Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 7 Mac 2015

Assalamualaikum


Gold Coast Morib, kami dah sampai........Pukul 2 tadi baru je daftar masuk. Datang sini sempena Family Day ILP Bukit Katil, tempat kerja suami. Dah lama plan nak datang, dari 2 tahun lepas lagi.........baru kali nie dapat datang. Sempena Family Day nie, dapat ler berkesempatan nak jalan2 ke sini. Kalau nak tunggu cuti tak tau ler bila.

Bilik penginapan, dapat yang menghadap ke kolam. Duduk tingkat 3, dapat lah sekodeng orang bermandi manda. Ingat nak baring2 lelapkan mata tapi tak boleh bising kat bawah mengekek2 orang kat dalam kolam tu. Pergi merayau cari kedai makan tapi tak banyak pilihan. Tapi tak pe yang penting alas perut, malam nanti dinner kita bantai cukup2 .


Cantikkan kolam.......masa nie tak ramai lagi sebab pukul 2 matahari dok tertacak lagi, panas........tapi sekarang dah pukul 5, bangun dari tidur tadi tengok2 dah penuh kolam sebab dah redup. Kejap lagi kami pulak dak debussssss.......Bilik pulak saya Studio Suite with Jacuzzi......bestttttt. Tak sabar nak berendam kat luar n dalam bilik.


Bilik biasa2 jer, tapi............


Bilik air luas, ada jakuzi yang best sangat tu, malam nie nak relax2 rendam merendam ye


Nak masuk jaccuzi ikut tingkap pun boleh hihihihi.......

Ok lah, nak pejam mata kejap. Kepala berat lagi nie, mungkin sebab jalan ke sini tadi tak berapa nak elok, terlompat2 kereta suami bawa tadi.......Kepada kawan2 yang belum pernah sampai tu, boleh lah datang ke sini........mesti anak2 suka......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan