Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 29 Januari 2013

TANJUNG PIAI JOHOR NATIONAL PARK

Assalamualaikum......

Selamat Datang Ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia @ The Southern Most Tip Of Mainland Asia. Ia terletak di Tanjung Piai, Johor. Tanjung Piai Johor National Park merupakan keluasan lebih dari 926 hektar, 526 hektar di antaranya adalah hutan bakau pesisir. Ini dinyatakan sebagai situs RAMSAR pada tanggal 31 Januari 2003. Jangan tanya saya apa yang dimaksudkan dengan 'RAMSAR', saya pun puas mencari2 tapi tak jumpa juga apa maksudnya......mungkin ada berkaitan dengan sesuatu Kementerian di Malaysia kot.

Johor National Park Corporation merupakan jabatan yang bertanggungjawab, begitu komited untuk melestarikan warisan ini.


Perjalanan menuju ke Tanjung Piai Taman Nasional di Pontian Johor ini terletak lebih kurang dalam 75 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru. Lebih kurang dalam satu jam setengah perjalanan dengan menaiki kereta. Ketika kita ingin memasuki taman ini, kita akan nampak satu batu yang besar, dengan tertera peta dunia diatasnya......menunjuk taman ini sebagai The Southernmost Tip Of Mainland Asia. Taman ini juga dikelilingi berbagai macam flora dan fauna. Memang menarik tapi saya takut sikit bab2 hutan belukar nie, al-maklum ler........PENAKUT hihihi........bunyi burung pun saya dah melompat ke tepi ke tengah......hahaha


Ini pula pintu masuk. Tiket rm5 bagi dewasa dan rm3 bagi kanak3. Masa kami datang nie, jalan bagi pemancing ditutup sebab masih dalam pembaikan jalan yang rosak. Jadi tak dapat sangat lah nak jalan2 @ merayap dalam hutan nie. Suami saya memang tak puas nak merayau2 dalam hutan tu tapi saya nak cepat2 keluar, takutttttt......bukan apa monyet2 banyak berkeliaran. Silap haribulan kang ada yang kena ngap dengan monyet, satu hal pulak kang.......baik keluar cepat2....


Yang ini Menara Pemerhati. Boleh nampak laut dari atas tu tapi menurut cerita orang kat situ, biasanya orang  duduk atas tu sebab nak tengok burung yang datang singgah di situ. Burung yang datang singgah apabila tiba musimnya sekitar Oktober @ November yang akan terbang ke Indonesia sebelum pulang ke tempat asalnya. Ramai juga pelancong yang duduk diatas tu, untuk melihat keindahan alam semulajadi yang ada di taman ini.


Ada juga yang mengambil kesempatan datang memancing di sini. Sepanjang perjalanan memang ramai yang datang memancing tapi saya tak nampak pun hasil pancingan. Mungkin saja2 datang untuk menghabiskan masa bersantai dengan keluarga kot. Masa nie air laut tengah nak pasang, gayat juga masa nie takut lantai runtuh sebab takut kot2 terlebih beban hahaha........


Ok, sekarang kita sedang menghampiri ke destinasi yang dituju. Masa air laut pasang, air akan melimpah ke atas laluan pejalan kaki sebab memang jalan ini dibina landai sedikit. Tak tau kenapa dan apa tujuannya dibuat macam tu.......jadi kena cepat2 takut nanti dah tak boleh nak berpatah balik, nanti kena redah air laut pulak. Saya nak redah air laut......soriiiii ler........nanti macam2 yang saya dok fikirkan. Silap2 saya boleh terfikir ada dinosaur dalam tu kang, saya sanggup tunggu sampai air surut hihihi.......


Bila pandang dari jauh, terasa bangga sekejap menjadi anak Malaysia. Lupa pasal air dah nak pasang. Kalau tak ada orang sah2 saya dah berlari ke sana hihihi......tapi sebab orang ramai jadi jalan ler penuh sopan dan santun sambil mata dok jeling2 kiri dan kanan takut ada sesuatu yang keluar dari celah2 dahan pokok kayu bakau kat tepi2 air laut tu. Memang keselamatan diri perlu dijaga ye......walaupun pada air laut yang berombak, beralun sepoi2 bahasa gitu.....



Tahniah!!!!!!Anda Kini Telah Berada Di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia. Ucap tahniah pada diri sendiri yeeeeeee!!!!!!!.....


Macho tak pelancong nie, nak berkenalan sila beratur ye........next time kita datang sini lagi ye......


ini mahkluk yang sempat saya jumpa, walaupun halus jer tapi ular air amat berbahaya ye.......jangan cuba2 nak rapat.......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan