Apa sarapan pagi nie? Saya sarap nasi lemak jer dan sempat juga la buat Talam Marble dari resepi oleh kak Fida dan sumber dari ita yang memang terkenal dengan makanan2 yang menarik dan sedap. Banyak lagi resepi dari ita yang tak rugi di cuba. Terima kasih ye ita sebab Talam Marble nie memang sedap seperti kata ita. Ini kali ke2 saya buat tapi untuk kali pertama buat tak dapat nak n3 sebab kamera buat hal dan untuk kali nie saya ada ubah sikit sebab bahan2 yang ada tak cukup, al maklum la belum pergi soping lagi. Buat kali pertama memang la sedap tapi untuk kali ke dua nie sebab guna homemade coklat jadi dia agak cair dan terasa manis sedikit tapi tetap sedap. Masukkan ke dalam peti ais, makan sejuk2 lagi sodappp..... lembut yoo masuk kek tokak den nie. Mari kita tengok resepi nie.
TALAM MARBLE
By: Kak Fida
Sumber : masam manis
Bahan-bahan (saya buat 1/2 adunan je)
240 g tepung Hoen Kwee hijau
450 g gula halus (2 1/4 cwn rata) - saya kurangkan
2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa) - saya guna 1/2 susu segar & 1/2 santan (campur air)
1 sk garam
3 sb serbuk koko - saya guna homemade chocolate

choc emulco - ita tambah - x letak
Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko.
Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
Loyang di griskan dgn minyak masak terlebih dahulu.
Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang. Sejukkan.
Siap utk dipotong dan dihidangkan.
Semasa memarbelkan adunan hendaklah lakukan dengan pantas kerana adunan cepat mengeras.
Untuk resepi ni ita hanya buat 1/2 adunan aje.. Ita gunakan hanya santan kotak. Ita guna 1 kotak santan 200 ml dan selebihnya ita campurkan dengan air untuk mencukupkan sukatan santan tu.

Panaskan coklat filling. Setelah agak cair ketepikan. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga pekat, licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
Marblekan adunan berselang seli dengan coklat ke dalam acuan yang telah disapu minyak/majerin terlebih dahulu. Sejukkan. Boleh dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan