Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 29 April 2012

MACARON......KENAPA TAK MENJADI!!!!!!!

Assalamualaikum........

Bersua lagi kita di sini. N3 kali ini ialah macarons. Macaron nie saya buat petang tadi sebelum balik rumah mak. Ini adalah kali kedua saya buat macaron, ikut resepi dari ita masam manis cuma kali ini saya kurangkan gula. Rasanya dah ok tak manis sangat tapi yang tak bestnya......tak menjadi pulak macaron nie.....kakinya tak ada. Dah kurangkan suhu pun atasnya tetap pecah juga.


Walaupun tak menjadi tapi rasanya ok tak manis sangat. Bagi saya ok dah tapi che abang cakap manis gak, mungkin dari rasa coklat tu kot. Masa mula2 buat dulu dia punya manis sampai naik ke kepala rasanya...Ya Allah!!!!!ampunnnnn. Memang rasa tak nak dah buat lagi tapi adik nak rasa sangat tu yang buat, tapi tak menjadi pulak. Nasib la ye...harap2 dia suka rasanya walaupun tak ada rupa.


MACAROON
Resepi : Rima
Rujukan : masam manis

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor 
80g serbuk almond
140g gula icing - saya letak 100gm sahaja
pewarna 


Dalam resepi Rima ada letak lemon jus, tapi ita tak letak, saya pun tak letak. Ok untuk pewarna pulak, kali ni ita guna yang serbuk lebih mudah! kang takut kalau guna yang jenis cecair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dah cair pulak adunan tu... untuk selamat kita guna yg serbuk. Saya guna yang jenis cecair.


Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan .




Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dengan menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yang dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dengan cara kaup balik menggunakan spatula sahaja. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit demi sedikit dan gaulkan dengan kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna. Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannya sedikit.




Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg. Alas dulang pembakar dengan baking paper. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan.




Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jadi berlubang bila dibakar. Rehatkan macarons lebih kurang 30 - 45 minit. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan. Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak. Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit. Setelah masak, letakkan macarons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan! Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yang kita suka. Ita suka letak Nutella sedap!



tengok lah macarons saya tu pecah2, yang elok tak banyak, separuh je yang elok.....mmmmm, rasa menyampah pulak nak buat lagi............


Bahan2 Coklat :
200 gm coklat masakan - racik halus
150 ml whipping cream
1 sudu teh mentega

- Panaskan whipping cream, jangan sampai mendidih, cukup sekadar panaskan sahaja. Dah panas, tutupkan api dan masukkan coklat, kacau hingga coklat mencair. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga rata. Setelah sejuk barulah disapukan di atas macaron .







6 ulasan:

  1. As'salam Khairiah

    ct pun nak buat mac ni macam fobia tau, request dari suai dan anak2 lama dah, tapi ct buat tak dengar aje..hehehe. seram takut tak menjadi, tapi keinginan tu ada. Nanti nak jugalah cuba mudah2an menjadi ya :)

    BalasPadam
  2. betul tu CT....saya kalau tak kerana ada org yg nak sgt2 makan...mmg saya pun tak nak buat sbb tau tak jadi...hukhuk

    BalasPadam
  3. hi kak.. owgpun mmg dh lama nk buat macaroon nie. tp sy ni ibarat "budak blm pernah blaja pun..." minat sgt masak2,buat kek2 bagai.. tp xde kwn nk joint sama2.. nk blaja dgn akak blh ke...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha....ko jgn la mcm nie awie...akak pn tak tau hujung pangkal...ini pn main buat2 je, jadi ok...x jd nasib le...

      Padam
  4. Kenapa saya punya kembang...lepas tu..turun balik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun tak tau nak cakap, hanya mereka yg pakar sahaja tau sebabnya.....Hirdayu boleh rujuk kak ita yang akak link tu boleh tanya

      Padam