Hari nie nak n3 pasal percutian saya ke Penang pada Ahad lepas sehari sebelum CNY. Traffic di jambatan Pulau Pinang begitu lancar sekali, tak banyak kereta. Kalau kat Melaka dah teruk dah nie, nak menyampai ke rumah je pun yang sepatutnya 15 minit boleh jejak sampai 40 minit. Memang banyak jalan pintas tapi sebab ada urusan terpaksa redah juga jalan yang sesak tu.
Ini lah pemandangan Pulau Jerejak dari jambatan. Tak boleh nak fokus ye sebab kamera canggih sangat2..hehehe...Ini je yang termampu. Perjalanan kami pada hari tu adalah untuk ke Batu Feringgi, tempat orang mandi manda. Selalu kalau pergi situ tak pernah nak menyinggah pun, saja2 je lalu sebab selalu kat situ sesak sangat. Jadi hari nie kami pakat nak mandi2 kat situ.
Kami semua melepak di Pantai Shamrock. Pantainya memang cantik kerana tiada pencemaran. Air lautnya bersih sesuai untuk bermandi manda, perkelahan atau bersantai2 bersama keluarga. Cuma nak parking punya la susah tak de tempat, sudah ler selekoh2 kat pantai tu mengalahkan nak pergi Cameron dari Tapah, boleh mabok dibuatnya. Ramai juga la family yang datang berkelah. Yang mandi2 cuma anak2 je la.
Yang datang memancing pun ada juga tapi tak ramai. Yang mencari kijeng pun ada juga, boleh buat rencah2 sayur. Ada satu family india tu siap bawa tapis, tapis pasir sebab nak cari kijeng tapi tak banyak dapat..mungkin bukan musimnya lagi. Cari siput kat batu pun ada .
Masing2..malu2 nak terjun ke laut. Bila dah dok dalam air tak ingat nak balik dah. Anak2 buah comel loteh...mulatnye yang satu tu....
Gemok la saya nie kannn......
Ini pula Pulau Tikus...agaknya la. Kalau tengok dari peta macam tu la katanya....Wallahualam...kalau salah betulkan na...
Setelah penat mandi manda, kami pergi pula ke Padang Kota Lama untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. Tengok la tu punya la ramai orang sampai tak cukup tempat nak duduk. Memang tak putus2 orang yang datang. Bagi saya makanan kat situ tak boleh nak ngam dengan selera saya. Bagi saya biasa2 saja...:(...Kalau masa 10 -15 tahun yang lalu memang sedap makan kat situ, tapi sekarang macam tak berapa nak kena dengan tekak nie...kurengggg.
Setelah selesai makan kami bersantai2 di tepi tembok batu di pantai Padang Kota Lama tu. Orang memang ramai hiruk pikuk jadinya tapi seronok tengok budak2 kecik terlompat2 terkinja2, geram sungguh macam2 kerenah anak2 orang nie. Kapal yang besar tu kalau tak salah saya Legend Star kot namanya, dah lupa. Yang dok dalam laut tu ntak tahu tak nampak. Duduk lepak kat situ memang rasa seronok walaupun bising. Pantainya memang damai sungguh dengan pemandangan yang sangat cantik walaupun pantainya terlalu sibuk dengan kapal besar, kapal kecik2 pun banyak juga .
Perjalanan balik ke Kuala kangsar, kami naik feri jer masing2 dah penat nak tekan pedal. Lagipun saya tak pernah naik feri di Penang sebab saya nie mabok laut. Masa dah parking kat atas feri, belum jalan lagi saya dah rasa terumbang ambing, jadi saya keluar untuk tengok pemandangan luar sambil mengelak dari rasa dilambung ombak, nanti muntah plak buat malu je. Sambil dok tengok2 ambil la gambar kapal yang besau tu. Cantik sungguh kapal tu, geram pulak tengoknya. Cantikkann...
Ini pula feri penumpang yang saya naik. Dia ada banyak jenis dan bentuk tapi saiz lebih kurang je. Perkhidmatannya sampai malam kot ...ntah. Gambar dah tak elok, kamera buat hal bergetar2...
Saya saja je nak amik gambar nie sebab ada abang motor lalu...hehehe!!! Bila la che abang nak beli nie satu...lambat bebenor nak menunggunya....cepatla sikit dah tak sabor nak membonceng......hakhak...
sronoknye jalan2...dah lama x ke Penang...rindu nk makan pasembor...
BalasPadamsaya makan pasembor kat situ dh x sedap mcm dulu la ucu....mungkin salah kedai kot....:(
BalasPadam