Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 2 Februari 2013

JOHOR PREMIUM OUTLETS

Assalamualaikum

Selamat malam, selamat berhujung minggu semua bersama keluarga. Mood untuk berblog nie masih lagi lemau dirasakan hingga kini. Kesihatan kurang mengizinkan untuk bergerak cergas seperti biasa. Nak ke dapur pun tak larat. Rasa sakit perut selepas balik bercuti dari Johor Bahru hari tu, masih lagi terasa. Dah 2 kali jumpa doktor, cuma katanya badan saya banyak sangat angin yang masuk akibat dari makanan yang saya makan. 

Mungkin sebab saya tak ada selera makan tapi saya makan buah dukong sewaktu perjalanan balik ke Melaka, sekali 3 kilo saya hadap sorang2. Mungkin itu lah puncanya angin dok berkumpul2 kat dalam badan. Esoknya tu terasa perut berangin....sebuu je. Bila rasa nak kentut tu terasa macam nak membuang pulak. Dalam 1 hari tu nak dekat 20 kali dia keluar sebab setiap kali nak kentut dia pun sibok jer nak keluar sama. Nasib saya cuti jadi boleh ler baring2 je kat rumah , berehat sepenuhnya dengan ditemani suami tercinta hihihhi.....


Paparan saya kali nie, saya nak cerita sikit semasa saya bercuti hari tu. Saya memang ada dengar pasal Johor Premium Outlets nie tapi tak de lah terfikir pun nak pergi sebab saya nie bukan kaki shopping. Kalau setakat nak cuci mata tu memang saya suka, nak beli2 nie selalunya tak kena dengan selera. 

Suami saya yang mengajak ke sini, mula2 tu rasa macam malas jer tapi bila dah masuk.......aaaaaahhhhhhh!!!!!!! Baru menyesal sebab tak tau nak beli apa hahaha......Rambang mata ko, gilerrrrr!!! tak tentu arah dibuatnya, semua nak disapu tapi last2 habuk pun tak der sebab tak de saiz huhuhhu......Nak beli beg.....saya tak berapa nak berkenan........baju, kasut, seluar dan semua yang nak dipakai......semua tak ada saiz.....tensionnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!! Akhirnya balik dengan muncung 4 inci hihihihi......sabau je la kan!!!!!!



ada tak sape2 yang dikenali di sini tengah membeli belah sampai poket dia kempis......cari2



ramaikan orang......masa nie tengah renyai2 tapi semua orang tak peduli termasuk ler orang yang ambil gambar nie.......meriah betul datang sini, syukkkkkkk!!!!!!


2 ulasan: