Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 6 Mac 2015

SATAY TULANG, SENAWANG

Assalamualaikum


Satay Tulang? Pernah makan tak? Saya baru first time makan, sedap.......kena dengan kuahnya yang mengancam. Kami pergi makan lama dah, bulan lepas lagi selepas balik mandi manda di Wet World Pedas. Kiranya nie n3 tertunggak la sebab saya terlupa nak publish. Ingat macam malas je nak post tapi ada pulak kawan2 yang nak tahu satay tulang tu macam mana, maka saya post la di sini. 


Satay Tulang, Senawang. Ramai rupanya yang datang makan. Kebanyakan yang datang makan mesti pekena satay tulang. Tak cukup makan siap bungkus lagi. Ada macam2 satay juga tapi ramai yang makan satay tulang. Biasa kita makan rangka ayam gorengkan tapi yang ini, rangka tu dibuat satay. Kalau yang teringin nak makan tu boleh datang ke Senawang. Adik2 tu buka khemah satay di sebelah luar Restoran Bundo Kanduang. Kalau nak makan satay tulang senawang, cari nama restoran nie.


tu dia satay dah mai.........


ini yang saya bungkus untuk suami saya sebab dia tak nak ikut, upah jaga rumah hihihi......


lepas makan satay, minum pulak air lemon pudina, oren tu dapat sebab masa hari raya cina masa tu kan........








Tiada ulasan:

Catat Ulasan