Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 25 September 2015

HUTAN LIPUR ULU KENAS, KUALA KANGSAR

Assalamualaikum
Selamat Hari Raya Aidiladha.......walau terlewat sehari tapi nak juga ucapkan. Semalam, sambil sambut raya tengok qurban di Sayong, Kuala Kangsar sempat juga suami saya bawa ke air terjun. Kami ke Hutan Lipur Ulu Kenas. Ingatkan tak ramai yang datang, rupa2nya ramai juga parking ponuh........cuti sekolahkan......

Tengok tempatnya macam agak terbiar sikit tapi tempat mandi manda tetap bersih. Mungkin sebab keperihatinan orang ramai yang datang tu buatkan tempat tu macam terjaga. 
Walaupun tak mandi tapi sejuknya tetap terasa. Kalau ada bawa baju memang kami dah terjun, tak de nak tunggu2 pun. Nasib tak bawa sebab dah nak petang sangat masa tu, mesti nanti mandi tak puas. 

Bagi yang belum pernah datang, boleh bawa family datang ke sini. Tempat pun memang sesuai untuk bawa anak2 kecil, tak merbahaya. Banyak tempat boleh landing, pilih je mana yang berkenan hehe.....
Cantikkan air terjun nie, bertingkek2.......tapi tak ramai yang mandi kat area nie sebab susah nak parking tak ada ruang parking kereta. Kedudukannya betul2 kat selekoh. Yang mandi pun budak2 motor, boleh parking selet2 kat celah pokok. Kalau ada boboy yang nak mandi boleh landing area sini, pasti best......







Tiada ulasan:

Catat Ulasan