Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 9 April 2012

MARBLE CHEESE BROWNIES


Assalamualaikum......

Selamat Tengahari buat teman2 ku yang sekarang ini tengah dok mamam. Lepas makan jangan tido ye. Jangan banyak makan....kita kan tengah diet sekarang nie, beringat2 ye...!!!! jangan dok terlajak pulak...(^__^).....

Saya sekarang nie tengah berehat2 kan badan sambil urut2 kaki yang masih bengkak lagi nie, sambil2 tu buat gak n3 yang dah 3 hari tertunggak. Sabtu yang lepas adik saya Ujit ajak buat Marble Cheese Cake, dia teringin sangat nak makan la tu. Tapi buat kat rumah adik saya si Fadhil sebab oven dia besau sikit...baru beli uuuu....nie kira nk merasmikan lah walaupun sebenarnya oven tu dah beli lama tapi tak digunakan

Masa tengah buat tu hujan lebat kau, siap dengan petir sekali...tu yang ada kes budak perkhemahan 15 orang kena sambar petir kat Melaka. Syukur Alhamdulillah...mereka semua dalam keadaan selamat. Berbalik pada cerita kek tadi, memang syok la buat kek ada kawan, sambil buat sambil sembang2...bergosip sakan laa....sampaikan kek hangus....hukhuk...

Ada ke patut set kan api nye guna api atas, sepatutnya set api bawah.....tu la mengumpat orang jer kerjanya......sampai api atas dengan api bawah pun tak tau....nasib tak rentung....gaduh2 tak nak mengaku salah....hihihihi, tapi yang pasti keknya dah lesap.

Sementara dok menunggu kek masak boleh pulak terfikir nak buat red velvet. Apa lagi minta adik saya Ujit yang buat...arah2kan je dia....jerit2kan aje kat dia macam mak neng asyik terpekik2 kat sinar tu...hahaha..Dia buat silap je...saya pekik..hahaha, garang tau 'cikgi' nie. Bila dia nak deco jer, kena pekik terus terketaq2 tangan...hahaha...padan muka. nanti kita buat lagi bersama2 ye...

Jom lah kita layan resepi rinnchan nie.....



ini rupa yang cantik molek sebelum dibakar hangusss....

MARBLE CHEESE BROWNIES
Resepi : Rinnchan

Bahan-bahan Brownies:
250 gm butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikarbonat* - *diayak bersama
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter dan koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanila dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175C. Alas loyang 10" x 10" dengan grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar 20 minit menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan Lapisan Cheese :
250 gm cream cheese
1 cawan gula kastor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati .

* selepas 20 minit, keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum di potong.

tengok la cheese tu hitam atasnya....nasib tak rentung....bahagian bawah cheese tu lembut sikit tapi bila dah sejuk ok jer......tak sanggup nak ambil gambar sebuku kek, memang hitamnya sungguh syahduuuuu.......tengok sikit2 je la ye



5 ulasan:

  1. sedapppp...QH amat suka brownies2 ni...

    BalasPadam
  2. rentung2 pun sodappppp janji ada cheese.. tak nak ajak ucu joint sekali ke buat ketupat..hahahaha..

    BalasPadam
  3. Qaseh Honey.....mmg sedap kan, nti nk buat lg..(^__^)

    Ucu...nk joint kena register dulu ..hahaha

    BalasPadam
  4. akk..org nk dtg umah akk la camni..nk mkn kek..huhu

    BalasPadam
  5. x pe eija.....nti kalo akak buat akak calling2 ko ye, x de hal punya...

    BalasPadam