Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Rabu, 21 Disember 2011

Bingka Roti kukus Pandan...


Assalamualaikum...Syukur Alhamdulillah...nampaknya cuaca hari ini sedikit cerah tapi tak panas...tak nampak pun matahari . Hari2 hujan Melaka nie, pagi2 nak mandi tu rasanya ketaq lutut tapi besttt....


Hari nie saya nak n3 Bingka Roti Kukus Pandan resepi dari kak ummi. Best bingka nie tak cukup makan, habis licin sampai makan malam pun tak usik...Saya buat petang semalam...sambil tengok Tentang Dhia sambil godeh2....senang je buatnye...tutup mata pun boleh jadi...hehehe...moh tengok resepinya.


BINGKA ROTI KUKUSN PANDAN
Resepi :Notabilia
Dicuba/Uji :Ummi @ Home sweet Home


Bahan-bahan : (saya buat 1/2 adunan saja)
8 - 1- keping roti putih (saya potong 4)
200 ml santan 
200 ml air
1 cawan gula (lain kali letak 3/4 cawan dah cukup kot)
4 biji telor (buang tali pusatnya)
1 st garam 
1/2 st pes pandan
2 helai daun pandan - simpul


Cara-cara :
1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja .
2. Kemudian rendamkan kepingan roti di dalam adunan dan biarkan sekurang2nya 10 minit.
3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (sapu dulu loyang dengan majerin). Tuangkan lebihan adunan ke dalam loyang.
4. Letakkan daun pandan di atas permukaan roti tadi.
5. Setelah air kukusan mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (balut penutup dengan kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
6. sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan (letak dalam fridge dan dimakan sejuk pun sedap) .





Tiada ulasan:

Catat Ulasan