Selamat berhujung minggu.....baru balik dari berjalan2 cuci mata kat Bandar Melaka tadi dengan adik. Tinggal che abang kat rumah sorang2. Shopping kain ela dengan langsir untuk rumah adik. Ingat nak pergi Jakel tapi bila dah singgah kat Nagoya, banyak pula yang nak dibeli. Ramai betul orang kat Nagoya, kelam kabut budak2 kain tu. Masa datang tadi tak la ramai, tiba2 je dah nak penuh Nagoya. Shopping baju raya gamaknya.....
Sebelum keluar tadi sempat la juga buat Kek Semolina yang saya usha kat dapur CMG. Tengok gambar kek tu nampak gebu jer. Memang kek tu gebu dan lembut, senang nak membuatnya cuma masa campurkan adunan telur dan adunan mentega, CMG cakap pukul sampai putih gebu tapi saya pukul tak gebu2 pun . Alhamdulillah....kek saya menjadi juga gebu dan lembut sangat....puashati!!! Jom layan resepinya....
KEK SEMOLINA
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega berkualiti tinggi
170 g gula halus
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 camca teh esen vanilla
170 g tepung gandum
1 camca teh baking powder
100 g semolina @ suji
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
250 g mentega berkualiti tinggi
170 g gula halus
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 camca teh esen vanilla
170 g tepung gandum
1 camca teh baking powder
100 g semolina @ suji
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
Tepung gandum digaul
bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina@suji dan garam,
gaul rata. Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua
sebati. Ketepikan.
Putar mentega, gula halus
dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur + susu + esen vanilla tadi
sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu (macam gambar
no 2- dalam blog CMG). Tapi saya tak buat sampai putih pun cuma bagi adunan sebati sahaja sebab tak boleh nak putih pun...
Pada kelajuan perlahan,
masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke
dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan
kertas minyak.
Bakar dalam oven yang telah
dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas
jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan