Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 25 Mac 2012

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum......

Selamat pagi....dah pagi sekarang nie tapi masih tak boleh nak lelapkan mata. Mungkin sebab tadi dok godeh2 kek, lepas tu ngap terus mata celik jer macam mata hantu. Mak saya cakap kalau tak tidur malam tu maknanya orang tu nak jadi musang....hahaha!!!!masa kecik2 dulu la, takut sangat nanti jadi musang, pejam jer mata terus tidur..hehehe....

N3 saya kali ini, Devil's Food Chocolate Cake.......susah benor nak menyebutnya, berjela2 namanya. Nama dia susah tak apa yang penting kek nya memang marbelessss. Kek dah buat petang tadi tapi malam baru deko. Lepas kek masak tadi, saya ajak che abang keluar kejap cuci2 mata tapi sebenarnya nak ajak dia makan kat restoran cina, teringin nak makan ayam madu + lemon. Bila balik dah malam baru le terhegeh2 nak mendeko.

Resepi kek ni saya dah simpan lama, dari tahun lepas lagi semasa saya selongkar dapur Ayu. Saya memang suka sangat tengok gambar2 kek Ayu, kebanyakan kek dia berasaskan coklat. Saya tak berapa minat kek coklat tapi bila tengok deko Ayu....boleh juling mata, rasa nak pitam kejap. Mewah dengan coklat....

Lepas tu saya nampak pulak kat dapur Anymz....sabar lagi mungkin sebab tak berkelapangan nak buat. Baru2 nie terpandang pula yatie punya n3 kek coklat tu. Memang tak boleh tahan bila tengok coklat ganache yatie tu meleleh2, terasa macam kek tu dok kat tekak nie. Menguji kesabaran betul....

Baru bercadang2 nak buat ita pula dah potong trip. Lagi la saya jeles tengok keindahan kek ita tu. Ini tak boleh jadi nie, nanti saya dok meleleh air liuqqq...je tengok kek depa semua. Saya kuatkan semangat....dan akhirnya.....taraaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ini lah kek devil saya...deko yang tak sempurna......


ini lah rupanya dalam kek yang telah dipotong....yang ini dalam acuan kecil2 cuma saya kemaskan tepinya sebab kek yang atas tu untuk di bawa balik kampunnnnn.....

Resepinya saya kidnap dari dapur ita ye, memang tak rugi mesti kena cuba bagi hantu2 kek coklat....terima kasih ita atas perkongsian. Moh kita tengok.....

 DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski Book on Cupcakes
Sumber :  ita masam manis

Bahan Kek Coklat
2 cawan tepung gandum*
1/2 cawan cocoa powder*
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat *
1/2 sudu kecil garam*-(*ayak bersama)
1/2 cawan gula pasir
1/2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanilla extract
1/2 cawan buttermilk - (buat sendiri guna 1/2 cawan susu + 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit)
1 cawan air suam

Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inci.
Alas dengan kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
Pukul mentega dan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati, masukkan bahan-bahan kering (bahan ayak) bergantian dengan bahan-bahan cecair (buttermilk+air suam) dalam 3 bahagian.
Terakhir, masukkan esen vanila.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

 

 Cream Cheese Frosting
125 gm Philadelphia cream cheese
60 gm mentega
1/2 cawan gula aising 
1 susu kecil vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon - ita tambah
 
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.
 
Chocolate Ganache
100 ml double cream / whipping cream
250 gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam - ita x letak
1 sudu besar golden syrup - ita tambah
1 sudu teh paste vanila - ita tambah
 
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat dan sedikit garam. Kacau rata. Bila semua sudah cair, angkat dan sejukkan.



Melapis kek
Tunggu kek benar-benar sejuk.
Tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. (Ita masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek)
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20-30 minit.
Tuangkan ganache coklat atasnya.
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras.

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas dapur.
Lap mata pisau dan potong.





 

2 ulasan:

  1. Salam khairiah...
    biarlah berbelit2 lidah menyebutnya...tapi bila dah masuk mulut..nyam..nyam..sodap tak terkata..

    BalasPadam
  2. hahaha...bile masuk mulut x berbelit pn lidah nie hehehe...

    BalasPadam