google
Assalamualaikum......
Bagi yang meminati aktiviti memancing, yang gemarkan angin laut, Tanjung Piai Resort nie memang menarik untuk memancing dan bersantai2 dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Nak memancing dari atas katil pun boleh tau hihi.....tapi kalau dari bilik yang saya menginap , tak boleh lah.....kena keluar dari bilik. Kalau ambil package family, memang boleh memancing dari dalam bilik sahaja.
Tanjung Piai Resort, memang saya teruja masa nak datang sini tapi bila dah sampai........jiwa saya memang bukan di sini. Masa pertama kali menjejakkan kaki di sini, saya dah rasa tak selesa....takut, seram, curiga, gayat....macam2 lagi lah perasaan yang timbul sampai saya tak boleh nak pejamkan mata. Jiwa kacau dibuatnya.....Bukan tempatnya tak menarik tapi saya rasa bosan, tak tahu kenapa.
google
Niat dihati nak jalan2 waktu malam untuk melihat sekeliling Selat Melaka dan juga melihat baynyak kapal yang berlabuh. Bila lepas maghrib tengok kat luar bilik.....punya lah kuat angin, lagi ler saya takut nak bergerak ke mana2. Walaupun pemandangan diperairan penuh dengan cahaya dari kapal dan pelabuhan. Last2 duduk jer kat bilik tengok tv. Tengok kat luar memang ramai yang dok lepak2 sambil makan2 bersama keluarga. Tak kurang juga yang memancing beramai2, memang nampak begitu meriah sekali. Memang saya teruja nak join tapi kalau saya keluar kang mesti tak boleh lama2 sebab saya tak tahan sejuk. Kalau keluar mesti dapat sembang2 dengan orang2 yang ada kat situ, baru boleh dapat banyak info kan.......tak pe lain kali je le........nak pujuk hati nie.......
Ini tempat saya tinggal, Laman Bonda. Harga satu bilik dalam rm174, kalau cuti umum dalam rm250. Masa kami datang memang dah rezeki kami sebab masih ada bilik yang kosong, silap haribulan mahunya tidur dalam kereta hehehe.......main redah je, masa datang pun dah pukul 7 malam. Bilik memang luas, malam2 tak pasang aircond pun saya tetap terasa sejuk.
masa nie dalam pukul 8 pagi, matahari memang dah keluar tapi tak terik sangat sebab macam jerebu je nampaknya. Masa nie semua orang kat meja makan tengah menjamu selera sarapan pagi.
Semoga, disuatu hari nanti kami akan datang lagi......datang beramai2 untuk memancing.....:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan