Bersua kembali kita.....Lama sungguh rasanya tidak meng'updated' blog nie. Banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam seminggu dua nie. Banyak sangat perkara yang tertangguh sebab kekangan waktu . Sibuk dengan kerja di pejabat, kerja di rumah, aktiviti kurikulum lagi, kerja2 hobi yang tak siap2 lagi.
Semua tu kena buat satu2, ikut giliran ye....hehehe!!!Start minggu depan training bola jaring setiap hari selama 2 minggu pada setiap pagi. Adoiiiiii!!!!!....badan yang sakit2 nie pun tak hilang2 lagi....macammana la nak training hari2...alamatnya...mati lerrrr....Jangan tak boleh bangun sudah,nanti satu kerja tak jadi...hukhuk. Semoga Allah S.W.T. dapat memberi kesihatan yang baik sepanjang masa...Aaaminnnnnn.....
N3 saya hari nie tak der la resepi apa pun...cuma nak berkongsi sarapan saya pagi nie. Untuk sarapan saya simple sahaja iaitu Egg In A Toast yang mana, saya ternampak di wall facebook oleh Jalinan Rasa . Penyediaannya begitu mudah dan cepat. Jom layan.....
EGG IN A TOAST
Sumber Resipi : http://
Sumber : Ayu Jalinan Rasa
BAHAN-BAHAN:
Beberapa keping roti putih atau wholemeal (Ayu guna roti wholemeal)
Beberapa biji telur
Beberapa keping cheese
blackpepper
oregano - saya tambah
1. Susunkan 2 keping roti
2. Ambil sekeping cheese dan potongkan 4 bahagian kalau boleh biar sama size
3. Susunkan potongan cheese tadi ke atas roti tadi
4. Kemudian ambil sekeping roti dan potongkan bahagian tengah
5. Setelah itu letakkan ke atas roti yang telah di susunkan dengan cheese tadi
6. Pecahkan sebiji telur ke atas roti tadi
7. Bakar pada suhu 180C selama 10-15 min (suhu bergantung pada jenis oven)
8. Keluarkan dari oven dan taburkan dengan sedikit blackpepper . Saya letak dulu baru bakar.
yang ini che abang punya ye....untuk orang yang kuat makan....mmmmm....(*__^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan