Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 13 Januari 2014

TALAM ROTI PAUN

Assalamualaikum

Selamat malam dan Salam Maulidur Rasul seluruh umat Islam dimana jua berada. Esok cuti, jadi malam nie nak berehat awal sikit sebab esok nak merayap keseluruh melaka. Nak tengok perarakan kat bandar melaka. Malam nie kita layan n3 saya iaitu Talam Roti Paun. Saya memang suka kuih talam, dan seperti biasa rujukan saya mestilah dapur yatie si cantik manis. Kuih talam yang yatie postkan memang tak menghampakan saya. Boleh dikatakan yatie nie antara chef talam hihihi........

Untuk talam roti nie resepi asalnya ialah dari ChefAsma. Sukatan telah diolah oleh yatie jadi senang sikit nak buat. Jom kita tengok resepinya.......



TALAM ROTI PAUN
Resepi : ChefAsma
Rujukan : Yatie

Bahan2:

Lapisan Bawah

13 keping roti putih gardenia - dicarik2 
2 biji telur
50 gm raisin - saya tak letak
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
150 ml santan pekat
300 ml air
1/4 sudu kecil esen vanila
pewarna merah - saya tambah

- Satukan semua bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut) . 
- Masukkan dalam loyang 10 x 10 x 2 (sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik). Saya letak pewarna dan kacau sedikit.
- Kukus selama 25 minit.
- Apabila masak, angkat dan cakar dengan garfu.( Jika terdapat sedikit air pada permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu @ kertas tisu. Selepas itu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah) .

Lapisan Tengah

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 biji telur
100 ml santan pekat
300 ml air
pewarna hijau & perisa pandan

- Satukan semua bahan, kacau rata dan tapiskan ke dalam periuk.
- Masak hingga naik wap, guna api sederhana sahaja. Masa ini sentiasa kacau guna whisk sahaja, jangan terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat sahaja.
- Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit. Apabila masak, cakar dengan garfu. Saya tak masak tapi terus tapis atas lapisan bawah dan kukus. 



Lapisan Atas

1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/8 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
100 ml santan pekat
300 ml air
pewarna kuning/oren (tak letak pun ok)

- Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan dan tapiskan.
- Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
- Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit. Cara saya sama macam kat atas.
- (cara yatie - sentiasa lap tutup pengukus setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin. 
- Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila telah sejuk, potong guna pisau plastik.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan