Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 26 September 2014

PUDING KIWI

Assalamualaikum


Salam Jumaat kepada Muslimin dan Muslimat.........Panas Melaka hari nie, jadi kita sejukkan tekak kita sekejap dengan menjamu selera bersama Puding Kiwi. Masam2 manis rasanya, bagi mereka yang tak berapa suka kiwi boleh tengok sajer ye........Ini kali yang ke 3 saya buat baru berkesempatan nak buat n3. Resepi nie saya tengok di sini, macam biasalah tempat rujukan saya bila nak menggodeh apa2 resepi.......Resepi nie tak dapat banyak, jadi mana2 yang keluarga ramai tu boleh la gandakan resepinya. 


PUDING KIWI

5 gm agar2 serbuk
2 1/2 cawan air
5 sudu besar gula (tambah jika sika manis)
1/2 tin susu cair
2 biji kiwi (blend bersama 1/2 cawan air)
sedikit pewarna hijau
sedikit hirisan buah kiwi - untuk hiasan

Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Masukkan susu cair dan kiwi yang telah diblend tadi serta pewarna hijau. Padamkan api.
Kacau hingga sebati.
Tuang ke dalam acuan yang sudah dibasahkan dengan air.
Bila puding telah sejuk, masukkan dalam peti ais.
Biarkan sejuk, baru dihidangkan dengan hirisan buah kiwi










Tiada ulasan:

Catat Ulasan