Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 24 Mac 2012

CARROT CUPCAKE

Assalamualaikum.....

Salam berhujung minggu. Apa perancangan minggu nie wahai teman2ku. Saya niat dihati nak bershopping tapi nampak gayanya macam tak jadi jer sebab langit mendung jer dari pagi tadi. Duduk2 sahaja kat rumah nie bosan juga. Kali ini saya nak n3 carrot cup cake yang saya buat masa nak balik Perak hari tu sebab sepupu che abang kahwin. Terlupa pula nak kongsikan.


Saya buat dalam keadaan tergesa2, dalam masa 3 jam saya buat carrot cup cake dan kek suji untuk di bawa pulang....nak bagi mak mertua rasa.....hehehe. Balik dari kerja terus je buat tu yang kelam kabut. Che abang tak kasi buat tapi nak buat juga. Dari komen yang diterima, kedua2nya dia orang suka. Kek suji tu saya buat dapat 2 biji, yang satu saya buat lapis strawberry...sekejap je licinnnnn..... 


Saya sebelum ni ada pernah buat carrot cake. Kek yang saya buat dulu sedap sangat adik2 saya cakap, jadinya kali ini saya buat lagi tapi dalam bentuk cup, untuk mak mertua merasa pula. Terima kasih buat yatie yang sudi berkongsi resepi kek ni....

Buat dalam cup, senang sikit kalau nak makan...ambik jer satu lepas tu cabut makan senyap2. Jadi tak payah susah2 nak potongkan. Resepi saya masih guna resepi yang sama dari Rinnchan, tak de ubah2 pun cuma tambah hirisan badam untuk habiskan stok badam.


CARROT CUPCAKE
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan :
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Secubit garam halus
3/4 cawan gula perang - Yatie guna 1 cawan - sama
3/4 cawan (atau kurang) gula castor - Yatie guna 1/2 cawan - sama
4 biji telur
1 cawan minyak jagung / masak
100 gm mentega - dicairkan
2 cawan lobak merah - diparut
Esen vanila - saya tambah
30 gm hazelnut (boleh ganti kekacang lain)-Yatie tak letak - saya letak badam keping sedikit yang di bakar dahulu

CREAM CHEESE TOPPING :
250 gm cream cheese - Yatie tambah 125 gm - saya ikut asal
4 sudu besar butter
1/3 cawan gula icing- diayak
1 sudu kecil jus lemon

* Cara2nya - Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapukan atas kek yang telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.

Cara saya :
Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Ketepikan.
Pukul telur dan gula hingga sebati (guna senduk je). Masukkan minyak, butter dan esen vanila dan gaul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.
Masukkan carrot dan kekacang dan kacau sebati. Tuang 1/2 adunan ke dalam cup. Buat hingga adunan habis.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga kek masak . Sejukkan. Hiaskan dengan cream cheese topping. 

Kalau nak buat cara rinnchan @ yatie pun boleh...hasilnya tetap sama.....sedapppp


isi 3/4 cup....bila masak termuntah2 pulak kek tu.....


yang ini isi 1/2 cup....sedang cantik jer dok dalam cup tu....baru le boleh nak deco dengan cream cheese


ini pula deco saya yang kelam kabut nak buat, dah terlambat nak balik kampung...orang tak pandai dan malas nak belajar begini lah hasilnya...:( , sebab kepanasan dalam kereta gula manik tu dah cair sebab tadi tak sempat nak snap....


kalau tengok rupa topping memang lah tak menarik pun tapi bila gabungan antara cream cheese & carrot cake...memang tak boleh nak dinafikan akan kesedapannya, rasanya mengatasi rupanya yang buruk tu...walllaaaaa!!!!


ini pula kek suji....dapat 2 biji..kecik2 je la saiznya....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan