Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 14 April 2012

KEK KEJU MARBLE

Assalamualaikum......


Alhamdulillah.....Akhirnya broadband celcom sudah boleh diguna, baru boleh mentenet. Ingatkan dia yang rosak, rupa2nya laptop yang problem sebab tak boleh nak baca moden tu. Format balik laptop baru boleh guna.....kalo tak maunya beratus2 kena ganti..hehehe....


Kali ini saya nak n3 Kek Keju Marble. Sebenarnya saya nak minta maaf banyak2 sebab saya dah tak ingat siapa punya resepi nie. Dah lama simpan resepi nie....nak cuba juga walaupun banyak resepi orang lain.


Jom kita layan kejap resepi mudah nie....



cheese dengan dasarnya sama tebal.....nanti nak buat kena tambah cheesenya baru besttttt...

KEK KEJU MARBLE

Bahan-bahan: 
200 g biskut digestive - saya guna biskut marie perisa kopi
50 g mentega
1/2 sudu besar madu
1 sudu besar susu sejat (evaporated milk) 

-Hancurkan biskut. Cairkan mentega bersama madu & susu. Campurkan serbuk biskut tadi. Tekankan ke dasar loyang hingga rata.

Bahan-bahan kek: saya buat 1/2 adunan sahaja
500 g keju krim (cream cheese) 
100 g gula castor
3 telur
30 g unsweetened chocolate, cairkan
1 sudu kecil esen vanila 

-Pukul keju dan gula hingga lembut kemudian masukkan vanilla. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul sentiasa. Cairkan coklat masakan kemudian ambil 20 % adunan kek masukkan coklat tadi. Tuangkan 80% adunan ke dlm loyang tadi. Kemudian sudukan adunan coklat  tadi kemudian lorekkan dgn lidi supaya jd bentuk marble. Bakar secara steam bake pd suhu 160’C selama 50-60 min. Setelah masak, sejukkan dlm peti ais . 




marble nya tak jadi sebab dia tenggelam pulak.....lain kali kena letak dalam piping bag kot....


tengok tu marble dok berkumpul pulak kat tengah2....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan