Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 26 September 2016

SEOUL KOREA...........HARI PERTAMA

Assalamualaikum

Seram sejuk rasa badan, angin korea tak hilang lagi hehehe.......hari nie dah mula bekerja. Minggu lepas hari last lagi, dah mula kerja tapi masih mamai 'mabuk' flight tak hilang2 lagi. Hari ini baru nak mulakan kerja yang tertangguh, malas betul nak mulakan kerja yang dah terbengkalai seminggu nie. Semua kawan2 pun dah sibuk sms, bertanya mane gambar pergi korea tak nampak pun.......alahai malasnye. Semalam baru dapat post gambar kat fb. Dari pagi sampai tengahari baru habis post, satu2.......^___^.....

Nak n3 pasal perjalanan ke Seoul Korea pun malas nie, tapi layankan jer permintaan kawan2. Mungkin dia orang nak tahu kot perjalanan ke sana dan tempat2 yang dilawati......ok lah mari kita sembang2 ye.......tapi kena n3 perjalanan selama 7 hari la nie mmmmm........

Hari pertama perjalanan kami, bertolak jam 8 malam dari KLIA transit di Ho Chi Minh. Perjalanan sekejap sajer lebih kurang 1 jam 15 minit gitu.....tak ingat. Dari Ho Chi Minh ke Korea lebih 4 jam. Kami sampai sebelum jam 7 pagi, tapi tak ingat pulak waktu Korea ke waktu Malaysia masa tu sebab Korea cepat 1 jam dari Malaysia. Sampai je di Incheon International Airport Seoul, kami disambuat oleh pemandu pelancong, Kay namanya, cantik.......belum kahwin, coming soon katanya......
Nie dia, cantik kan......
ok, untuk hari pertama penjelajahan kami.......

1. Trick Eye Museum in Hongdae Street

Di sini macam 3D yang saya pernah pergi di PD dulu. Dan post2 kat dalam muzium 3D nie kebanyakannya sensor2 belaka jadi saya yang sedia pemalu nie tak banyak pilihan ler nak berposing bagai hehehe........tak sesuai......Bila masuk ada 4 tempat yang kita boleh sertai, trick eye, love, ice dan karnival
 

Masuk dalam Ice Museum, sekejap jer memang dah tak Masuk 
dalam Ice Museum, sekejap jer memang dah tak tahan.....beku. Mahunya tak beku, suhu -6C. Baru 2 minit masuk, tangan nak tekan punat kamera pun dah tak rasa dah kejung.....macam nie punya gaya macam mane nak datang masa winter nanti, membazir jer. Silap2 boleh beku jadi orang ais hahaha.........


























2. Seoul N Tower



Selepas dah bekukan badan, kami ke Seoul N Tower pulak. Memang cukup ramai manusia kat atas bukit nie. Nak mendaki ke atas pun satu hal, rasa macam punggung tinggal kat belakang......dah sampai atas terasa longgar kepala lutut. Pusing belakang tengok, sayupppp.....jer, rasa macam nak terkeluar isi perut.....



























3. The National Folk Museum Of Korea


Selepas kami beredar dari Seoul Tower, kami pergi soru dulu di Restoran Muslim. Masa nie dah terbayang2 kat kepala apalah menu nie.......boleh telan ke x? Sebab kalau kedai mamak memang saya tak berapa gemar nak makan. Macam2 dalam fikiran tapi perut dah lapar, ngap jer semua apa yang ada kat depan mata........dah memang lapor bebenor.....
Selepas perut dah kenyang walaupun tak berapa nak kenyang, kami ke International Mosque in Seoul. Masjid ini merupakan satu2nya masjid yang ada di Seoul seperti yang diberitahu oleh Kay.


























Dah siap sembahyang semua, kami meneruskan perjalanan ke Kyongbok Palace, National Folk Museum. Punyalah ramai orang macam pesta. Sepanjang perjalanan masuk ke dalam memang tak berenggang semua dengan Kay, takut sesat. Kay pun dah warning siap2 jangan terpisah hehehe........



























Masuk je kat dalam tu dah nampak satu kumpulan orang2 yang berpakaian orang istana. Permaisuri pun ada, raja jer yang tak nampak.......ini mungkin ada program untuk sempena tahun melawat Korea kot.



















































Sepanjang dalam muzium istana nie, memang ramai yang berpakaian tradisional Korea, Han-Bok kalau tak silap. Baik dari kanak2 sampai yang dewasa semua berpakaian tradisional Korea, mungkin di sewa kot.......nampak cantik sangat, nampak ayu gitu..........Masing2 semua berebut2 nak bergambar dengan budak2 korea tu tapi saya malas, ambil dari tepi je la curi2.........itu pun dah cukup puashati. 



















































Ini sebahagian pemandangan di dalam muzium.  Semasa jalan nak masuk ke dalam muzium, kami berkesempatan menyaksikan satu persembahan. Tak berapa nak nampak sangat persembahan tu sebab dah ramai sangat orang. Snap pun ikut atas kepala jer, nasib ada yang menjadi.......

























Dah puas berjalan, kami ke Muslim Restaurant untuk makan malam. Selepas makan kami Check in di L'Art Hotel . Di hotel nie plug 3 pin ada digunakan, jadi tak ada masalah pada kita.






untuk hari kedua nanti kita sambung........




Tiada ulasan:

Catat Ulasan