Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 21 April 2012

KEK MENTEGA

Assalamualaikum......

Dah mengantuk tapi nak n3 juga......ni yang terakhir untuk hari ini. N3 Kek Mentega dari dapur Cida. Nak tengok kat sini pun boleh dan kalau nak kan kelainan tetapi rasa tetap sama pun boleh tengok kat sini juga. Sama jer semua tu cuma di olah sikit si Cida tapi saya lagi suka yang ini sebab ada badam.....saya suka badammmm....

Kek nie panas lagi tau, panas2 saya dah potong...tak sabar betul...issshhhh!!! Ikut perangai sape ntah....hehehe. Untuk adunan Cida saya buat separuh jer.....Lembut betul kek nie susah betul nak potong dan lembab2 gitu. Lagi susah nak potong bila ada badam kat atas...terpeleot pisau tu....terus tersenget potong. Haru betul!!!!

Dah ngantuk sangat nie, malas nak bebel....dah tak mampu nak tahan...layan je la......... 


KEK MENTEGA

Bahan2 :
250 gram butter- cida guna pure butter jenama 5 star
200 gram gula kastor / 160 gram gula pasir (kisar halus jika guna gula pasir)
250 gram tepung gandum
6 biji telur - untuk 1/2 adunan saya letak 2 biji sahaja
4 sudu besar susu cair (dalam tin)
2 sudu kecil baking powder (sudu kfc)
1 sudu teh esen vanila
kepingan badam / choc chip jika suka


Cara2 :
1. Panaskan oven pada suhu 160C (ikut oven masing2- aku cuma guna api bawah sahaja). Saya set pada 175 api atas bawah.
2. Pukul mentega dan gula sampai kembang (boleh nampak sedikit pucat dari sebelumnya). Masukkan esen vanila.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji (biar telur pertama sebati sebelum masukkan telur ke 2 dan seterusnya) .
4. Ayak tepung dan baking powder, masukkan sedikit2 ke dalam adunan (bahagi agak2 untuk 4 kali) -  secara berselang seli dengan susu (1 bahagian tepung, diikuti 1 sudu susu air)a- buat sampai habis.
5. Matikan mixer - kacau adunan guna sudip kayu hingga ke dasar bekas kalau2 ada adunan yg tidak sebati,  sambung mixer sekejap sahaja untuk sebatikan adunan...
6. Masukkan coklat chip (boleh juga guna coklat rice) - agak2 dalam 4 sudu, sebatikan guna sudip sahaja.
7. Griskan loyang dengan sedikit mentega atau boleh guna kertas minyak pada montot loyang...tak perlu sampai bungkus keliling loyang .
8. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak - sila uji guna lidi .
9. Jangan buka oven sebelum 30 minit pertama, untuk 15 minit terakhir, tukar kepada api atas dan bawah untuk garingkan permukaan kek...
10. Sejukkan sebentar dalam 10 minit sebelum alihkan kek dari loyang...


 coklat chip ada sikit jer...tu yang tak berapa nak nampak coklatnya.....


sedap sangat.......terima kasih cida....muahhhhsss

 Good night......ngantussssss...ZZZZZZZZZZZZZZZZ


Tiada ulasan:

Catat Ulasan