Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 29 Disember 2012

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE 11

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua. N3 kali ni Devil's Food Chocolate Cake yang saya buat minggu lepas sempena pertunangan adik saya. Sebelum nie saya pernah buat kek nie kat sini. Kek nie memang sedap, tak puas makan mesti nak lagi...dan lagi....sedap sangat bila kek coklat + cheese + ganache coklat, memang mantoppp!!!



Resepi saya masih gunakan yang sama, cuma bab cheese tu je saya lebihkan sedikit nak bagi dia tebal sikit. Saya memang tak penah lagi ambil order. Masa nak mendeco kek nie memang betul2 tragis, gelabah semacam jer hihi...... Kat bahagian bunga tu sebenarnya nak cover sahaja sebab dah rosak, terlanggar peti ais masa nak keluarkan kek. Adoiiiii!!!!! Lunyai jadinya, satu hari saya dok training macam mane nak buat bunga rose tu. 

Memang saya tak pernah buat deco bunga rose. Kiranya nie kes berani mati lee....haha.....kerja Gilerrrr!!!! Atas kesabaran dan keikhlasan saya, cewahhhhh.........akhirnya saya berjaya juga buat bunga rose selepas dok tengok bunga yang dibuat oleh Juicy Cafe. Bunga dia memang cantik sangat tergoda tengoknya. Saya practise bersungguh2 sampai boleh buat bunganya, puas hati  dan kredit untuk diri sendiri hahaha......lalalala........jangan bengang ye...


Bagi kawan2 yang nak kan resepinya, jom ........


DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
Sumber : ita masam manis

Bahan Kek Coklat:
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam

1. Panaskan oven pada suhu 170C, oven saya guna 150C.
2. Sediakan loyang ukuran 9 inc. 
3. Alas dengan kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
4. Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
5. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
6. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering (tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
7. Terakhir masukkan vanila estrack.
8. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.




Cream Cheese Frosting: (saya gandakan)

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 ssus teh vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon 
1 sudu kecil paste lemon - saya x letak

- Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.


Chocolate Ganache :
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam - tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah - saya pun
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah - sama

- Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, angkat dan sejukkan.




Bahan2 buttercream bunga :
300 gm shortening
350 gm gula aising - ayakkan - saya kurangkan 50gm tak nak manis sgt

Cara2nya..
1. Satukan shortening dan gula aising dalam mangkuk, gaul dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
2. Jangan gaul lama2, cukup setakat adunan sebati, kalau gaul lama2 nanti adunan jadi lembik. (*****penting)
3. Boleh tambahkan pewarna atau perasa jika suka.



walaupun kelopak bunga tak berapa nampak, untuk pertama kali saya puas hati. mungkin sebab saya kurangkan gula jadi tak berapa nak terbentuk....ini pun dah manisss!!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan