Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 8 Julai 2012

BLUEBERRY CUSTARD PIE

Assalamualaikum......

Selamat pentang semua. Hari nie mari kita menge'pie' ye. Jom kita buat Blueberry Custrad Pie. Resepi pie nie saya ambil kat dapur Shiela. Kalau tengok makanan kat dapur shiela tu memang boleh buat kita teruja. Cantikkk...kemass...gambar nampak semuanya sedap2. 


Bila terpandang pie nie kat blog dia dulu, memang saya terus buat dan puas hati sebab sedap. Ini kali kedua saya buat dan baru buat n3 kat blog saya. Dulu buat guna acuan pie yang besar sikit tapi kali nie guna yang kecik sikit sebab nak pastry dia tebal. Saya suka pastry pie yang tebal sikit...hhihi...selera masing2 kan yang penting puas hati....^__^ . Terima kasih ye shiela resepinya, saya share kat sini......



BLUEBERRY CUSTARD PIE
Resepi : Spices Journey

Bahan2 Doh:
120 gm unsalted butter
¼ cawan gula icing
¼ sudu kecil garam
- Gaul semua bahan sehingga mesra. Masukkan ke dalam acuan pie yang removable dan ratakan mengikut bentuk acuan itu. Kemudian masukkan ke dalam peti ais selama 15-20 minit. Apabila dikeluarkan cucuk2 sedikit permukaan pie dengan garfu dan bakar selama 25-30 minit pada suhu 170C atau sehingga kuning keemasan.

Bahan2 Custard :
2 biji kuning telur
1 sudu besar gula
3 sudu besar tepung jagung
1 cawan susu ideal
2 sudu besar gula
1 sudu besar butter
-Pukul telur dan gula hingga kembang, kemudian masukkan tepung jagung. Masak pula susu dan gula. Bila sudah hampir mendidih, masukkan bahan telur kuning tadi dan kacau cepat2 dengan api perlahan. Bila dah agak pekat, masukkan butter dan kacau rata. Matikan api dan tuang ke atas permukaan Pie tadi dan ratakan.


Bahan Glaze :
1 cawan fresh blueberry
¼ cawan air
2 sudu besar gula (boleh kurangkan jika tidak mahu manis) - ok je
1 sudu kecil tepung jagung*
¼ cawan air* (* dibancuh bersama)
-Masak separuh dari buah Blueberry dengan air dan gula. Setelah buah dan gula tu agak hancur, masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dengan air. Masak bagi sedikit pekat agak2 macam gel dan boleh dituang. Akhir sekali, masukkan balance buah Blueberry tadi kacau sebentar dan angkat. Jangan lama sangat, nanti buah tu pecah tak cantik. Selepas itu, tuang glaze tu atas permukaan Custard pada Pie tu dan ratakan. Bila dah agak tak panas lagi, bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk. 





6 ulasan:

  1. Wah! Menjadi bluberry custard pie dia ye... memang terliur kalau masuk dapur Sheila!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Amie.....kalau tgk dapur shiela mmg ralitt jerr...

      Padam
  2. salam kak khairiah, tq sbb sudi join & singgah blog saya...nampak menarik blueberry pie tu, mesti sedap rasanya : )

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan juga Evelyn....mmg sedap betul2 sedap....nanti akak nk tgk resepi kt blog Evelyn tau...lala

      Padam
  3. nampak sedap la..dah lama sy x buat:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg sedap zila...sya pn nnti nk buat lg tp perasa lain pulak..hihi

      Padam