunyit

Butter + susu - cairkan
Cheddar Cheese - diparut
Coklat masakan - diparut

Campurkan semua bahan tepung dan goreng pisang macam biasa. Ketepikan.
Celupkan pisang goreng dalam campuran butter dan susu.
Tabur parutan cheese dan coklat masakan. Hidangkan.


makan puas2 ye, tak cukup boleh buat lagi











Tiada ulasan:

Catat Ulasan