Selamat pagi dan Salam satu malaysia semua. Syukur Alhamdulillah diberi kehidupan seterusnya, dapat lagi saya menghadap blog nie. Dapat la lagi saya skodeng blog2 kawan yang lain dengan coretan2 yang menarik dan juga sudah pastinya dengan resepi2 yang menambat jiwa.....dan...dan macam2 lagi lah yang mereka kongsikan. Boleh tengok resepi, mana yang berkenan boleh lah di cuba.......
Hari ni tak der kelas, ditunda pada hari Jumaat, jadi kerja sambilan yang lain semuanya dah settle, jadi dok sibuk kacau kerja orang pulak....sambil2 tu saya nak n3 resepi Strawberry Cheese Tart yang saya buat malam tadi. Resepi nie saya cilok kat dapur ita masam manis...yang kejap2 masam kejap2 manis..huahua!!!Jangan marah ye ita...mohon kongsi resepi na.....Ini first time buat dan saya telah berjaya melaksanakannya dengan hasil rujukan yang begitu terang dan jelas dari ita. Terima kasih ita diatas perkongsian tu. Memang dah lama nak buat dan adik pun asyik tanya bila nak buat dia nak rasa, dan akhirnya...BERJAYAAAAA!!!!
Resepi asal ita Blueberry tapi saya buat guna Strawberry...dah tu jer yang ada. Saya buat separuh dari adunan ita sebab ita buat dapat dalam 70-80 shell untuk 1 adunan cheese....tapi rupa2nya saya buat dapat 20 ketuii jer....mesti shell ita tu kenit2 jer kot. Dapat lah makan sikit jer, tak boleh nak bagi semua kawan2 rasa. Sori ye kawan2 lain kali je la ye. Tapi tak per shell ada byk lagi, boleh simpan lama.
Jom tengok resepinya......
STRAWBERRY CHEESE TART
Resepi : Azita
Sumber : Azlita Masam Manis
SHELL @ CRUST
Bahan :
170 gm marjerin atau butter
50 gm gula aising
1 biji telur Gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Cara2 :
Pukul marjerin dan
gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam
bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk
sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap
lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula
bahan2 tuk membuat cheese dia pula.
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor / gula
halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla /
esen lemon
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk
memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita
masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak
penuh supaya ia cantik membuncit.
Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan
sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna.
Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan
cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidak secantik yang kita inginkan.
Dengan menggunakan
pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
Bilangan garis2 kecil
tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
Kemudian dengan menggunakan
bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan
untuk mendapatkan bentuk tersebut.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream
dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar
dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak
dekat rak bawah.
Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam 40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese
Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama...

ini untuk che abang sayang.....makan ye jangan banyak komplen.....manis ke, masam ke, tawau ke...telan jer lepas tu bagi isyarat...i feel gooddddddd...!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan