Assalamualaikum.........
Dah begitu lama rasanya tak menjenguk blog nie. Sudah hampir satu bulan tak mengupdatenya. Nak kata banyak sangat kerja....tak juga. Nak kata penat....mungkin kot. Bila balik jer rumah terus mata layuuuuu jer.......Memasak memang tak ler sebab dah tak makan malam. On the way balik dari kerja singgah beli apa2 yang patut untuk che abang mengunyah sebab dia pun tak nak makan malam tapi belikan jer takut nanti malam2 dia mencari rezeki kat dapur.....kesian pulak kan......
Sementara bercuti nie, dapat juga lah saya mengemas sawang2 yang ada kat blog nie. Rindu, memang lah rindu tapi nak buat macam mana dah kekangan kerja. Lepas nie lagi ler tak cukup tangan nak buat kerja sebab sorang2 kena buat semua kerja...... mamposssss!!!!!!! semoga ALLAH SWT dapat memberi petunjuk dan segala urusan dipermudahkan....AMINNNNNNN....
Hari nie n3 saya berkisar pasal 'Family Day ILP Bukit Katil' pada sabtu dan ahad semalam. Ini program tempat kerja suami saya. Memang seronok sangat, tapi bukan sebab dapat menginap di Lotus Desaru Beach Resort......tapi sebab dapat jumpa kawan2 lama yang memang saya rindu sangat nak jumpa. Walaupun dapat jumpa sekejap sahaja, terubat jugalah rindu dihati. Masing2 semua dah bertambah2 isi rumah, yang comel2 belaka, dengan bertambah2 saiz.....termasuk ler saya. Seronok sangat, harap2 tahun depan dapat berjumpa lagi, InsyaAllah....
Bilik nie 2 tingkat dan ini di ruangan bawah bilik. Bahagian bawah ada tv, meja bacaan, kusyen, microwave, petiais dan bilik air. Bilik saya nie bilik ditingkat 5, paling atas. Tapi tak pe, kalau kawan2 nak sewa tak ada masalah sebab resort nie ada lif ye hihi.....
Ok, yang ini bilik bahagian atas. Katil nie king saiz kot, entah lupa nak tanya. Kat atas nie juga ada bilik air dan jakuzi. Hari2 boleh berendam ye......2 @ 3 orang boleh dok berendam sekali...hahaha, memang best bilik nie....
Ini pandangan dari atas, saje nak tunjuk beranda yang ada tu, kecik jer........
yang ini tangga, pandangan dari atas dan bawah. Kalau siapa2 yang ada anak kecik tu susah sikit la sebab tangga nie merbahaya. Curam sangat dan tak ada safety pun.....takut nanti ada yang tergolek dongggg pulak kan.......
Semoga kita akan berjumpa lagi di masa2 akan datang.
'Kasihku kembali bertaut , Rinduku tersemat dihati'
terimakaseh singgah dan bg ucapan selamat pd akak dn suami sempena pemergian kami ke tanah suci tempoh hari..timakaseh sgt2..:))))
BalasPadamsama2......
Padam