Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Rabu, 11 Disember 2013

MAKANAN TIDAK SIHAT SEBENARNYA SIHAT??????????

Assalamualaikum

564464-Food-1371496722-698-640x480

Makanan tidak sihat tetapi sebenarnya sihat? Pelik nie, pelik ke? Tapi kita kena tahu juga apa yang dimaksudkan dengan makanan yang kita panggil tidak sihat tapi sebenarnya makanan yang kita makan tu sihat. Nanti saya kongsikan sumber dari apa yang saya baca dan apa yang diperkatakan oleh Kelvin . Pada saya , semua makanan yang kita makan adalah baik tapi jika mengambil di dalam kuantiti yang banyak, ia akan menyumbang kepada sesuatu yang kurang baik. Berdasarkan apa yang saya faham, jika kita melakukan sesuatu kerja memerlukan tenaga yang banyak jadi perlu ler mengambil makanan yang mengandungi kabohidrat tinggi bagi ditukarkan kepada tenaga tapi kalau makan makanan yang mengandungi kabohidrat tinggi tapi kerja setakat mengadap komputer, tenaga itu akan ditukarkan menjadi lemak. Betul tak!!!!!!!! hihihihihi..........kalau salah betulkan ye......

Sebelum ini saya ada juga buat n3 pasal makanan yang perlu dielakkan ketika berdiet. Tapi n3 saya kali ini seakan2 sama tapi lebih kepada bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan diri. Memang amat2 berguna info ini bagi mereka yang menitik beratkan kesihatan diri. Kata orang mencegah itu lebih baik dari merawat tapi kalau dah kena itu kuasa Allah SWT yang mahu menguji umatNya, memang kita tak boleh nak elaklah.........tapi sekurang2nya kita telah pun berusaha ke arah kebaikan. Sama2lah kita berdoa untuk kebaikan diri kita dan orang sekeliling kita....AMINNNNNN!!!!!

Berbalik semula kepada n3 saya kali ini, apa yang mampu saya terapkan di dalam diri saya, makanlah mengikut keperluan dan kemampuan badan kita. Sudah pasti hasilnya dengan izin ALLAH SWT akan menjadi lebih baik..........jom kita baca :


1. KEJU :

Keju tinggi dengan kalori dan lemak? Benar, akan tetapi terdapat juga kelebihan disebaliknya. Pastikan kita membicarakan mengenai keju yang berkualiti tinggi. Pengambilan produk tenusu dalam pemakanan seharian dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan kencing manis. Ia juga boleh membantu proses diet kerana ia tinggi dalam protein dan sumber kalsium yang baik.


2. KOPI :

Kopi adalah sumber tenaga yang baik tetapi hadkan pengambilannya dan menjaga kualiti minuman tersebut dimana elakkan pengambilan gula berlebihan dan tidak mencampurkan dengan susu pekat manis. Amalkan minum kopi kosong yang mengandungi berbagai kelebihan yang kita tidak ketahui. Kopi dapat meningkatkan mood, masa reaksi, ingatan, kewaspadaan dan fungsi kognitif umum. Ia juga boleh membantu membakar lemak dengan merangsang sistem saraf pusat anda dan meningkatkan metabolisme. 


3. DURIAN :

Buah yang tinggi lemak dan tinggi dengan kalori ? Benar, tetapi pengambilan yang tidak melebihi kalori harian bukanlah penyebab untuk kita terlepas dari mendapat kebaikan Raja buah ini. Durian tinggi dengan nilai seratnya. Ia mengandungi vitamin C & B6 serta folat. Juga tinggi dengan pottassium dimana dapat membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.


4. TIRAM :

Tiram tinggi dengan sumber zinc, di mana ia merupakan sumber mineral penting untuk pengeluaran sperma dan kesihatan seksual lelaki dan meningkatkan hormon seks. Selain itu, ia tinggi sumber protein tanpa lemak, tinggi dengan Omega 3, magnesium dan Vitamin E dimana dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan keradangan. Seterusnya, ia mengandungi antiviral yang dapat menghalang tumor daripada membentuk dalam tempoh masa yang panjang.


5. DAGING MERAH :

Daging merah adalah sumber vitamin D yang terbaik. Kajian di Jepun mendapati bahawa lemak yang tepu mereka makan, lebih rendah risiko strok. Selain itu, daging merah juga terdapat zinc yang penting untuk fungsi-fungsi fisiologi dan merupakan sebahagian daripada struktur bagi banyak protein dan enzim.

6. GHEE :

Sesetengah kajian mengatakan penggunaan ghee yang berlebihan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung. Untuk mendapatkan khasiat dari penggunaan tersebut, elak dari berlebihan penggunaan. Dari segi Ayurveda, minyak ghee dapat menggalakkan pembelajaran dan meningkatkan daya ingatan. Ia penuh dengan vitamin larut lemak A, D, E dan K. Ia mengandungi asid linoleik conjugated (PTK) iaitu asid lemak antioksidan yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan membantu dalam penurunan berat badan.


7. HATI LEMBU :

Organ dalaman sememangnya tidak digalakkan untuk diamalkan. Akan tetapi, hati lembu juga terdapat kelebihannya walaubagaimanapun, hadkan pengambilan agar tidak berlebihan. Hati lembu mengandungi pelbagai nutrient tambahan seperti zinc, vitamin B12 dan A. Ia adalah sumber protein yang baik. Sumber ini dapat membantu mengurangkan penyakit berbahaya. Ia juga dapat melindungi daripada kanser, keletihan dan mengoptimumkan sistem imun anda.


8. KENTANG :

Sumber karbohidrat ini selalunya dielakkan pengambilannya oleh mereka yang diet. Benar, kentang tinggi dengan karbohidratnya. Akan tetapi, jika anda sudah mengira jumlah pengambilan karbohidrat harian anda, anda harus mengambil sumber tersebut daripada kentang. Jika anda ingin mengurangkan berat badan, makan makanan yang rendah Indeks Glisemik (GI). Kentang dikenalpasti sebagai tinggi dalam GI. Tetapi, kajian yang dijalankan, tahap GI kentang berbeza dari segi penyediaannya. Gi kentang lebih rendah apabila dimakan sedikit sejuk daripada panas dan apabila direbus dan dimakan keseluruhan dan bukan dilenyekkan. 


9. SOS TOMATO :

Pasti ramai yang mengetahui, sos adalah bahan proses yang tinggi kandungan gula dan garam. Pastikan anda menggunakan sos tomato yang berkualiti tinggi. Bahan utama penyediaan sos adalah sirap jagung tinggi fruktosa (HFCS). Ia merupakan pemanis yang murah dan mudah didapati yang boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah dan akhirnya menyebabkan obesiti. Untuk mengelakkan pengambilan HFCS yang tinggi, sos tomato Heinz adalah sos yang kurang guna HFCS. Kelebihan memakan sos ini, dimana ia mengandungi lycopene yang merupakan antioksidan yang 100 kali lebih berkuasa daripada vitamin E. Ia berguna untuk merawat penyakit kardiovaskular, strok, kencing manis, osteoporosis dan kemandulan lelaki.


10. DAUN GANDUM :

Selain bau yang kurang menyenangkan, daun gandum ini amat pahit dan kurang enak. Tetapi, khasiat yang terdapat pada daun ini sangat berguna kerana ia mengandungi klorofil yang dapat mengurangkan kadar kanser kolon dan ia juga boleh menjadi terapeutik untuk ulser kolitis.

kalau memerlukan info yang lebih baik, boleh tengok di sini




Tiada ulasan:

Catat Ulasan