Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 5 September 2014

SUKAN STAFF ILJTM ZON SELATAN 2014

Assalamualaikum



Sukan Staff ILJTM Zon Selatan, datang lagi setelah 2 tahun menanti. Sukan staff tahun ini diadakan di ILP Selandar. Kehangatan, kemeriahan dan keterujaan dapat kami rasai dalam diri kami ketika melalui saat2 getir ketika permainan berlangsung. Yang paling ketara sudah tentulah debaran yang sentiasa menemani kami. Debaran yang datang bukan sedikit yang terpaksa kami lalui, keperitan debaran rasanya macam dah tak tertanggung. Kalau ikut kata kawan2, rasa macam dah terkeluar usus......hihihi....boleh gitu.......tapi Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berjaya ke peringkat separuh akhir setelah berjaya sebagai naib johan dalam kumpulan. 

Saya memang gembira sangat sebab julung2 kalinya team bola jaring ILP Ledang berjaya ke semi. Selalunya kami akan menjadi 'lauk' pada team2 yang lain, syukur sangat2......tahniah kawan2. Bukan bola jaring sahaja yang berjaya ke semi tapi takraw, pingpong, bola tampar lelaki dan badminton juga berjaya. Esok pagi semua akan bersaing untuk ke final. Semoga Ledang akan berjaya.........








Tiada ulasan:

Catat Ulasan