Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 20 April 2012

STRAWBERRY CUPCAKE

Assalamualaikum.........

Selamat beristirehat ye!!!!N3 saya kali ini saya buat malam tadi. Bila dok rumah sorang2...so, hadap tv dengan pc sekali arung. Jadi mem besau malam....che abang tak ada pergi menggubal soalan. Sekali sekala tak ada orang nak kacau...best juga kan....enjoyyy!!!!

Makan malam saya tak masak sebab che abang kata dia ada jamuan, so balik lambat kot. Jadi makan malam saya yang ringkas jer...goreng pisang tanduk....hehehe!!!. Sedap tau malam2 makan goreng pisang. Sambil goreng pisang sambil tu saya sempat juga buat strawberry cupcake . Resepi nie saya ambil kat dapur DTS. Resepi asal guna blueberry tapi saya ada strawberry jer.

Sedap cupcake nie tau...lembut dan gebu jer....tentu gebu macam CMG...ngehngeh!!!!Jommm......


STRAWBERRY CUPCAKE (asal Blueberry cupcake)
Olahan resepi : CMG

BAHAN UNTUK KEK :-)
175 g mentega
115 g gula kastor
1 camca teh ovallate
2 biji telur gred A
135 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
30 g susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla


BAHAN UNTUK BUTTERCREAM :-) - saya tak buat
125 g mentega
125 g creamwell
100 g susu pekat manis
40 g gula aising, diayak
1 camca teh esen vanilla




CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan mentega dan ovallate, pukul rata, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang. Tuang susu pekat manis dan kacau rata.
Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan esen vanilla dan gaul rata. Sudukan 1/2 penuh dalam setiap muffin cup. Buat hingga siap. Dapat lebih kurang 12 biji, bergantung pada saiz muffin cup masing2.
Isikan 1/2 camca teh blueberry filling pada setiap adunan. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Biarkan kek sejuk sepenuhnya atas jaringan.

UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan untuk buttercream sehingga kembang dan putih, gunakan kelajuan sederhana untuk mendapat hasil yang halus dan cantik. Kemudian boleh lah hias atas cupcake yang telah sejuk tadi mengikut kreativiti masing2...

3 ulasan:

  1. kamu gi ke laman web hotel di taman negara..ada di sediakan pakej..nak murah ataupun mahal kamu boleh pilih yang mana satu. Boleh bawa kereta sampai ke hotel..nanti google camni nak pegi yer..semuga dapat membantu

    BalasPadam
  2. oh yer jangan lupa vote akak kat sini yer utk 2 kategori ..kamu gi ke sini yer..http://mitbca.com/category.php?id=3

    BalasPadam