Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Khamis, 29 November 2012

KEREPEK JEJARI KETAM

Assalamualaikum...........

Bersua kembali teman2 yang diingati selalu. Malam nie kita bersantapan dengan Kerepek Jejari Ketam je ye.   Oleh kerana malam ini tak masak sebab che abang demam dan dia pun tak nak makan apa2, jadi saya singgah di kedai beli jejari ketam. Beli sikit jer sebab tak pernah makan, takut nanti makan tak sedap pulak.

Bila dah buat, memang sedap lah kerepek jejari ketam nie. sekali hadap jer dah langsai. Masa tercari2 resepi kudapan, ternampak kerepek nie kat sini. Mula2 macam nampak pelik jer sebab saya memang tak berapa suka jejari ketam nie tapi bila dah buat kudapan nie saya tergoda pulak. Nanti nak beli banyak2 nak buat buah tangan untuk mak, mesti mak suka.


KEREPEK JEJARI KETAM
Resepi : bakery2embroidery

Bahan2 :
2 pek jejari ketam (250gm x 2)
3/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
Air - untuk renjis - saya tak guna
Minyak

Cara2 :
1. Siat2kan jejari ketam.
2. Masukkan tepung beras & tepung jagung ke dalam beg plastik. Sebatikan.
3. Masukkan jejari ketam yang telah disiat2 ke dalam beg plastik dan gaulkan sekata. Jika nampak kering sangat pada jejari ketam, boleh renjis2kan dengan air supaya tepung melekat, saya tak buat pun .
4. Panaskan minyak dan goreng jejari ketam hingga garing dengan api yang perlahan. Dah masak, toskan dan biarkan sejuk sebelum disimpan.

Nota : 
- tak perlu letak garam. pada mula2 memang jejari ketam lembik tetapi lama2 nanti ia akan garing.



Rabu, 28 November 2012

MAKARONI BAKAR

Assalamualaikum.........


Gollllllllllllllll!!!!! Safee Sani......Malaysia telah mendahului 4 berbalas1 dengan Laos sempena Piala AFF 2012. Tak minat bola pun tapi bila orang dah buka tv terpaksa ler tengok juga sambil2 melayan fb nie. Bosan betul tengok bola nie sebab tak tahu apa benda yang diaorang kejar hahaha......boleh gitu. Jangan mare ye.....saya cuma tahu main bola jaring, bola tampar dengan ping pong jer, yang lain tolak tepi ye.....

Sambil2 melayan che abang tengok bola, saya sempat lagi buat Makaroni Bakar. Tak susah pun nak membuatnya, cuma leceh jer sikit tapi hasilnya memang puas hati. Ini kali kedua saya buat dalam minggu nie. Sebab che abang suka, kita buatkan ler lagi tapi kali ini saya buat satu adunan resepi. 

                          yang nie untuk disimpan                                     yang ini untuk di bakar

Sabtu lepas buat 1/2 adunan jer sebab makaroni tinggal sikit. Kalau ikut resepi asal memang dapat banyak. Saya saje jer ikut kuantiti asal, buat lebih untuk simpan stok......masa nak bakar tu bahagi 2 , simpan separuh nanti2 boleh buat lagi. Kalau che abang rajin dia pun boleh buat sendiri, tabur je cheese dan bakar.....senangkan....hihihi, alasan malas nak ke dapur la ni, jangan mare lalalala.....!!!!!!

Resepi Makaroni  Bakar nie mudah sangat. Resepi di Kompas kehidupan nie tak banyak bahan pun yang digunakan jadi saya olah sedikit resepi asalnya. Memandangkan kat dapur saya ada sedikit bahan2 yang boleh ditokok tambah, apalagi saya pun bedal je sebab nak habiskan bahan2 tu. Jom tengok resepi.......


Bahan2 :
300gm makaroni
250gm daging cincang
4 biji telur (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar - dihiris
1 tin susu cair - saya guna susu segar
1 cawan air
sedikit keju parut
garam
Minyak untuk menumis - saya guna butter

Bahan saya tambah :
Cendawan butang - dihiris 
Lada benggala hijau & merah - dihiris
Daun bawang - dihiris
Bawang goreng
Cheese Mozarella

Cara2nya :
1. Rebus makaroni hingga empuk & toskan.
2. Kemudian panaskan butter, tumis bawang besar hingga berbau wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan tumis hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan daging & kacau rata hingga daging masak.
4. Selepas itu masukkan susu, garam dan gula. Kacau rata.
5. Masukkan makaroni, lada benggala, cendawan air dan kacau hingga mendidih.
6. Tutup api dan biarkan adunan seketika. Tuang telur ke dalam adunan, gaul rata. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
7. Tabur keju parut & mozarella diatas adunan dan bakar selama 45 minit pada suhu 180C. Setelah masak tabur daun bawang & bawang goreng. Hidangkan bersama sos cili & mayonis.




Isnin, 26 November 2012

DONUT KELEDEK

Assalamualaikum.......

Selamat malam. Apa menu dinner malam nie? Saya tak masak sebab che abang demam dan tak nak makan nasi. Dia cuma nak makan buah sahaja. Tak ada selera katanya, apa pun dia tak nak melainkan epal. Layan kan ajerrr......Saya malam jarang makan nasi kecuali lapo bebenor. Tengok kat dapur ada keledek sikit, apalagi menguli ler kita malam nie. Saya buat donut keledek ikut resepi di dapur kakNor Secubit Garam

Tengok macam best jer donut kaknor, nampak montok2 dan gebuzzzz...... Saya pun dah lama tak buat donut. Selalu buat donut biasa jer, jadi kali ini kita ubah sikit selera. Saya takut juga tak menjadi, maklum ler tangan saya nie bukan tangan periuk belanga tapi tangan pinggan dengan sudu jer hihihi......dalam erti kata lain tau makan jerrrrr......tapi ikut resepi asal dari kakwan nie memang tak rugi, sedappp....saya suka.




DONUT KELEDEK OREN
resipi asal : KakWan
resipi olahan  : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
320 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis segera ~ k.nor guna mauripan
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus ~ k.nor guna keledek oren
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1  sudu besar butter
2 sudu besar susu tepung - saya tambah
         ~
minyak 
gula castor secukupnya

Cara-cara :
Lecek/lenyek keledek yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
Masukkan tepung, yis, gula dan keledek. Gaul sebati.
Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit),  gaul hingga membentuk sebiji doh.
Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk. Saya masuk sebelum letak air.
Tutup mangkuk dengan tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan. (Saya uli - biarkan adunan naik - saya uli lagi, saya buat sampai 3 kali).
Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm). 
Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.Saya terap seperti biasa.
Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak.
Angkat dan toskan. 
Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula castor.



Ahad, 25 November 2012

SAGU GULA MELAKA

Assalamualaikum........

Selamat petang kawan2 semua dan selamat beristirehat bersama keluarga. Sambil nonton2 tv tu sedap jugakan bila pekena dengan pencuci mulut, Sagu Gula Melaka. Saya memang minat makan kalau ada pencuci mulut yang guna gula merah @ gula melaka. Kesedapannya akan terbayang depan mata, kemanisannya terasa kat tekak nie.....memang minat sangat2.

Resepi nie tak banyak dapat. Maklum ler makan berdua. Kuah gula melaka banyak lebih nanti ingat nak buat kuih Lompat Tikam pulak. Tak pernah buat lagi.....nanti nak skodeng dapur kawan2 yang dah buat.


SAGU GULA MELAKA

Bahan2 :
1 cawan sagu mata ikan
3 cawan air
pewarna merah

- Masak air. Setelah air mendidih, masukkan sagu mata ikan dan pewarna. Gaul sagu hingga masak
- Setelah masak, masukkan sagu ke dalam acuan yang diminati, sejukkan.

Kuah Gula Merah :
1 cawan gula merah
1 cawan air
1/4 cawan gula pasir
1 helai daun pandan - dicarik kasar-simpul

- Masuk semua bahan dalam periuk. Kacau selalu untuk elakkan gula merah hangus @ hangit. Masak hingga sedikit pekat.

1 cawan susu cair
- Didihkan susu cair. Angkat. Kalau nak guna santan pun ok juga. Saya lagi gemar guna santan. Sebab santan dah habis guna jer la apa yang ada.





Sabtu, 24 November 2012

10 MUHARRAM (HARI ASYURA)......KELEBIHANNYA

Assalamualaikum..........


Selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat yang berpuasa sunat hari ini. Sempena 10 Muharram hari ini, kita semua disunatkan berpuasa. Sebaik2nya dimulakan pada 9 & 10 Muharram atau 10 & 11 Muharram bagi membezakan amalan kita dengan puak yahudi. Banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ini seperti diceritakan di sini. Saya salin semula antara peristiwa2 yang berlaku kat sini. 


DIANTARA PERISTIWA YANG BERLAKU PADA 10 MUHARRAM

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi 
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
7. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur. 
8. Nabi Isa diangkat ke langit 
9. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya 
10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada didalamnya selama 40 hari 40 malam. 
11. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 
12. Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud. 
13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 
14. Hari pertama Allah menciptakan alam. 
15. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 
16. Hari pertama Allah menurunkan hujan. 
17. Allah menjadikan Arasy. 
18. Allah menjadikan Luh Mahfuz. 
19. Allah menjadikan alam.
20. Allah menjadikan malaikat Jibrail.
21. Dan banyak lagi peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram diantaranya kejadian pembunuhan Saidina Hussein, cucu Rasulullah SAW di Karbala pada 10 Muharram. 



Antara kelebihan yang diceritakan berpuasa pada 10 Muharram ialah,


KELEBIHAN 10 MUHARAM

Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam jumaat , malam 10 muharam , malam nisfu syaaban , malam aidilfitri dan malam aidiladha . . (riwayat bukhari dan muslim)
Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa pada hari asyura . Baginda menjawab: " Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun yang sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu) . (riwayat muslim)

Apabila nabi s.a.w berhijrah ke madinah , baginda melihat orang-orang yahudi berpuasa pada hari asyura . Rasulullah s.a.w bertanya: "berpuasa apakah kamu ini?" orang-orang yahudi itupun menjawab : "hari ini hari besar . pada hari ini allah menyelamatkan nabi musa dan menenggelamkan firaun dengan askar-askarnya,maka nabi musa telah berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada allah pada hari ini.maka kami pun berpuasa." nabi menjawab; "kamilah yang lebih berhak mengikut jejak langkah nabi musa daripada kamu." lalu rasulullah s.a.w berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya agar berpuasa pada hari itu.(riwayat muslim)

Para sahabat telah bertanya kepada rasulullah s.a.w mengenai hal tersebut: "ya rasulullah adakah allah telah melebihkan hari asyura daripada hari-hari lain?"jawab baginda: "memang benar hari asyura (10 muharam) allah telah menjadikan langit dan bumi,bukit bukau,laut,syurga dan neraka ,nabi adam dan hawa,nabi adam masuk ke syurga,nabi ibrahim dilahirkan,nabi ibrahim terselamat dari kepanasan api,peristiwa firaun telah ditenggelamkan oleh allah s.w.t,allah telah menyembuhkan penyakit nabi ayub,taubat nabi adam dan nabi daud diterima oleh allah a.w.t,allah telah mengembalikan kerajaan nabi sulaiman dan terjadinya kiamat pada hari jumaat 10 muharam.berpuasa pada hari asyura sebaiknya didahului dengan berpuasa pada hari tasu'a (hari kesembilan dari bulan muharam) agar tidak menyerupai dengan amalan orang yahudi yang hanya berpuasa pada hari asyura sahaja.sabda rasulullha s.a.w :berpuasalah kamu pada hari kesembilan dan kesepuluh (muharam) ,dan jangan meniru cara-cara yahudi ." (riwayat al-baihaqi)

Satu amalan sunat yang dilakukan pada hari asyura ialah menggembirakan keluarga atau saudara mara terdekat,misalnya kita menyediakan makanan dan minuman yang lebih sedap daripada biasanya.sabda rasulullah s.a.w : "sesiapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari asyura,maka allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu." (riwayat at-tabrani dan al-baihaqi)


Wallahualam.........




Khamis, 22 November 2012

CROISSANT......MENJADI KE?

Assalamualaikum........

N3 kali nie mari jamu mata dengan Croissant yang saya buat hari tu. Senang jer nak buatnye pun. Tengok rupa memang menjadi tapi bila dah bakar, bahagian hujung2nya tu hitam pulak. Bila makan memang rapuh dan lemak2 gitu tapi kenapa masin. Dalam resepi memang kena letak garam tapi saya letak sikit jer, masinnya terasa kat lidah. Bila tengok cara2nya tak der pulak letak garam, haiiiiii!!!!

Tanya kawan2 kat fb, majeri pastri tu masin ke? semua tak tahu sebab tak pernah buat lagi. Tak pe lah, mungkin next time bila nak buat kena rasa dulu majerin pastri tu masin ke tak. Atau memang saya terlebih garam kot....hihihi, entah apa2 ntah. Kalau ada kawan2 yang teringin nak cuba membuat boleh mencuba resepi Chef Norzailina nie.........


CROISSANT
Resepi : Chef Norzailina Nordin
Sumber : Belajar Memasak 2

Bahan2 :
400gm tepung roti
150gm susu segar
11gm yis segera
15gm gula kastor
garam secukupnya
40gm majerin
225gm majerin pastri
1 biji telur + 1 sudu besar susu segar (bahan glis)

Cara2 : (gambar saya amik dalam buku)
1. Gaul tepung roti, susu segar, yis, gula kastor dan majerin. Uli hingga jadi doh. Tutup dan biarkan selama 30 minit.
2. Canai doh nipis berbentuk empat segi panjang.
3. Alas majerin pastri dengan plastik dan canai sebanyak 2/3 saiz doh.

4. Letak majerin menutupi 2/3 doh. Ketepikan plastik.
5. Angkat doh dan lipat menutupi setengah majerin.
6. Angkat pula sebelah kanan ke hujung doh.
7. Canai semula pada bentuk empat segi panjang yang asal.
8. Angkat sepertiga doh dari kanan bawa ke tengah.
9. Lipat bahagian baki kanan ke hujung kiri.
10. Canai semula pada saiz asal. Simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit. Ulangi proses melipat ini sebanyak 4 kali.
11. Potong dua dari kiri ke kanan.
12. Potong bentuk tiga segi yang sama besar.
13. Toreh dua garisan di setiap penjuru tiga segi.
14. Gulung dari bahagian bawah ke hujung yang tirus.
15. Atur atas tin pembakar berlenser majerin. Sapukan glis dan bakar dalam ketuhar pada suhu 210C hingga keperangan.


inilah hasil tangan chef norzailina, cantikkan.....nmpak gebussssss
ini hasil tangan saya, walaupun tak nampak gebussss....tapi ok ler untuk pertama kali.....

* Info Chef :
- croissant bersaiz kecil lebih rangup daripada saiz besar.
- croissant bersaiz besar lebih gebu dan empuk.
- pastri jenis ini boleh juga dimasukkan inti buah2an dan digulung atau dilipat.






Rabu, 21 November 2012

AKHIRNYA........XJ6 2nd JER...

Assalamualaikum.......

Selamat malam semua, selamat menjamu selera bagi yang sedang menjamu selera bersama keluarga. Saya makan sandwich malam nie sebab che abang nak pergi 'TTS' katanya. Apa tu TTS? Nak tau ke? Saya pun baru tahu. Maksudnya 'Tea Time Section', dia cakap bahasa Bikers. Ye la tu......sikit2 bikers...sikit2 bikers, rimas pulak mendengornya. 


Semenjak dah beli motor besau nie asyik cakap bahasa motor jer. Topi keledar jangan cakap ler asyik  nak testtttt jer......kalau boleh tidur pun nak dipakainya topi tu, adoiiiiiii!!!!!! sungguh mengharukan........Motor dah dapat apalagi malam ini madam ditinggalkan untuk TTS bersama kawan2nya. Tak pe lah hati tengah berbunga2 tu.......kita tunggu je la masa untuk kita pulak berTTS dengan dia huhu........




KABOHIDRAT/KALORI, DI DALAM PEMERHATIAN........

Assalamualaikum........

Hari ini dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahimmm, semangat yang baru dan keazaman yang jitu. Peeergghhhhhh!!!! entah apa lah agaknya ye.....berazam2 berbagai......Bukan apa, saya berazam mulai dari hari ini akan bermulalah episod baru dalam hidupku dah lama nak dimulai sebenarnya tapi tangguh2 sajer, saya akan memulakan diet yang sebenarnya. Waaaaaaa!!!! sebelum nie diet main2 jer tapi kali ini saya nak buat betul2........

Walaupun orang cakap saya nie tak ler gemuk sangat, ok2 sajer tapi kira dalam kategori bulat ler juga......walau apapun yang orang cakap saya tetap nak turunkan berat badan saya. Walaupun saya tak berapa besar dari mata kasar tapi berat saya mencapai 79kg. Kalau orang dengar macam menipu tapi memang saya berat sangat2......tulang besi kot saya nie huhuhu!!!! Ada juga member saya berat dia 85kg tapi memang dia pakai baju kurung kena tempah sebab tak ada saiz tapi saya pakai saiz L, kawan2 pelik tak?.....badan berat tapi baju kurung saiz L.

Adakah berat itu dipengaruhi oleh faktor usia juga. Entah ler.....walau apapun yang berlaku, saya tetap berazam untuk diet. Kek2 akan dilupakan, eh!!eh!!...boleh ke lupa. Buat sementara waktu sahaja ye......lalala!!!!! Mana boleh tinggal terus, gigil lutut kalau tak dapat makan kek2 nie, peberet gua tu.......Nanti bila dah ada perubahan yang besar, baru le saya asapkan oven saya tu...huhuhu....Nampaknya orang yang menunggu kek2 ku itu kenalah banyak2 bersabar ye, hahaha......kalau rajin boleh ler buat sendiri ambil resepi2 yang ada kat dalam blog nie........


Ok la......untuk memulakan diet yang betul, pertama sekali kita kena kenalpasti makanan yang kita ambil. Kenalpasti kandungan kalori makanan tu, contoh macam menu kat atas nie, saya ambil kat knowledgecentre. Kena tahu dalam satu hari tu berapa kalori yang kita perlukan, bergantung kepada keperluan badan kita. Kalau asyik duduk depan pc jer, masuk kelas pun 1 minggu sekali....memang kena berhati2 ler dengan apa yang kita makan, nanti terlebih sudahhhhh......


Ini hanyalah sebagai panduan. Kita boleh pilih makanan yang kita boleh makan untuk hari itu seperti contoh dibawah. Kita kena pandai2 mengawal mengikut keperluan badan kita. Kalau kita melakukan kerja berat pada hari tu kenalah ambil lebih kabohidrat bagi memberi tenaga yang secukupnya, tapi kalau kerja tengok komputer sahaja.....kenalah ambil makanan yang kabohidratnya rendah. 


Apa2 pun yang penting setiap hari wajib minum air putih 8-10 gelas, makan sayur2an yang berdaun hijau lagi bagus, buah2an terutama tembikai @ epal hijau tauuu.....sebab ia mengandungi rendah kalori dan antioksidan yang tinggi. Kalau tak silap saya lah, kalau salah tolong betulkan ye.....Dan yang paling baik ialah berpuasa. Ia sudah pasti antara diet yang sihat, dan perlu dilakukan dengan niat yang ikhlas bukan sebab nak kurus tapi sebab nak jaga kesihatan, InsyaAllah akan berkat amalan puasa kita itu. Kata orang 2 in 1 la......

Diet pun diet la juga tapi senaman jangan dilupakan. Saya bila pindah rumah baru nanti, satu bilik akan saya buat khas untuk saya melakukan senaman berangan dulu ye sebab che abang malas nak bawa pergi bersenam kat luar. Sekali sekala boleh ler untuk join senamrobik di Bukit Serindit, yang diadakan pada setiap hari dari pukul 6 hingga 7 petang dengan baju bertema. Bagi kawan2 yang duduk dekat2 sana boleh ler datang ye meramaikan majlis..........


SEMOGA DIRIKU BERJAYA, AMINNNNN....




Sabtu, 17 November 2012

SEAFOOD TOMYAM

Assalamualaikum..........

Makan malam saya malam ini hanyalah Tomyam Seafood. Bukan sebab nak berdiet tapi sebab memang dah lama nak meratah2 tomyam seafood nie. Dah puas meratah2, lebihan kuahnya cicah pulak dengan roti gardenia.......memang ngam ler....




SEAFOOD TOMYAM

Bahan2:
1 ekor ketam - potong 2
5 ekor udang
5 ekor sotong
2 batang serai - dititik
10 biji cili api - dititik
2 ulas bawang putih - dititik
2 biji tomato - blend
3 helai daun limau
2 sudu besar pes tomyam
seketul lengkuas
1 biji bawang besar - potong 8
1 batang Daun Saderi
Bunga kobis
1 biji carrot
1 biji tomato - potong 4
3 biji limau nipis - ambil jusnya
Air
Gula
Garam

Cara2 :
1. Masukkan air, cili api, tomato blend, serai, bawang putih, pes tomyam, lengkuas, garam, gula dan daun limau. Masak hingga mendidih.
2. Setelah itu masukkan ketam, daun saderi, bawang besar, bunga kobis, tomato dan carrot, biar kuah didih seketika. Kemudian masukkan udang dan sotong.
3. Setelah sotong dan udang masak, masukkan air perahan limau nipis. Hidangkan







Khamis, 15 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H 2012

Assalamualaikum.............


Salam Maal Hijrah 1434H bagi semua umat Islam di seluruh dunia dan selamat bercuti seluruh warga Malaysia kerana menyambut Awal Muharram pada hari ini 15 Nov 2012. Semoga segala amalan kita yang lalu diterima oleh Allah SWT dan kini kita membuka satu lembaran baru. Diharap dosa2ku yang lalu diampuniNya dan amalan2ku diterimaNya.

Dengan buku baru ini saya ingin menanam azam untuk memperbaiki, mmempertingkatkan dan mengukuhkan segala amalan saya. Semoga keimanan dan ketaqwaan saya akan terpelihara. Semoga dilembaran ini saya akan dimurahkan rezeki, dipelihara akhlak sebaik2 akhlak Muslimat, semoga amalan2ku diterima oleh Allah SWT.

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan Iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam 
Untuk sepanjang zaman

Setiap kali kita menyambut Awal Muharram, pasti lagu ini berkumandang di mana2.....di radio , tv mahupun didendangkan oleh semua Muslimin & Muslimat tak kira usia. Dengan keindahan lagu ini kita semua tahu apa yang dimaksudkan dengan Penghijrahan itu secara amnya. Hijrah itu ada ada di dalam berbagai2 cara. Semoga penghijrahan kita kali ini akan menjadi lebih baik dari lembaran yang lalu. Semoga Allah memberkatinya.....Aminnnnnn...

SALAM MAAL HIJRAH 1434H BAGI SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT 




Rabu, 14 November 2012

PAVLOVA

Assalamualaikum........

Pavlova......sedap sungguh namanya, sesedap rasanya juga. Kalau di fb sibuk dok tayang Durian Crepe.....tak pe lah.....saya tayang pavlova pulak. Kalau hari2 makan DC pun bosan juga kan. 


Pavlova ni memang dah lama nak buat tapi setiap kali pergi ke kedai kek selalu cepat habis whipping cream. Sebab saya hanya berkesempatan pergi pada hari sabtu, jadi bila pergi memang selalu tak dapat. Kalau hari biasa tu balik kerja dah tutup. Kebetulan hari sabtu hari tu pergi ada pulak, bukan main penuh lagi.....rupa2nya budak tu cakap baru sampai. Wahhhhh!!!! apa lagi saya sambar le satu.

Ada member fb cakap kalau dah buka cream nie dah tak boleh simpan lama jadi tu yang dok berkira2 apa yang nak dibuat. Macam2 dah buat dan kali ini buat pavlova pulak. Nak order bukan main mahal lagi, sampai RM60. Nanti takut dah beli tak sedap pulak, tak kena selera.....tapi bila dah buat nie memang sedap. Memang lepas nie akan buat lagi ler untuk bagi adik2 rasa..... 

Resepi saya ambil kat dapur DTS , jommm......



gelap dasarnya.....jangan mareeeee......lalala

PAVLOVA


BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
1 cawan gula kastor
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla (kalau nak pavlova puteh, omit esen vanilla)
Whipping cream secukupnya (mat pakai yang sedia guna dalam tin)
Strawberry, Raspberry, Blueberry dan Mangga segar secukupnya

Cara-cara:
1.Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minya k, buat bulatan berdiameter 6 cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensil, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova. Ketepikan
2. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi tapi jangan terlebih gaul (guna spatula). Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel untuk bintang no 9 atau jenis pun boleh. Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan diatas kertas minyak tadi, kemudian paipkan sekelilingnya seperti dalam gambar. 
3. masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan sejuk dalam oven. Ambil pavlova tadi. Paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativit anda



setelah dibedah siasat, akan ada lagi nanti 2nd pavlova.....nantikan....yuhuuuu!!!






Selasa, 13 November 2012

KREP PERANCIS @ FRANCAIS CREPE

Assalamualaikum.......

Happy Deepavali bagi rakan2 dan juga pelajar saya yang beragama Hindu. Letupan bunga api dah berdentum2 dari semalam lagi sampai ler siang hari nie. Maklum ler mereka dok sambut Pesta Cahaya malam tadi. Mungkin kat bandar Melaka malam tadi sesak dengan orang ramai lebih2 lagi sekarang tengah cuti sekolah. Saya dan suami tak ke mana2, duduk rumah sajer malas nak layan jammmm.....



Hari ini saya tak masak sebab che abang tak nak makan. Jadi sarapan pagi tadi saya buat bihun goreng untuk dia dan saya pulak buat Krep Perancis resepi dari Che Mat Gebu. Dah lama tak cuba resepi CMG. Tengok resepi CMG ni mudah jer. Niat dihati sebelum nie nak buat Durian Crepe, yang hari2 orang dok canang2 kat FB terutama sekali si Eyna Haneyna tu.

Geram jer saya tengok, nak buat tapi macam tak berani jer, takut tak jadi. Pertama kali buat crepe nie, tak berapa nak jadi lempengnya......rupanya tak licin, tapi bila yang last2 tu br menjadi cantik jer. Agaknya tepung tu kena simpan dulu kot sebelum masak, hihi.....

Kat Melaka nie tak nampak orang jual durian. Nanti2 teringin gak nak buat durian crepe.....mesti!!!!! Apa2, jom layan resepi mudah nie......


KREP PERANCIS @ FRANCAIS CREPE 

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan + 2 camca besar air
1 camca besar mentega, dicairkan
Secubit garam
Whipping cream secukupnya
Buah strawberry segar - x letak
Peach dalam tin secukupnya - x letak
Bluberry filling - resepi glaze blh tengok di sini

CARA MEMBUATNYA :-)
Dalam satu bekas, masukkan tepung, susu, air, telur dan garam. Kacau dengan whisk hingga semua sebati, rata dan licin, tapis adunan tadi. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Ketepikan.
Panaskan non-stick pan saiz 8 inci, lenser dengan sedikit mentega (mat guna minyak canola). Bila panas, tuang 1/4 cawan adunan tadi dan ratakan sehingga mendapat lapisan yang agak nipis. Masak dengan api perlahan hingga tepinya kelihatan perang dan sedikit longkah dari kuali, berhati2 terbalikkan dan masak sekejap (saya masak sebelah sahaja). Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan.
Hidangkan krep mengikut kreativit anda, samada dimakan bersama whipping cream dan buah2 segar atau sebagainya....Selamat mencuba..





Ahad, 11 November 2012

CUCUR NASI IKAN BILIS

Assalamualaikum.........

Dah sembahyang isya' ke belum? Sekarang dah masuk waktu jadi elok disegerakan jika dari tadi asyik dok hadap pc jer.....mmmmmm.....nak hadap pc ke tv ke pastikan sembahyang dulu takut nanti terlupa plak tak pasal2 tv @ pc nanti disalahkan.....huhuhu.....sabar je la....

Untuk makan malam, saya buat Cucur Nasi je hari nie. Tengok nasi ada tak luak2 pun, che abang pun tak nak makan nasi jadi saya tengok2 apa resepi yang boleh saya buat dengan nasi nie. Ingatkan nak search nasi goreng kat blog yatie, tup2 ternampak pulak resepi cucur nasi. Ini sudah bagus, amat menarik resepi nie sebab tak pernah dengar dan makan pun. Kiranya nie resepi lain dari yang lain. Cucur nie lembut jer bila dimakan.

Baguskan......kalau kita nie rajin menerjah dapur orang, macam2 menu akan kita jumpa. Ada resepi yang tak disangka2, begitu mudah dan kita tak terfikir pun nak membuatnya.....sebenarnya saya nie tak kreatif pun bab masak2 nie hahaha.....untuk resepi yatie nie saya ada tambah udang sikit baru besttttt.....jom layan..


CUCUR NASI IKAN BILIS

By: Yatie

Bahan2 :
2 cwn nasi 
2 cwn air - saya tak habiskan
10 ekor udang sed - saya tambah
1 biji bwg besar - saya hiris2
2 biji bwg putih 
1/2 cwn ikan bilis 
2 1/2 cwn tepung gandum 
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) 
Daun sup/bawang (di hiris halus) 
sedikit garam 
Minyak untuk mengoreng

Cara2:
Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bawang putih dan bawang besar (saya tak blend bawang besar).....kisar sebati. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Panaskan minyak dan goreng. Hidang dengan sos pilihan anda.