Kali ini n3 Oreo Cheese Cake....in cup. Kenapa pulak dalam cawan? Adalah sebabnya kan. Sebabnya semua acuan dah dibungkus dalam kotak, nanti dah nak pindah rumah baru jadi tak boleh lah nak guna acuan. Yang ada cuma cup2 yang dah tinggal beberapa ketui jer.....Sebelum nie ada gak buat untuk b'day suami saya guna resepi dari kakzu tapi kali ini saya guna resepi masa saya pergi kelas dulu.
Kalau ada kawan2 yang nak mencuba resepi ini, silakan........
OREO CHEESE CAKE
Resepi : Hjh Rahmah
Bahan2 :
A :-
200 gm biskut oreo
70 gm mentega, dicairkan
B :-
250 gm krim keju
250 gm krim putar
80 gm gula kastor
60 gm air
15 gm gelatin halal
1 keping biskut oreo, diramas kasar - x buat
Cara2 :
1. Sediakan tin bulat 7 in jenis loose tin.
2. Untuk membuat lapisan biskutnya, biskut oreo dibuang krimnya dan dikisar halus. Tuangkan mentega cair ke dalam serbuk biskut dan digaul rata. Tekan pada dasar acuan hingga padat. Sejukkan dalam peti ais selama 30 minit.
3. Untuk membuat kek, Pukul krim putar hingga kembang dan kental. Simpan dalam peti sejuk sebentar.
4. Dalam bekas lain, Pukul krim keju dan gula kastor hingga berkrim.
5. Panaskan gelatin dan air hingga cair. Setelah sejuk tuangkan gelatin ke dalam adunan keju dan dipukul sebati. Masukkan krim putar tadi dan pukul sebati sebentar sahaja. Saya guna senduk sahaja.
6. Biskut oreo yang diramas tadi dimasukkan kedalam adunan dan gaul rata (saya x buat). Tuangkan adunan atas lapisan biskut oreo yang telah keras.
7. Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum dinikmati.
hasil bedah siasat.....hihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan